Posts

Showing posts from February, 2009

Gotong royong, Gunung Ledang, Kari ayam

Image
Gambar hiasan Gambar hiasan Semalam, 15.2.2009, kami sekeluarga terlibat dengan program gotong-royong yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kariah Taman Dedap, Jementah. Program ini di adakan dengan tujuan utama untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli kariah selain dari membersihkan kawasan sekitar taman. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Ia dihadiri oleh lebih kurang 60 orang ahli kariah termasuk kanak-kanak. Sumbangan tenaga oleh setiap orang walaupun sedikit telah berjaya menceriakan suasana taman kami walaupun mungkin hanya boleh bertahan selama seminggu. Sudah ada cadangan untuk mengadakan program ini secara berkala. Alhamdulillah program pertama ini berjaya. Selesai program gotong-royong, saya mengajak anak dan isteri untuk mandi di Gunung Ledang bagi meredakan kepanasan bergotong-royong. Kenapa Gunung Ledang? Ia terletak hanya 18 km sahaja dari rumah kami. Lebih kurang 20 minit memandu, kami sampai di kaki Gunung Ledang. Anak-anak begi

Palestin lagi

Image
Seorang kenalan menceritakan bagaimana rakannya, seorang aktivis NGO telah berjaya memasuki Gaza semasa serangan bertubi-tubi rejim zionis masih berlangsung. Beliau dapat menemui seorang pemimpin Hamas lalu menyatakan hasratnya untuk menjadi sebahagian dari pasukan tentera yang akan mempertahankan Gaza. Mendengar hajat beliau, pemimpin Hamas tersebut berkata: saudara belum layak untuk menjadi sebahagian dari kami. Saudara kembalilah ke tempat asal saudara. Saudara binalah keimanan dan ukhwah di tempat saudara. Mungkin suatu masa saudara akan mengalami seperti apa yang kami alami. Apa yang kami perlukan dari saudara dan umat Islam ialah do'a dan bantuan kewangan. Lalu saya teringat pada kisah Salahuddin al-Ayyubi. Sebagai seorang pemimpin tentera ketika itu, beliau tidak membenarkan tenteranya yang tidak bertahajjud pada malamnya untuk sama-sama mengangkat senjata pada keesokan paginya. Kesimpulannya, kekuatan dari segi material belum cukup untuk kita mempertahankan sebuah tanahair.