Posts

Showing posts from June, 2015

Nota hati calon haji (3) - berkenal-kenalan

Jemaah haji datang dari pelbagai taraf hidup - ada yang kaya sekaya-kayanya dan ada juga yang hidup sederhana tetapi telah mendapat jemputan dari Allah SWT. Ada yang berjawatan tinggi di tanah air. Ada juga yang tidak mampu menyewa tempat penginapan. Apabila tiba saat semua jemaah kena berihram, masing-masing akan berpakaian yang kelihatan sama. Surah al-Haj: ayat 27 yang bermaksud. ” Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepada ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh”. Memang betul, bila saya sampai di Mekah saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri ramainya jemaah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan suku dan tidak mudah untuk meneka. Tuan dari India? saya bertanya kepada jemaah yang duduk di sebelah saya. Tidak, saya dari Bangladesh, jawabnya. Awak dari Indonesia? tanyanya pula. Tidak, saya dari Mala

Masam manis perjalanan PhD (29) - PhD dan Haji

Apa kena mengenanya PhD dengan haji. Ia ada kena mengena dalam hidup saya. Pada penghujung pengajian, penyelia utama menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Madinah. Beliau mahu kami menamatkan pengajian segera. Saya, Shatari, PM Arun dan Radziah perlu melipatgandakan kelajuan kami selari dengan perpindahan penyelia yang kami sayangi ke Madinah. Sebelum meninggalkan kami pada pertengahan 2011, beliau berpesan: saya akan tetap menyelia you semua dari Madinah. Saya akan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kalau mengerjakan haji atau umrah, jemputlah ke rumah saya, saya akan menunggu. InsyaAllah Prof sekiranya saya mendapat jemputan Allah, jawab saya. Dengan izin Allah, saya, PM Arun dan Radziah berjaya mempertahankan tesis dalam Viva pada tarikh yang hampir sama dan berkonvokesyen sama-sama. *************** Saya dan isteri telah mendaftar haji sekitar tahun 2001 atau 2002. Kami tidak tahu tahun bilakah kami akan dijemput menjadi tetamu Allah. Pada ta