Posts

Showing posts from 2013

Sifir ayah

Image
Saya mahu anak-anak saya terdidik dengan nilaian yang betul supaya tidak terikut-ikut dengan apa yang ada disekelilingnya tanpa membuat penilaian. Saya selalu menyelitkan nilai ini dalam perbualan termasuklah dalam gurauan dengan mereka. Suatu hari bila kami (di dalam kereta) berselisih dengan kereta mewah, Abang spontan menyebut: wow bestnya kereta tu...kenapa ayah tak beli kereta macam tu? Ayah tak mampu nak bayar bulan-bulan, kata saya. lagipun apa guna ayah ada kereta mewah kalau tak mampu nak isi minyaknya. Itulah sifir ayah. Saya selalu jelaskan kepada anak-anak yang kita perlu mengukur baju di badan sendiri, bukan badan orang lain. Kita hanya perlu miliki apa yang kita perlukan dan mengikut kemampuan. Mulai dari saat itu selepas Abang kata "wow" dia akan menyambung: Apa guna ada kereta mewah kalau kita tak mampu mengisi minyaknya... dan ketawa anak-anak akan berderai. Sedikit perkongsian.

PhD - Apa selepas PhD?

Semasa buat PhD, selalu orang-orang pandai tanya, So what? Maknanya apa selepas ni? Bila dah dapat PhD orang tanya juga apa selepas ni? Secara jujurnya tiada jawapan khusus. Saya nak mengajar semula macam dulu. Mana boleh macam tu... kena sumbang kepakaran kepada universiti, kena terima tugas besar. Saya tak mampu macam mana? Tak cuba mana tahu tak mampu...

1 Ogos, 16 tahun telah berlalu

Sudah 16 tahun saya di sini. Kalau bayi sekarang sudah tingkatan 4.

Banyak makan wang

26.6.2012 Saya selalu bergurau dengan anak-anak bahawa BMW membawa maksud banyak makan wang. Sebuah kereta BMW tentu tak mampu ayah beli kerana banyak makan wang bulan-bulan kena bayar. Dalam pada tak mahu membeli BMW kerana banyak makan wang, pagi ini saya terpaksa menaiki kereta BMW walau hakikatnya ia hanyalah sebuah MPV. Ceritanya begini. Disebabkan tempahan kenderaan untuk menghadiri Simposium di Kuala Lumpur tidak dapat dipenuhi, saya terpaksa menaiki bas ekspres untuk ke tempat program. Bas yang saya naiki pula hanya akan membawa saya hingga ke Terminal Bersepadu Selatan yang jaraknya lebih-kurang 30-45 minit dari tempat sebenar yang hendak dituju. Sampai di terminal, saya disapa oleh pemandu teksi lalu terus menaiki teksinya. Duduk sahaja dalam teksi, meter menunjukkan angka RM6.00. Ia berputar dengan laju hingga bila saya sampai di tempat yang dituju, meter menunjukkan angka RM53.00. Akhirnya saya telah menaiki sebuah kereta BMW - banyak makan wang.

Apa selepas PhD

Syukur alhamdulillah, Allah telah mengizinkan saya untuk melalui dan menamatkan pengajian saya. Saya harap saya boleh menjadi manusia yang beriman dan istiqamah dengan keimanan di samping membimbing keluarga untuk turut sama ke arah itu. Tidak terlintas di fikiran saya untuk menanti jawatan pentadbiran apatahlagi pengurusan. Namun ketentuan Allah berbeza. Sebaik selesai pengajian, saya dilantik menjadi koordinator penyelidikan.