Posts

Showing posts from November, 2009

Halaqah keluarga

Kami dah lama tak buat halaqah keluarga. Lebih tepat lagi sejak sebelum kedatangan Ramadhan yang lalu. Dalam bulan Ramadhan kami menyesuaikan program keluarga dengan program yang telah disusun oleh Allah sendiri iaitu program puasa, terawih dan tadarus. Semalam, kami telah berkesempatan untuk memulakan semula halaqah keluarga. Saya menjadi pengerusi merangkap penyampai tazkirah. Anak-anak ni bukan boleh duduk bersila lama-lama. Paling lama lima belas minit. Jadi masa yang ada selepas solat maghrib berjemaah saya gunakan sepenuhnya sementara anak-anak masih boleh duduk diam. Halaqah dimulakan dengan al-Fatihah, puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi dan salam kepada sahabat-sahabat baginda. Saya menerangkan kepada anak-anak tentang tujuan manusia diciptakan. Saya membacakan ayat 56 surah al-zariyat seperti di bawah: َ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ yang bermaksud: dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu. Kemudian saya memb

Hari raya korban

Image
S empena 10 Zulhijah yang bakal menjelang, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha @ korban @ haji @ besar kepada semua pengunjung blog ini. M arilah kita ingati pengorbanan bapa kita Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah SWT. M arilah kita ingati pengorbanan Nabi, para sahabat, para tabiin, para tabiut tabiin, para ulama' dan pendakwah dalam membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia hingga ajaran Islam sampai kepada kita pada hari ini. M arilah kita kenangi dan hargai pengorbanan ibu dan ayah kita yang telah mengandung, melahir dan membesarkan kita dengan didikan dan kasih sayang. M arilah kita hargai pengorbanan para guru dan orang-orang yang pernah berjasa kepada kita. Marilah kita hargai pengorbanan isteri dan anak-anak kita. M arilah kita contohi mereka. Marilah kita korbankan sebahagian dari harta kita, masa kita, tenaga kita untuk mereka yang memerlukan - di Palestin, Padan

Pokok herba keliling rumah

Image
Assalamualaikum!. Assalamualaikum Pakcik!. Assalamualaikum!. Saya dikejutkan dengan panggilan salam selesai makan malam semalam. Waalaikumussalam! Kelihatan tercegat seorang lelaki dan perempuan muda di depan pitu pagar rumah. Ada apa ya? Kami nak minta daun jambu Pakcik untuk buat ubat. Oh masuklah. Ambiklah banyak mana yang diperlukan. Tadi kata nak buat ubat, ubat apa ye? Oh! pucuk jambu ni untuk mengubat orang tua kami kena strok - lumpuh sebelah badan. Caranya, ramas-ramas pucuk jambu tu campur dengan minyak tanah, kemudian sapukan dekat bahagian badan yang lumpuh. Kemudian mereka beredar. ********** Saya tidak mempunyai tanah yang luas. Yang ada hanyalah tanah di tepi rumah yang berukuran lebih kurang 70' x 16' x 25'. Saya lahir dan membesar di kampung. Jadi, walaupun tinggal di taman, saya ingin sekali menanam beberapa batang pokok di depan dan sebelah rumah. Antara pokok-pokok yang ada ialah sebatang pokok rambutan budak sekolah - pernah berbuah sekali. Dua batang p

Dua jenis pendakwah

Image
Saya tersenyum bila membaca sebuah blog yang di tulis oleh seorang rakan maya di sini . Beliau secara tidak langsung membincangkan tentang dua jenis pendakwah. Jenis pertama ialah pendakwah yang digelarkan sebagai Kiyai Ceret (nota: cerek). Kenapa pendakwah ini digelarkan dengan cerek? Kerana sifatnya yang sentiasa berjalan di atas muka bumi Allah untuk menyampaikan seruan dakwahnya. Beliau akan mencari-cari siapakan yang akan diserunya untuk disampaikan dan diajarkannya dengan didikan dan ajaran Islam. Beliau seumpama sebuah cerek yang sentiasa bersedia menuangkan air ke cawan-cawan yang kosong iaitu orang-orang yang dahaga dengan ilmu dan kefahaman Islam. Manakala jenis pendakwah yang kedua ialah Kiyai Gentong (nota: tempayan kecil untuk mengisi air). Kenapa pendakwah jenis ini dikatakan sebagai Kiyai Gentong? Kerana mereka ini biasanya mempunyai tempat mengajar (pondok atau pesantren) dan banyak pula ilmunya dan orang sentiasa datang untuk menuntut ilmu atau mengharap didikan agama