Posts

Showing posts with the label family

Masam manis perjalanan PhD - Cabaran luaran dan dalaman

Adakah yang masam dalam pengajian saya? Dalam masakan, perlu ada manis, masin, masam dan pelbagai rasa lagi untuk menjadikan makanan itu sedap. Contoh yang paling mudah ialah masakan tomyam. Ada masam, masin, manis dan pedas. Begitu juga dengan pengajian PhD. Begitu banyak yang manis. Masamnya hanya menjadi pelengkap kepada pengajian saya. Ini semua saya anggap sebagai cabaran. Sebahagian besar daripada cabaran dalam pengajian PhD adalah bersifat dalaman. Ianya berkaitan dengan sikap kita terhadap pengajian yang sedang kita lalui. Tempoh tiga tahun boleh jadi begitu panjang bagi seseorang. Manakala bagi yang lain ia satu tempoh yang singkat. Jadi, jangan lupa tujuan kita iaitu menuntut ilmu PhD dan seboleh-bolehnya tamat dalam tempoh tiga tahun. Jangan buat kerja sampingan seperti mengajar part-time yang boleh mengganggu tumpuan kita dalam pengajian. Sekurang-kurangnya lakukan seperti kita kerja di pejabat 8.00 – 5.00. Tapi bercakap memang mudah. Sayapun selalu diingatkan oleh isteri s...

Masam manis perjalanan PhD - Betulkah buat PhD?

Seorang rakan dari jabatan lain bertanya masa bila saya buat PhD. Tup-tup dah tamat, katanya. Hampir setiap pagi nampak saya hantar anak ke sekolah. Begitulah hakikat yang perlu dihadapi kalau sambung PhD di universiti tempatan. Lebih-lebih lagi kalau hampir setiap hari dapat dilihat oleh rakan-rakan di jalanraya, pejabat mahupun pasar malam. Hakikatnya PhD adalah pengajian yang boleh dibawa ke mana-mana: dalam kelas, dalam kereta, dalam beg, di pejabat di rumah mahupun di tempat-tempat lain. Namun perlu diingat, PhD ini adalah merupakan perkonsian di antara pelajar dengan keluarga dan juga penyelia-penyelia. Asalkan kita dapat menepati pertemuan dengan penyelia-penyelia - tentunya dengan progress tertentu, insyaAllah di mana-manapun kita boleh lakukan kerja-kerja PhD. Tetapi ini hanya boleh dilakukan setelah proposal kita diluluskan oleh pusat pengajian.

Masam manis perjalanan PhD - 2

Saya memerhati dan menghitung keadaan di Fakulti. Ketika itu ada lebih kurang 40 orang pensyarah yang telah bergelar Dr. Dalam masa yang terdekat ketika itu, beberapa orang lagi Dr baru akan kembali dan angka itu bergerak laju. Tetapi bilangan Dr lelaki sangat kurang. Saya tidak bias terhadap gender. Namun begitu saya fikir suara lelaki perlu ada kalaupun tidak boleh berkumandang dengan kuat di Fakulti. Saya fikir inilah yang saya akan jadikan sebagai cabaran. Ini satu amanah. Saya perlu teruskan. Saya perlu ada PhD. Namun saya kena berbincang dengan isteri tersayang. Ini bukanlah cita-cita peribadi, tetapi cita-cita bersama. Mula-mulanya isteri saya agak terkejut, saya tak pernah sebut nak buat PhD. Setelah saya jelaskan kepadanya, maka beliaupun berkata: kalau abang fikir ia baik untuk kita maka saya dan anak-anak akan memberi sokongan. Saya telah membulatkan tekad untuk memohon biasiswa PhD. ******************************** Saya membelek-belek contoh proposal yang dipinjamkan. Sukar...

Masam manis perjalanan PhD - 1

Inilah tajuk yang saya bincangkan semasa diminta untuk berbicara dalam Siri Motivasi dan Pengkisahan PhD di UiTM Segamat pada petang Jumaat, 23 Mac 2012. Kenapa masam dan manis dan bukan pahit dan manis. Kerana saya rasa tiada yang pahit yang saya lalui, cuma ada sedikit masam sebagai perasa kepada perjanan Phd saya. Saya sebenarnya tidak bercita-cita untuk menyambung ke peringkat PhD. Bahkan, saya ambil Master pun selepas puas dipujuk oleh Koordinator Master di Fakulti. Saya cuma nak jadi pensyarah dengan Ijazah saja. Saya rasa ia sudah cukup. Namun Allah menentukan bahawa saya perlu ke Perth Australia untuk mengambil Master bersama 24 orang rakan yang lain. Sekembalinya dari Master dan mula mengajar, setiap kali bertemu, koordinator yang sama selalu mengingatkan saya supaya menyambung PhD. Soalan bila nak buat PhD berlarutan hingga beberapa tahun, hingga saya fikir beliau rasa jemu untuk bertanya lagi. Mulai saat itu kalau kami bertemu, soalan beliau berubah kepada anak dan berapa or...

