Posts

Showing posts from May, 2009

Revenge Cube

Image
Sejak beberapa minggu lepas, anak lelaki kami merengek-rengek mahukan permainan ini. Kawan sekolah satu bas dah ada katanya. Balik dari solat Jumaat dua minggu lepas dia membelek-belek permainan ini di Seven Eleven, Jementah. Saya diam saja. Saya tengok harganya RM11.90. Balik dari solat Jumaat minggu berikutnya, kami singgah di kedai alatulis untuk fotostet, dia belek-belek lagi alat permainan tu, harga tertulis RM9.90. Abang pandai ke nak main alat permainan ni? Tanya saya. Nanti abang belajarlah: katanya. Sampai di rumah, orang yang paling teruja ialah kakak, walaupun bukan dia yang minta. Agak-agaknya mereka ni dah berpakat. Hari pertama, kakak dan abang memerah otak untuk menyelesaikan permainan ini. Mereka gagal. Hari kedua, kakak telah berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ketiga barulah abang berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ini, dalam perjalanan ke sekolah, abang berkata: Ayah nak pilih warna apa, abang nak buat. Biru, kata saya. Selepas lebih kurang seminit. OK,

Ma ta'buduna min ba'di - Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?

Image
Awal-awal agama mengenal Allah Memahami sifat yang wajib baginya Ada dua puluh sifat yang Wajib diketahui Oleh setiap mukallaf Wujud ertinya ada Qidam ertinya sedia Baqa' ertinya kekal Mukhalfatuhu lilhawadith Bersalahan pada yang baharu... Setelah difahami Sifat wajib baginya Perlu dihayati Sehingga datang Rasa bertuhan... Itulah sebahagian dari senikata nasyid dendangan kumpulan nasyid Mawaddah yang popular tak lama dulu. Anak-anak begitu cepat menerima dan menghadam apa yang mereka lihat, dengar ataupun lalui kerana hati mereka masih bersih umpama kain putih. Itulah sebabnya rancangan kartun yang mereka tonton setiap hari dan games yang mereka main setiap hari begitu banyak mempengaruhi karektor mereka. TV dan games sebenarnya banyak mempengaruhi mereka. Apakah kita mahu hidup anak-kita dididik oleh kartun dan games? Sudah tentu tidak. Ibubapa perlu mengambil kesempatan ini untuk mendidik anak-anak mengenal Allah supaya hidup anak-anak kita terarah. Di zaman sekarang ni selain d

Pendakwah dan tukang cat

Image
Pendakwah umpama seorang tukang cat rumah, kata seorang sahabat saya dalam tazkirahnya. Kami terus mendengar dengan tekun. Beliau menyambung lagi: tukang cat ni ada tiga jenis. Pertama tukang cat yang mengecat rumah pelanggannya sambil merungut letih, panas, bau kuat dan sebagainya. Kedua, tukang cat yang mengecat bersungguh-sungguh kerana mengharapkan upah yang akan diterima nanti. Ketiga, tukang cat yang mengecat rumah dengan bersungguh-sungguh untuk menggembirakan tuan rumah tersebut. Apa kaitannya dengan pendakwah? tanyanya menduga kami. Beliau meneruskan lagi, pendakwah pun ada tiga jenis macam tukang cat juga. Pertama, pendakwah yang berdakwah secara terpaksa, nak tak nak dia kena berdakwah kerana jawatannya sebagai pendakwah. Kedua, pendakwah yang berdakwah bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya kerana mengharapkan ganjaran pahala dan syurga dari Allah S.W.T. Ketiga, pendakwah yang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya supaya keindahan Islam yang disampaikan olehnya turut

Anak-anak demam

Image
Beginilah keadaannya kalau anak-anak demam (gambar). Minggu ini anak-anak kami demam. Ia bermula dengan kakak yang mula demam pada hari Selasa. Doktor bagi cuti dua hari untuk berehat. Doktor kata demam ni boleh berjangkit pada kawan-kawan kalau dia bersekolah. Mak saya kata: anak-anak ni kalau seorang demam, biasanya yang lain-lain pun akan demam, macam kamu dengan adik-adik kamu dulu. Orang tua banyak pengalamannya. Belum sempat baik lagi demam kakak, abang dan adik dah demam pula. Anak-anak yang demam pulak biasanya merengek-rengek minta itu dan ini tapi semuanya tak sedap. Isteri sayalah yang kena melayani anak-anak ni sebab semua tak nak dengan ayahnya ketika demam. Terima kasih umi kerana bersabar dengan kerenah anak-anak kita selama ni .