Posts

Showing posts from January, 2012

Kakak, Abang dan Adik

Image
Alhamdulillah, Kakak sudah mula masuk tingkatan dua, Abang tahun 5 dan Adik masuk tahun kedua di TASKI. Hari ini saya memohon bekerja setengah hari. Kami pergi menghantar Kakak ke asrama di Shah Alam. Perasaan Kakak bercampur-aduk antara sedih dan teruja. Sedih kerana akan ditinggalkan di asrama, teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baiknya. Sepanjang perjalanan 3 beradik usik mengusik, tawa dan tangis Adik silih berganti. Tidak seperti selalu, hari ini Kakak tidak menitiskan air matanya seperti selalu bila kami tinggalkannya. Namun saya tahu air matanya tentu akan menitis selepas kami meninggalkannya. Doa kami semoga Kakak mampu menjaga dirinya serta pelajarannya di sana. Ya Allah, jadikanlah Kakak seorang anak yang solehah. Sepanjang perjalanan pulang, Abang dan Adik seperti kehilangan sesuatu. Selama sebulan Kakak-Abang-Adik tinggal bersama, bergurau dan kadang-kadang berkelahi. Hari ini mereka berpisah. Abang akan meneruskan persekolahan esok dengan kehilangan dua orang sahabat k

Pejam dan celik

2011 yang berlalu Pejam-celik, pejam-celik. Tahun 2011 sudah berakhir. Masa terasa begitu pantas sekembalinya dari cuti belajar selama tiga tahun. Alhamdulillah, saya telah menamatkan pengajaran dan pembelajaran 2 kumpulan pelajar-pelajar Ijazah dalam lebih kurang 4 bulan. Mereka kini sedang berdebar-debar menunggu tarikh yang dinantikan - peperiksaan akhir. Seminggu sebelum peperiksaan merupakan 'study week' bagi pelajar. Bagi pensyarah ia minggu menghabiskan menanda kerja kursus pelajar. Mulai esok, tentu mereka dah mula berlegar-legar di hadapan pejabat untuk melihat-lihat kalau-kalau markah kerja kursus mereka telah ditampal. 2012 yang datang Seorang bekas murid bertanya apakah perancangan 2012 saya. Saya menjawab, meneruskan perancangan 2011 yang belum selesai. Hakikatnya perancangan dan perlaksanaan bersambung-sambung tanpa ada hentinya hingga tiba saat kita dipanggil kembali oleh Allah SWT. Orang yang paling cerdik ialah orang yang merancang kematiannya. Ini kerana kehid