Posts

Showing posts from 2010

Artikel dalam Malaysian Accounting Review

Image
Alhamdulillah, satu artikel tulisan saya dan dua penyelia saya telah terbit dan boleh dibaca di Ebscohost di sini .

Rimas

Image
Saya agak rimas. Adakah syarikat-syarikat utiliti ni dah kehabisan wang? Pembaca meter syarikat bekalan air datang awal memberi bil baru beberapa hari sebelum bil semasa tamat tempoh. Maka terteralah dalam bil, tunggakan dan semasa, perlu dijelaskan segera. Syarikat penyedia bekalan elektrik pun menggunakan 'trick' yang sama, memberi bil baru sebelum bil semasa tamat tempoh. Apakah mereka kekurangan wang? Mungkinkah ini merupakan tanda-tanda awal tarif semua perkhidmatan tersebut akan dinaikkan? Ataupun, air dan elektrik dibayar secara 'prepaid'?

Peniaga dan Perdaya

Peniaga yang amanah sebaris dengan Nabi dan para syuhada', begitulah maksud sebuah hadis Nabi SAW. Begitulah tingginya kedudukan mereka di sisi Allah sekiranya mereka berniaga dengan amanah. Kita dapati ramai peniaga yang tidak menghayati konsep beramanah dalam berniaga. Saya kemukakan beberapa contoh. Hari ini sebuah sms masuk: Tahniah, sim card anda berjaya memenangi cabutan bertuah RM15,000.00 dari syarikat minyak ..., sila hubungi office.... Minggu lepas satu panggilan dari sebuah syarikat telekomunikasi masuk: Encik terpilih untuk ditawarkan talian internet yang lebih laju dari yang sekarang pada kadar ...., semua panggilan yang encik buat pada talian yang sama tidak akan dikenakan apa-apa bil walau berapa lama encik bercakap, semuanya masuk dalam kadar internet yang ditawarkan... Bulan lepas juga ada satu panggilan: Encik pengguna talian sekian-sekian kan, encik ditawarkan skim insuran percuma bernilai sekian-sekian. Kami cadangkan encik ambil skim kedua yang lebih besar nila

Universiti Terbuka Ramadhan

Image
Universiti Terbuka Ramadhan untuk kesekian kalinya membuat pengambilan terbuka. Syarat kemasukannya tidak ketat sebagaimana universiti-universiti lain. Tidak perlu 5A dan ke atas dalam SPM atau lulusan diploma dengan cgpa 2.75 ke atas dari universiti-universiti yang diiktiraf. Syarat kemasukannya hanyalah Muslim, baligh dan berakal. Tempoh pengajiannya tidak lama. Hanya sebulan. Silibusnya pula telah disusun oleh Allah SWT sendiri. Subjek terasnya ialah Puasa, subjek yang digalakkan diambil ialah Terawih dan Tadarus, manakala subjek pilihan adalah Qiamullail, sedekah dan lain-lain. Pada penghujung pengajian, segulung ijazah Taqwa akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Kepada semua yang layak, marilah kita sama-sama memasuki universiti Ramadhan dengan penuh rasa keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah SWT. Maksud hadis: barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan dari Allah, akan diampun

Kebaikan adalah untuk diri

Image
Kita sering merasakan apabila kita berbuat baik maka perbuatan baik tadi adalah untuk orang lain. Disebabkan itu perbuatan baik tadi dibuat agak sambil lewa atau tidak sepenuh hati. Ini termasuklah kebaikan yang kita lakukan untuk ibubapa, isteri, anak-anak, hatta dalam melaksanakan kerja-kerja hakiki untuk mencari rezeki mahupun berdakwah ataupun beribadah. Padahal Allah menyatakan dalam banyak ayat-ayatnya dalam al-Qur'an bahawa apa-apa kebaikan yang kita lakukan, manfaatnya adalah untuk diri sendiri. Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama yang saya dengar di radio IKIM pagi ini. Seorang tukang rumah yang telah lebih 20 tahun bekerja dengan majikannya yang juga sahabatnya ingin menamatkan kerjayanya untuk berehat. Lalu dia berjumpa dengan majikannya untuk menyatakan hasratnya. Atas rasa persahabatan majikan menerima keputusan yang dibuat oleh tukang rumah. Majikan tersebut memberi syarat supaya tukang rumah membina sebuah rumah terakhir sebelum menamatkan kariernya. Deng

