Posts

Showing posts from July, 2011

Qauli dan Fi'li

Saya dan isteri tersenyum mendengar penjelasan seorang Ustaz dalam ceramahnya kepada orang kampung di sebuah masjid yang kami singgah untuk solat jamak zuhur dan asar. “Solat itu ada rukun qauli dan fi’li. Jangan buat yang fi’li sahaja. Kalau sebut Allahu Akbar tu kena jelas lapan hurufnya. Kalau baca fatihah tu jangan baca dalam hati sahaja, bunyinya kena didengar oleh telinga sendiri.” Apa yang menyebabkan kami ketawa? Bukan kerana kelakar atau lucu. Tetapi inilah perkara yang saya dan isteri selalu cakap pada anak-anak terutamanya anak lelaki saya. Kadang-kadang saya tengok dari mula hingga habis solat tidak kelihatanpun mulutnya komat-kamit membaca bacaan dalam solat. Padahal sebahagian dari bacaan dalam solat adalah rukun dalam solat. Saya fikir ini adalah perkara yang ‘common’ bagi anak-anak seusia anak kami. Pada kami, ibubapa kena selalu tengok anak-anaknya solat. Betulkan mana yang patut. Sekadar sedikit coretan di awal minggu. WaLlahu a'lam.