Posts

Showing posts from April, 2012

Masam manis perjalanan PhD - Kehidupan baru

Sejak mendaftar diri pada 21 Jun 2008, bermulalah kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar. Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Saya tidak terkecuali. Isteri saya banyak membantu memudahkan urusan keluarga dan anak-anak semasa saya tiada di Segamat. "Ayah kalau nak pergi ke Shah Alam pergilah bila-bila pun, hal-hal kat rumah biar Umi yang uruskan", itulah kata isteri saya. Memang boleh dikatakan separuh dari kehidupan saya semasa semester pertama adalah di Shah Alam. Pada Sabtu dan Ahad saya kena menghadiri kelas-kelas Research Methodology yang dianjurkan oleh IPSis, manakala pada pertengahan minggu pula ada seminar, talk dan lain-lain oleh Professor pelawat di Fakulti. Apa kata isteri saya dalam hal ini? Di awal tahun pertama pengajian, kami menggunakan Kancil lama sebagai kereta kedua. Ia cukup menguji. Setiap kali suami ke Shah Alam, ada-ada sahaja ragamnya - meter perbatuan tidak bergerak, tangki air sering kering, b

Masam manis perjalanan PhD - Betulkah buat PhD?

Seorang rakan dari jabatan lain bertanya masa bila saya buat PhD. Tup-tup dah tamat, katanya. Hampir setiap pagi nampak saya hantar anak ke sekolah. Begitulah hakikat yang perlu dihadapi kalau sambung PhD di universiti tempatan. Lebih-lebih lagi kalau hampir setiap hari dapat dilihat oleh rakan-rakan di jalanraya, pejabat mahupun pasar malam. Hakikatnya PhD adalah pengajian yang boleh dibawa ke mana-mana: dalam kelas, dalam kereta, dalam beg, di pejabat di rumah mahupun di tempat-tempat lain. Namun perlu diingat, PhD ini adalah merupakan perkonsian di antara pelajar dengan keluarga dan juga penyelia-penyelia. Asalkan kita dapat menepati pertemuan dengan penyelia-penyelia - tentunya dengan progress tertentu, insyaAllah di mana-manapun kita boleh lakukan kerja-kerja PhD. Tetapi ini hanya boleh dilakukan setelah proposal kita diluluskan oleh pusat pengajian.

Masam manis perjalanan PhD - 3

Alhamdulillah, Allah selalu mempermudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu. Allah juga mempermudahkan saya untuk memilih penyelia. Semasa ditemuduga oleh Dekan dan pasukan temuduga di Fakulti, saya nayatakan kepada Dekan bahawa saya nak tinggal di Segamat walaupun dapat sambung buat PhD. Lalu saya kena cari seorang penyelia di UiTM Segamat supaya saya kekal di Segamat. Pada penghujung 2007, pentadbiran UiTM Johor bertukar tangan dan Prof Kamil menjadi Pengarah. Bidang kepakaran beliau pula ialah Financial Reporting. Saya berdoa kepada Allah supaya beliau mahu menjadi penyelia saya. Saya memberanikan diri untuk mendapatkan persetujuan beliau untuk menjadi penyelia. [Nota:Saya pernah menceritakan tentang pertemuan pertama di sini ]. Pertemuan pertama untuk mendapat persetujuan memilih beliau sebagai penyelia utama dan Prof Rozainun sebagai penyelia bersama. Beliau menyatakan kepada saya bahawa beliau dah ada lapan orang pelajar dibawah seliaan beliau. Saya katakan pada beliau, saya jadi

Masam manis perjalanan PhD - 2

Saya memerhati dan menghitung keadaan di Fakulti. Ketika itu ada lebih kurang 40 orang pensyarah yang telah bergelar Dr. Dalam masa yang terdekat ketika itu, beberapa orang lagi Dr baru akan kembali dan angka itu bergerak laju. Tetapi bilangan Dr lelaki sangat kurang. Saya tidak bias terhadap gender. Namun begitu saya fikir suara lelaki perlu ada kalaupun tidak boleh berkumandang dengan kuat di Fakulti. Saya fikir inilah yang saya akan jadikan sebagai cabaran. Ini satu amanah. Saya perlu teruskan. Saya perlu ada PhD. Namun saya kena berbincang dengan isteri tersayang. Ini bukanlah cita-cita peribadi, tetapi cita-cita bersama. Mula-mulanya isteri saya agak terkejut, saya tak pernah sebut nak buat PhD. Setelah saya jelaskan kepadanya, maka beliaupun berkata: kalau abang fikir ia baik untuk kita maka saya dan anak-anak akan memberi sokongan. Saya telah membulatkan tekad untuk memohon biasiswa PhD. ******************************** Saya membelek-belek contoh proposal yang dipinjamkan. Sukar