Posts

Showing posts from September, 2009

Mungkinkah malam tadi lailatulqadar?

Image
Saya diberitahu oleh seorang alim di kampung tentang tarikh lailatulqadar tahun ini. Lim, tahun ni 23 Ramadhan lailatulqadar: katanya. Kata-kata beliau ini bertepatan dengan pengiraan yang dibuat oleh Imam Ghazali, sekiranya puasa bermula hari Sabtu, maka lailatulqadar jatuh pada 23 Ramadhan. Hakikatnya, lailatulqadar adalah rahsia Allah. Siapalah kita berbanding Imam Ghazali dan orang alim tersebut. Apa yang penting ialah cuba beramal secara konsisten sejak 1 Ramadhan lagi. Sudah tentu kita akan mendapat ganjaran seribu bulan walaupun tidak dapat bertemu dan bersalam dengan malaikat. Saya pernah menceritakan tentang tanda-tanda lailatulqadar di sini . Malam tadi, sekitar 4.15 pagi, saya terjaga disebabkan bunyi jam loceng dan kokokan ayam jiran berhampiran. Biasanya ayam beliau berkokok menjelang waktu subuh. Lalu saya teringat satu hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “ Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok (di waktu malam), mintalah anugerah kepada Allah, se

Salam Aidil Fitri

Image
Mafhum hadith Nabi S.A.W.: orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: pertama, kegembiraan ketika berbuka (termasuk hari raya) dan; kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Allah SWT nanti. Marilah k ita ucapkan rasa syukur kita kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah sampaikan hayat kita hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya dapat mengucapkan rasa syukur kegembiraan dengan bertakbir, bertahlil dan bertahmid di pagi raya nanti. Bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa, mertua serta sanak-saudara, serta mengeratkan silaturrahim sesama mukmin. Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin kepada isteri dan anak-anak saya, juga kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga puasa kita diterima Allah SWT. TaqabbalaLlahu minna waminkum.

Memperbaharui iman di bulan Ramadhan

Image
Mafhum hadith RasuluLlah SAW: Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu, mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu. (Hadith diriwayatkan oleh At-Tabrani) Apa signifikannya hadith ini kepada kita? Kita selalu sibuk sepanjang 11 bulan yang lalu dengan segala macam urusan kerja, urusan anak isteri, urusan kawan-kawan, urusan saudara-mara, urusan ... sehinggalah kadangkala kita kurang bersungguh-sungguh apabila berurusan dengan Allah SWT - lalu susutlah iman kita. Kita solat di hujung waktu, kita tinggalkan membaca al-Qur'an, kita tinggalkan majlis-majlis ilmu.... Ini semua boleh melunturkan atau melusuhkan iman kita. Kini Allah datangkan bulan Ramadhan (hanya tinggal sepertiga lagi) untuk memberi peluang kepada kita semua untuk menggantikan iman yang lusuh dengan iman yang baru. Allah susunkan untuk kita program-program untuk memperbaharui iman: puasa di siang hari; terawih dan tadarus d

Kisah-kisah siang hari Ramadhan

Image
Kisah 1 - "Puan, ada ke pelanggan yang boleh berurusan di kaunter tanpa nombor giliran?" tanya saya pada kerani kaunter bank tersebut sebaik sahaja giliran saya sampai. Soalan ini sengaja saya tanyakan kerana saya nampak seorang pelanggan yang nombornya kemudian dari saya terus meluru ke kaunter dan menyerahkan urusannya kepada pegawai di belakang kaunter. Pegawai tersebut pula terus menyuruh kerani di kaunter menguruskannya. Kerani kaunter menjawab: oh! dia tu kena dilayan cepat sebab cek tendangnya akan 'expired' sekejap lagi. Nanti dia kena denda RM50". Soalan saya tersebut sebenarnya hendak menyedarkan pihak bank bahawa apa yang mereka buat melukakan hati dan perasaan pelanggan yang lain. Perkara ini kerap berlaku. Kadangkala nombor giliran tidak bergerak hingga beberapa minit sedangkan kaunter melayan pelanggan tidak bernombor. Kisah 2 - Sejak awal Ramadan baru-baru ini saya perasan ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman yang mula beroperasi seawal 9.