Bersyukur

Pagi ini hujan renyai-renyai. Saya menghantar terus anak-anak ke sekolah (tanpa menaiki bas). Dalam perjalanan, saya membuka radio IKIM.FM. Kebetulan Ustaz Hasrizal sedang menyampaikan motivasi paginya. Ia berkisar tentang bersyukur atau dalam perkataan lain menerima apa yang Allah beri kepada kita (selepas berusaha dan berdo'a) sebagai yang terbaik. Beliau menceritakan bagaimana dua orang yang masing-masing telah diberikan nikmat oleh Allah SWT tetapi melihat nikmat yang diberi kepada orang lain sebagai lebih baik. Seorang petani yang berada di sawahnya terlihat seorang kaya berkereta besar melintasi sawahnya. Kelihatan di sisinya seorang isteri yang yang cantik dan berpakaian cantik. Di tempat duduk belakang pula seorang anak yang kacak. Petani tadi mula memikirkan, seronoknya kalau orang kaya itu adalah aku, kereta besar, isterinya cantik bukan comot macam isteri aku, anak kacak - tentu hidup aku gembira. Orang kaya yang melintas pula melihat petani tadi mempunyai sawah yang men

Sindiran kucing gemuk

Image
Tiap-tiap pagi, bila buka pintu saja, tiga ekor kucing sudah mengiau menunggu di depan pintu. Bukan kucing peliharaan, tetapi kucing yang selalu datang meminta makanan. Selalunya saya akan gaulkan nasi dengan ikan bilis dan beri pada mereka dan masuk semula untuk bersiap-siap menghantar anak-anak ke sekolah. Bila saya buka semula pintu, mereka datang lagi untuk meminta makan sedangkan mulut mereka belum habis mengunyah lagi. Saya berkata pada isteri: kenapa ya Mi, kucing-kucing ni dah diberi makan pun masih nak minta lagi? Isteri saya kata: agaknya kucing-kucing ini menyindir kita Yah. Kita dah dapat macam-macam nikmat dari Allah tapi masih tak puas-puas lagi, minta sana, minta sini sedangkan Allah dah bagi kecukupan. Hmm. mungkin ada kebenaran kata-kata isteri saya. Lalu saya teringat akan lirik sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh Nazrey: Dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus, Nafsu bagaikan fatamorgana, di padang pasir, Panas yang membahang, disangka air, Dunia dan nafsu

Anak harimau

Image
Ini hanyalah sekadar gurau senda di pagi Isnin. Kisah 1: Saya ke kedai seorang pomen untuk menukar tayar kereta. Sedang dia membuat kerjanya, isterinya menalipon: Bang, beli ayam dua ekor - kedengaran suara isterinya di hujung talian. Selesai menukar tayar kereta, pomen tersebut berkata: Dah siap pasang, aku nak balik kejap nak bagi makan anak-anak rimau. Ada bela harimau ke? saya bertanya. Anak-anak aku tu macam rimau, tiap-tiap hari nak makan ayam, balasnya. Saya tersenyum mendengar hujahnya. Kisah 2: Kisah kedua pun ada kaitan dengan pomen juga. Beberapa tahun lepas saya mengunjungi kedai 'welding' dan cat seorang pomen. hasrat saya untuk mengecat kereta lama keluaran tahun 1980 yang dah kusam warnanya. Sedang saya dan pomen tadi berbincang-bincang tentang cat dan harganya, anak beliau pun datang. Abah! mak suruh minta duit nak beli ikan, pinta anaknya. Pomen tadi pu segera mengeluarkan RM5.00 dan diberikan kepada anaknya sambil berpesan: beli ikan yang boleh dapat banyak ye

Kebaikan dan agama

Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim: Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya nescaya Allah akan berikan kepadanya kefahaman dalam agama.

FB

Saya membuka akaun facebook dengan tujuan berkongsi pendapat dan juga untuk mengetahui perkembangan terbaru bekas pelajar dan rakan-rakan lama. Ada yang tanya: Nak spy ke? Melalui fb saya telah bertemu semula dengan kawan-kawan sekolah menengah yang telah berpisah lebih 23 tahun yang lalu dan juga bekas pelajar yang kini saya anggap sebagai rakan-rakan saya. Dari fb saya mengetahui berita gembira dan sedih tentang mereka. Berita gembira tentang anak murid mendapat kerja atau melangsungkan perkahwinan. Berita sedih tentang kematian rakan-rakan dan anak murid. Berita rakan-rakan yang sedang melanjutkan pengajian. Perkara umum boleh dilihat dari wall dan photos mereka, manakala perkara khusus untuk pernincangan secara peribadi boleh dibuat di ruangan message . Di fb inilah mereka menzahirkan rasa dan pendapat mereka tentang isu agama, isu semasa, isu politik, isu sosial dan kadangkala peribadi. Semoga fb dimanfaatkan untuk mengajak kepada kebaikan.

