Posts

Showing posts with the label teaching

KuLim 2 - Hampir

Kita biasa menyayangi orang yang hampir dengan kita. Semakin hampir dia dengan kita, semakin kasihlah kita kepadanya dan semakin selalu kita sebut-sebut namanya dan semakin mudah untuk kita tunaikan permintaannya. Contoh terdekat ialah betapa hampirnya anak-anak di hati ibubapa. Begitu juga dengan Allah, Tuhan kita. Dia begitu hampir. "Apabila hambaKu bertanya tentang Aku, katakan sesunggunya Aku sangat hampir". Semuanya terpulang kepada seseorang hamba untuk menhgampirkan diri dengan Allah atau menjauhiNya. Dalam kehidupan harian, orang yang cukup solatnya, menghampirkan dirinya dengan Allah sebanyak lima kali sehari. Bagaimana pula dengan selang waktu di antara solat dengan solat yang berikutnya? Adakah kita mengingati Allah? Seorang hamba begitu berhajat kepada pertolongan Tuhannya. Dan Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sudi menolong. Di mana dan bila sahaja kita tersedar dari ingatan terhadap yang lain, kembalilah mengingati Allah. Berbicaralah dengan Allah, mint...

KuLim 1 - Syahadah

Untuk semester September yang baru bermula, saya diamanahkan untuk mengajar PSA420 dan FAR450. Hari pertama masuk kelas, saya lihat semua pelajar kelihatan bersemangat untuk menuntut ilmu. Saya membiasakan diri untuk berkenal-kenalan dengan semua pelajar pada hari pertama pengajaran. Dalam kelas PSA, seorang pelajar dengan penuh semangat menyatakan harapannya untuk memahami subjek ini sepenuhnya..... Semoga semangat ini berterusan. Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan kuliah lima minit (KuLim) di awal kelas. Saya mengajukan persoalan syahadah kepada mereka. Betapa syahadah ini merupakan pintu untuk masuk ke dalam Islam. Ia merupakan satu penyaksian atau janji yang mengikat seseorang untuk hidup secara Islam dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan syahadah boleh gugur apabila berlaku perlanggaran-perlanggaran terhadap perkara-perkara tertentu contohnya tidak yakin tentang hukum-hakam Allah SWT. Semoga ia membuka lembaran baru kepada kehidupan saya dan pela...

Mengajar semula

Tengahari tadi mesyuarat fakulti diadakan. Diantara isinya ialah berkaitan dengan tugasan mengajar semester hadapan yang akan bermula minggu depan. Dua subjek ijazah dan dua subjek diploma sedang menunggu. Bila dicampur kedua-duanya = 28 jam. Dari September hingga November 2011 sebanyak 8 jam. Dari November 2011 hingga Januari 2012 sebanyak 28 jam. Dari Januari hingga Mac 2012 sebanyak 20 jam. Namun bukan saya seorang sahaja yang mempunyai jadual begitu. Hampir semua ahli fakulti mencatatkan 24 hingga 28 jam waktu mengajar. Semoga Allah memberi kekuatan.

Peperiksaan UiTM bermula

Image
Hari ini, 29 Oktober 2008, bermulalah episod peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar UiTM di Johor khususnya. Suasana peperiksaan telah menyelubungi seluruh kampus. Ia dapat dilihat dari beberapa petunjuk. Pertama, pintu bilik gerakan peperiksaan dibuka (dengan luas), kedua, kereta di tempat parkir pensyarah blok A kurang dari kebiasaan, ketiga... Inilah kali pertama sejak 11 tahun yang lalu, saya tidak terlibat secara langsung dengan peperiksaan pelajar kerana menyambung pengajian. Kalau tidak, biasanya waktu-waktu begini, saya dan rakan-rakan sedang bertungkus-lumus menyediakan markah penilaian berterusan dan menjaga peperiksaan 3-5 kali sepanjang musim peperiksaan. Ditambah pula dengan 'kerajinan melampau' pelajar-pelajar untuk berjumpa pensyarah di musim peperiksaan sebagai langkah terakhir menghadapi peperiksaan. Buat rakan-rakan pensyarah, selamat menanda kertas peperiksaan. Buat rakan-rakan di perpustakaan dan akademik, terima kasih diucapkan atas kerja keras anda. Buat p...

1 Ogos adalah 11

Image
1 Ogos 2008 - Genaplah umur saya 11 tahun bersama UiTM Johor. Banyak pengalaman manis dan pahit dalam tempoh tersebut [kebanyakannya manis]. Semasa pertama kali masuk ke bilik rehat pensyarah, saya disapa oleh Puan Zaiton Endot [kini di Shah Alam], "student mana boleh masuk bilik rehat pensyarah!". Saya hanya tersenyum. Mungkin saya kelihatan muda masa tu. Semester pertama, En. Razak Dahlan [KP DIA yang terlalu baik hati] suruh saya pilih subjek yang saya nak ajar [dalam senarai ada 4 subjek]. Saya pun pilih ACC161 dan ACC211 - kini kedua-dua subjek telah dilupuskan. Minggu pertama mengajar ACC211, seorang pelajar angkat tangan seraya berkata, "Encik, saya tak faham langsung apa yang Encik ajar,". Kemudian semua pelajar lain pun menyokong pelajar ini. Saya cuba 'cool'kan diri dan bertanya kembali, " sebenarnya bahagian mana yang kamu semua tak faham?" Rupa-rupanya mereka cuma rasa tak faham walaupun sebenarnya faham - sekadar menduga kesabaran pens...

Terima kasih Cik bagi kami kerja...

