Posts

Showing posts from June, 2011

Kusuf, Khusuf atau Khusyu'

Image
"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan oleh kematian seseorang atau dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk tanda-tanda dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah solat": maksud hadis. Gerhana matahari sebahagian atau penuh dikenali sebagai 'kusuf' manakala gerhana bulan sebahagian atau penuh di panggil 'khusuf'. Kadangkala kedua-duanya dipanggil 'khusuf'. Kejadian khusuf atau gerhana tidak dikaitkan dengan mati atau hidupnya seseorang. Sebaliknya ia merupakan sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Melihat tanda-tanda kebesaran Allah SWT ini sepatutnya menjadikan kita gentar atau 'khusyu' dengan kekuasaan Allah SWT. Allah yang menciptakan kita dan seisi alam ini. Dialah pula yang mengatur perjalanannya. Dia tidak membiarkan manusia terkapai-kapai mencari panduan hidup lalu mengutuskan pada setiap umat rasul-rasul yang menjadi penunjuk jalan. Dialah juga yang maha

Gunung Ledang Lain

Image
Cuti sekolah baru-baru kami tak tidak bercuti ke mana-mana. Kakak yang telah masuk asrama pun lebih suka tinggal di rumah selain menghadiri kem motivasi KAHFI 2011 selama tiga hari. Abang yang sedikit merungut kerana tiada program khas untuknya. Adik pula asyik merengek nak tengok zirafah di Zoo Melaka. Saya pula sedikit sibuk berulang-alik ke Shah Alam berurusan dengan editor bahasa. Namun kebosanan abang dan adik agak terubat juga sebab dapat mandi-manda di Gunung Ledang yang terletak lebih-kurang 20 km dari rumah kami. Kami pergi pada awal pagi hari pertama cuti sekolah. Pagi-pagi memang tak ramai orang dan kami boleh memilih lokasi yang kami mahu. Sebelum balik abang sempat 'sound', ayah! sebelum habis cuti kita mandi lagi ya. Saya hanya tersenyum. Sebelum cuti berakhir, kami mahu membawa anak-anak ke Kolam Air Panas di Labis. Tapi hajat tidak kesampaian sebab ia hanya mula dibuka pada pukul dua petang sedangkan waktu itu baru pukul 9 pagi. Anak-anak mula kecewa. OKlah, kit

IEEE

Image
Alhamdulillah, dua penyelidikan kami yang telah dibentangkan dalam CSSR 2010 kini boleh diakses di laman IEEE Xplore di sini dan di sini . Penyelidikan pertama adalah hasil kerjasama saya dan dua orang penyelia saya. Dalam penyelidikan kedua pula, saya membantu dua rakan penyelidik dari segi analisis dan interpretasi data. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada pembaca.