Posts

Showing posts from October, 2011

Buih

Image
Lebih 1400 tahun dulu Nabi pernah menggambarkan dalam sebuah hadis bahawa di akhir zaman, umat Islam akan dikerumuni oleh musuh sebagaimana orang mengerumuni makanan dalam talam. Ia terjadi bukan kerana umat Islam itu sedikit, namun ramainya umat Islam hanya umpama buih di waktu banjir. Ketika itu tidak ada lagi rasa takut atau hormat orang bukan Islam kerana umat Islam telah dihinggapi oleh penyakit wahan iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian. Apakah zaman yang dimaksudkan oleh Nabi telah sampai? Di seluruh pelusuk dunia, umat Islam dianggarkan berjumlah satu bilion. Di satu penjuru dunia, umat Islam diuji dengan kekayaan yang melimpah-limpah. Sebahagian dari mereka yang mensyukuri nikmat yang banyak itu akan membelanjakan harta mereka untuk kebajikan. Manakala sebahagian besar yang lain menaburkan harta kekayaan ke tempat-tempat yang tidak boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain sama ada di dunia ini atau di akhirat. Lihatlah bagaimana mereka ini menaburkan wang-wang me