Wau bulan

Image
Anak lelaki saya yang berumur 7 tahun begitu teruja melihat wau yang seakan-akan berbentuk lebah tergantung di dinding rumah neneknya. Dia begitu teruja bila pakciknya 'menerbangkan' wau tersebut ke udara. Makin lama makin tinggi di udara. kelihatan seperti seekor lebah yang terbang untuk menghisap madu atau untuk menyengat mangsa. Sejak dari itu anak saya begitu berminat untuk mengetahui tentang cara-cara membuat wau. Yah, macam mana rupa pokok buluh? anak saya bertanya semasa balik dari sekolah. Dalam perjalan dari UiTM ke rumah, saya menunjukkan serumpun pokok buluh kepadanya. Oh macam tu pokok buluh. Bagusnya kalau kat rumah kita ada pokok buluh, katanya. Abang nak buat apa dengan pokok buluh tu? tanya saya. Abang nak buat wau. Boleh tak ayah ajar abang macam mana nak buat wau? balasnya. Hai... nampaknya saya kena belajar buat wau pulak.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Image
Selamat hari raya aidil fitri saya ucapkan kepada isteri dan anak-anak saya. Juga kepada semua pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga berbahagia di hari raya. Maaf zahir dan batin. Terima kasih diucapkan kepada yang telah mengirim kad. Pengirimnya Abang Ahmad, Kakak Dijah, bekas student Nurhuda, student semester lepas, Fadillah, Faizah, Izzati, Aishah, Baiduriah dan DN Azlima. Minal aidin wal faizin. TaqabbalaLlahu minna waminkum.

Dua minggu sudah berlalu

Image
Ramadhan sudah sampai di pertengahannya. Orang bujang biasanya tidak bermasalah sangat tentang berbuka dan sahur. Beli dan bawa balik atau makan di kedai saja. Kalau rajin masak dan makan di rumah. Realiti orang berumahtangga agak berbeza, lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Dalam bulan puasa ni, biasanya anak-anak akan menampakkan sifat-sifat yang tersembunyi untuk menguji kesabaran ibubapa terutama sekali ibu. Anak ketiga [2 tahun +] yang dah petah bercakap selalu mengaku berpuasa walaupun ke hulu ke hilir dengan makanan. Bila berbuka, dialah yang lebih. Sebelum orang lain berbuka, dia dah berbuka dulu. Kadangkala bersahur pun dia 'join' sekali walaupun lepas tu bersarapan pagi. Anak kedua [7 tahun] yang baru pertama kali berpuasa kadangkala merengek-rengek waktu bersahur kerana tak boleh buka mata. Kadangkala merengek haus di waktu petang terutamanya bila hari tak sekolah. Kadangkala agak cerewet tentang lauk dan juadah untuk berbuka atau sahur. Namun alhamdulillah, masuk ha...

Tambang bas naik

Image
"Ayah, pak cik bas kata tambang bas bulan ni naik RM60," kata anak perempuan saya petang semalam. "Ye ke?" kata saya. "Ye yah," anak lelaki saya pula menambah. Sebelum ini tambang bas sekolah dari Taman Bunga Raya - SRAB - UiTM sebanyak RM40 seorang sebulan. Kini bila naik jadi RM60 sebulan bermakna saya kena bayar RM120 sebulan untuk dua anak saya. Inilah hakikat yang saya kena terima. Saya tidak boleh menyalahkan pengusaha bas dalam hal ini. Bila harga minyak naik tentu kos operasi mereka juga naik. Kenaikan sebanyak 50% ini mungkin belum cukup untuk menampung perbelanjaan operasi mereka. Dengan kadar inflasi 7% bulan ini, tentu kos penyelenggaraan juga akan meningkat lagi. Saya dan rakan-rakan pensyarah mungkin mampu untuk menampung kenaikan ini. Bagaimana pula keadaannya dengan rakan-rakan lain?

Akademi Al-Qur'an 3

Image
Akademi Al-Qur'an 3 telah melabuhkan tirainya pada 19 Jun 2008 yang baru lalu. Saudara Fakhrul telah diisytiharkan sebagai Johannya. Saya berpandangan positif sekiranya program ini diteruskan dan dilaksanakan dengan adab-adab yang dipelihara, program ini mampu melahirkan bukan sahaja johan-johan tetapi juga masyarakat yang menghayati tuntutan Al-Qur'an.

Jeram Hulu Jementah

Bagi yang berminat untuk menenangkan fikiran, boleh cuba pergi ke tempat ni. Fazli sedia membantu. Fazli said... En. Halim, Boleh je saye bawak encik pergi ke jeram tu...tapi memang masuk ke dalam hutan sikit la...kereta pun boleh masuk...tapi name pun dah jeram kan...so kecik sikit la, xmacam gunung ledang nun...tp ade good news, it's free!!!

