SHUSER 2012
Semalam dan hari ini saya menghadiri Simposium Penyelidikan tentang Kemanusiaan, Sains dan Kejuruteraan. Walaupun kemanusiaan diletakkan di depan sekali, sebahagian besar dari pembentangan adalah berasaskan sains dan kejuruteraan. Saya membentangkan sebahagian dari kajian saya mengenai model Balanced Scorecard di dalam penilaian saham. Saya menjelaskan betapa perlunya gabungan 4 cabang kekuatan sesebuah syarikat digabungkan iaitu maklumat kewangan, pelanggan, proses dalaman perniagaan dan pembelajaran dan pertumbuhan. Seperti biasa, ada yang mempertikaikan penggunaan pembolehubah di sana-sini. Saya menjelaskan bahawa semua pembolehubah disokong oleh penyelidikan berwasid terdahulu. Begitulah sifat pembentangan. Satu penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah dunia. Ia hanya menyumbang kepada cabang ilmu yang lebih besar.