Image
Terima kasih Cik bagi saya kerja! Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Marlina, seorang pensyarah baru merangkap bekas pelajar saya bila terserempak dengan saya di depan Perpustakaan Tun Dr Ismail. Bersama dengan beliau dua lagi rakannya, Liyana dan Hazlia. Masing-masing tersenyum. Sebenarnya bukanlah saya yang memberi mereka kerja sebagai pensyarah. Saya [sebagai KP BACC ketika itu] cuma memilih nama pelajar-pelajar yang yang lulus dengan cemerlang pada semester akhir Mei 2008 untuk dicalonkan sebagai pensyarah. Rezeki mereka murah. Do'a mereka dimakbulkan oleh Allah. Lalu jadilah mereka pensyarah. Bila ditanya samada seronok atau tidak menjadi pensyarah. Dengan tersenyum mereka kata seronok. Mereka telah ditugaskan untuk mengajar pelajar-pelajar semester 1 dan 3. Saya bersyukur kepada Allah kerana mereka yang saya calonkan benar-benar meminati bidang pendidikan. Langkah mereka masih panjang. semoga mereka terus berjaya. Ada peluang lagi ke tahun depan? Sapa tahu rezeki kita. Mu...

Perasaan pensyarah 2

Sejak petang Jumaat yang lepas [6.6.08] saya telah menerima panggilan dan sms bertalu-talu dari pelajar-pelajar saya. Dua pertiga daripadanya mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah lulus dalam FAR450 dan sebahagian lagi telah berjaya lulus FAR400 [yang menggerunkan] setelah beberapa kali diambil. Ada juga bertanya tentang RMP dan sup-paper. Beginilah panggilan dan sms bermusim selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Hari Terakhir

31 Mei 2008 adalah hari terakhir saya sebagai KPBACC. Walaubagaimanapun saya masih lagi menjalankan tugas-tugas KP kerana KP yang baru belum mendapat surat perlantikan. Tugas KP-KP ketika ini ialah menyediakan ATA untuk pensyarah-pensyarah di Fakulti masing-masing sebelum Jawatankuasa Penyediaan Jadual Waktu bersidang [buat jadual]. Keadaan di kampus agak sunyi walaupun ada sebahagian dari pelajar yang mengambil intersesi. Bagi pensyarah yang tidak terlibat mengajar intersesi kebanyakannya mengambil kesempatan untuk bercuti [kebetulan sekarang ni sekolah pun cuti]. Jadi bolehlah mereka bawa anak-anak berjalan atau menziarahi datuk-nenek di kampung.

Hari Konvokesyen

Hari ini saya dan Puan Norfizah ke Shah Alam untuk satu mesyuarat penting di fakulti. Dari luar UiTM kelihatan penuh sesak dengan kenderaan pelajar dan ibubapa yang menghadiri majlis konvokesyen. Sampai di Menara saya melihat bekas-bekas pelajar saya ada yang sedang mengucapkan tahniah antara satu sama lain, manakala yang lain sedang mengambil gambar kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan. Ada juga beberapa bekas pelajar yang menyapa dan bertanya khabar. Saya mengucapkan tahniah kepada mereka. Semoga mereka terus berjaya mengharungi kehidupan masa depan yang mencabar dengan bekalan ilmu yang mereka perolehi di UiTM.

Perasaan seorang pensyarah

Ada pensyarah yang dianggap oleh pelajarnya sebagai 'baik' manakala yang lain dianggap sebaliknya. Tapi adakah pelajar benar-benar mengetahui perasaan pensyarahnya? Saya ingin menceritakan pengalaman peribadi saya memeriksa kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar-pelajar saya. Pertama sekali saya akan memeriksa semua helaian dan mengharap semua pelajar saya akan lulus. Selesai memeriksa, saya akan menjumlahkan markah yang mereka perolehi. Sekiranya terdapat pelajar yang markahnya kurang dari 50, saya akan menyemak beberapa kali sehingga pasti bahawa tidak ada markah yang tidak diberi. Namun kadangkala ada juga pelajar yang tidak lulus menyangka bahawa pensyarahnya tidak memeriksa atau tidak memasukkan markah peperiksaan akhir mereka. Hakikatnya mereka sendiri sebenarnya tahu bahawa mereka tidak menjawab dengan baik. Jadi, siapakah yang memahami perasaan pensyarah?

Demi masa

Hari ini ialah hari terakhir saya dengan pelajar-pelajar BACC semester 5. Sebelum saya meninggalkan mereka pagi tadi, salah seorang dari mereka meminta saya untuk menyampaikan 'KuLiM' [Kuliah Lima Minit] saya yang terakhir. Terasa terharu pula bila pelajar yang minta, sebab selalu saya beri tanpa diminta. Dipendekkan cerita, saya mengajak mereka merenung tentang masa yang telah Allah beri kepada semua orang selama 24 jam sehari, ke mana ia digunakan? Saya jelaskan kepada mereka bahawa Allah mahu kita supaya menggunakan masa yang kita ada untuk empat perkara. Sekiranya kita tidak melakukan perkara tersebut, maka kita akan menjadi manusia yang rugi di sisi Allah. Pertama, masa yang Allah beri hendaklah kita gunakan untuk beriman kepadaNya dan jangan sekali-kali menyekutukanNya. Tidak ada gunanya kita mempunyai semuanya kalau kita tidak beriman kepada Allah. Kedua, supaya tidak rugi, kita hendaklah gunakan masa yang kita ada untuk beramal soleh. Sekurang-kurang amal soleh ialah me...