Berkenalan

"Abang ada ramai kawan kat sekolah, ada darjah satu, darjah tiga, darjah empat dan darjah lima pun ada," kata abang memulakan cerita. "Kakak pun berkawan dengan semua orang juga," kakak menyampuk. "Ayah tahu tak, kita boleh memulakan perbualan dengan bertanya jam pukul berapa?" kakak meneruskan soalannya. "Kat mana kakak dapat petua tu?" tanya saya. "Dalam sebuah buku yang kakak baca," sambungnya. Sebenarnya bukan senang untuk berkenalan apatah lagi untuk memulakan perbualan. Tapi bila dah kenal dan mula berbual kadangkala susah pula untuk berhenti. Dikisahkan, ada seorang pendakwah sedang menaiki bas menuju ke suatu tempat yang jauh. Di sebelahnya terdapat seorang yang pemuda yang sentiasa memalingkan muka ke tingkap sepanjang perjalanan. Pendakwah tersebut ingin berkenalan dengan pemuda tersebut dan seterusnya menyampaikan dakwahnya. Setelah berfikir sejenak, pendakwah tersebut telah memijak kaki pemuda di sebelahnya dan meminta maaf ...

Hari pekerja

Semalam, 1 Mei 2008 saya telah membawa isteri dan anak-anak mandi di Hutan lipur Gunung Ledang [20 minit perjalanan]. Menakjubkan. Pengunjung terlalu ramai, 'parking' penuh, tempat mandi pun penuh. Anak-anak pula tak sabar untuk mandi. Akhirnya kami dapat satu lokasi yang sesuai untuk mandi. Kakak [long] dan abang [ngah] tidak begitu berpuashati dengan lokasi tersebut pada mulanya. Namun bila dah mandi keadaan 'ok' semula. Adik yang baru pertama kali mandi di kolam air terjun sangat teruja dengan kesejukan airnya. Tak sangka adik yang belum genap dua tahun tak takut air macam abang dan kakaknya. Lebih kurang sejam di sana, kami beredar ke Tangkak untuk makan tengahari. Asam pedas ikan pari menjadi hidangan pilihan kami.

Petua hilangkan bau hanyir

Biasanya kalau kita menyiang ikan, tangan kita akan berbau hanyir. Untuk menghilangkan bau tersebut kita hendaklah membasuh tangan sambil memegang sudu keluli [stainless steel]. Isteri saya telah mencuba petua ini dan ia berkesan.

Lampu sakit

Image
Lampu sakit - Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh anak saya Maryam, 1 tahun 9 bulan apabila melihat salah satu dari mentol lampu liplap kesukaannya tidak menyala. Anak saya yang seorang ni memang banyak cakap walaupun kadangkala tak dapat difahami apa yang dimaksudkannya. Contohnya kata-kata lampu sakit digunakannya untuk menyatakan lampu rosak. Kadangkala keadaan akan menjadi kecoh apabila dia membuat gurauan yang berlebihan dengan mengambil pensil, pemadam ataupun buku abang dan kakaknya yang sedang membuat kerja sekolah.

Thalhah

Thalhah - itulah nama anak kawan isteri saya yang belajar di UiTM Segamat. Ibunya suruh saya hubungi anak dia sejak setahun yang lepas. Tapi baru tengahari ni dapat jumpa. Perbualan selam 20 minit dengannya meyakinkan saya dia seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. InsyaAllah kami akan bertemu lagi untuk mengeratkan silaturrahim.

Gambar kenangan hari raya 14 Oktober 2007

Image
Inilah gambar kenangan semasa hari kedua aidil fitri 2007.

Amanah Allah

Image
ﻜﻟﻜﻡﺮﺍﻉﻭﻜﻟﻜﻡﻤﺴﺅﻞﻋﻦﺮﻋﻴﺗﻪ Ertinya: setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Amanah yang Allah pikulkan kepada kita sebenarnya cukup berat terutamanya jika kita tidak bersedia ataupun belum bersedia. Saya merasa bersyukur kepada Allah kerana isteri dan anak-anak sentiasa berada di belakang saya untuk menjadi penyokong yang setia.

Anak-anak ceria

Image
Alhamdulillah, pagi ni walaupun hari Isnin anak-anak saya ceria dan seronok untuk pergi sekolah. Hari ini saya kejutkan anak-anak saya Khadijah (Kakak), 10 tahun dan Ahmad (Abang), 7 tahun tepat pukul 6.15 pagi. Selepas solah subuh, sarapan dan mengenakan 'uniform' sekolah, saya menghantar mereka untuk menaiki bas di Taman Bunga Raya, di depan rumah Kak Safiah. Bas sampai tepat 7.16 pagi. Saya berdoa semoga mereka ceria hingga ke petang dan dapat menerima didikan guru-guru mereka.

Gambar

Akhirnya pada pukul 4.15 petang ni saya telah berjaya upload gambar saya ke dalam blog ni.

Salam

Pukul 5.30 petang ini adalah saat yang bersejarah sebab saya telah berjaya memulakan blog ini.