Posts

Showing posts from March, 2012

Masam manis perjalanan PhD - 1

Inilah tajuk yang saya bincangkan semasa diminta untuk berbicara dalam Siri Motivasi dan Pengkisahan PhD di UiTM Segamat pada petang Jumaat, 23 Mac 2012. Kenapa masam dan manis dan bukan pahit dan manis. Kerana saya rasa tiada yang pahit yang saya lalui, cuma ada sedikit masam sebagai perasa kepada perjanan Phd saya. Saya sebenarnya tidak bercita-cita untuk menyambung ke peringkat PhD. Bahkan, saya ambil Master pun selepas puas dipujuk oleh Koordinator Master di Fakulti. Saya cuma nak jadi pensyarah dengan Ijazah saja. Saya rasa ia sudah cukup. Namun Allah menentukan bahawa saya perlu ke Perth Australia untuk mengambil Master bersama 24 orang rakan yang lain. Sekembalinya dari Master dan mula mengajar, setiap kali bertemu, koordinator yang sama selalu mengingatkan saya supaya menyambung PhD. Soalan bila nak buat PhD berlarutan hingga beberapa tahun, hingga saya fikir beliau rasa jemu untuk bertanya lagi. Mulai saat itu kalau kami bertemu, soalan beliau berubah kepada anak dan berapa or