Kurniaan dan pinjaman

Firman Allah dalam hadith qudsi : “Wahai hamba-hambaKu! Aku telah berikan kurnia kepada kamu dan Aku telah meminta hutang, pinjaman daripada kamu. Barangsiapa yang telah memberikan sesuatu kepadaKu dari apa yang telah Aku kurniakan itu dengan taat, nescaya Aku membalasnya dalam waktu yang singkat (di dunia) dan Aku simpan baginya untuk waktu yang akan datang (akhirat). Tetapi barangsiapa yang Aku ambil daripadanya sesuatu yang telah Aku berikan secara paksa, namun ia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana Allah, nescaya Aku wajibkan pemberian hadiah dan rahmatKu baginya, dan Aku catatkan bahawa dia termasuk orang yang mendapat petunjuk, dan Aku berikan dia menikmati nikmat memandang kepadaKu .” (Hadith riwayat Rafi’i dari Abu Hurairah r.a)

Kurus

Image
Semalam saya ke Shah Alam untuk menghantar progress report di Fakulti. Saya terserempak dengan En Arun, yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di sana. "Saya tengok En Arun kurus sekarang, tak sihat ke?", saya memulakan perbualan. "Taklah Lim, saya sihat, saya pergi gym. Sekarang dah turun 18kg. Saya nak jaga kesihatan lah Lim." Saya respect usaha En Arun untuk menjaga kesihatannya. Bukan apa, kelihatannya kebanyakan rakan-rakan yang menyambung pengajian di peringkat PhD bertambah berat badannya, termasuk saya. Mungkin apa yang dilakukan oleh En Arun ini mungkin boleh menjadi contoh kepada orang lain. Saya sendiri baru dua kali memulakan exercise pagi dengan berjalan mengelilingi kampus - ia mengambil masa lebih kurang 25 minit. Memang, peluh mencurah-curah selepas warm down (betul ke istilah ni?). Bukan untuk kurus, tapi untuk sihat.

Pelancaran Lifeline for Gaza

Image
Dipetik dari website Lifeline 4 Gaza di sini .

Dilema guru - murid

Image
Kisah pagi Isnin. Anak: ayah, mak, saya tak nak pergi sekolah, cikgu garang sangat. Tidur kat rumah lagi baik. Ibu: (menghantar mesej kepada guru) Cikgu, anak saya tak nak pegi sekolah, lepas sembahyang subuh tadi terus tidur tak nak bangun, macam mana ya? Guru: Diam (dalam hati berkata: hai, zaman sekarang, ibu mengalah dengan anak yang tak nak pergi sekolah?) Esoknya: Guru: Siti, kenapa awak tak datang ke sekolah semalam? Siti: Mak saya tak nak hantar, Cikgu. Cikgu: (Hmm... siapa tipu siapa ni?)

Mengajar anak-anak solat berjemaah dan mengaji

Image
Entri kali ini tidak bermaksud untuk mengajar pembaca bagaimana caranya mendidik anak-anak. Ianya lebih kepada rasa untuk mengingatkan kepada diri sendiri tentang pentingnya mendidik anak-anak perkara yang paling asas bagi mereka. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu. Ibubapa (terutamanya bapa) tidak mempunyai ruang untuk mengelak dari tanggungjawab ini. Satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah sendiri. Sekiranya tidak mampu melakukannya, ibubapa wajib mencarikan orang yang boleh mengajar anak-anak mengenal Allah. Perkara paling asas yang perlu ibubapa ajarkan kepada anak-anak ialah mengenal Allah. Anak-anak sekarang dalam usia yang begitu muda pun terlalu cerdik untuk bertanya kepada ibu dan ayahnya. Ayah! rupa Allah tu macam mana? Ibu! kenapa kita tak nampak Allah? Soalan-soalan yang dibiarkan tidak berjawab menyebabkan anak-anak mencari jawapan sendi

Kuliah Pagi Jumaat

Image
Pagi ini saya berkesempatan untuk mendengar kuliah pagi Jumaat. Ada beberapa perkara penting yang saya sempat catat semasa kuliah tersebut berlangsung. Pertama, kita kena tahu asal-usul kita. Ayat yang berkaitan dengan asal-usul kejadian manusia boleh di baca dalam surah al-insan 1-4. Kedua, kita kena tahu tujuan kita dijadikan oleh Allah SWT. Tujuan hidup manusia dijelaskan oleh Allah dalam surah az-zariyat: 56 yang bermaksud, tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. Ketiga, kita kena tahu kenapa di akhir zaman ini banyak sangat masalah yang melanda terutama kepada umat Islam. Ianya berpunca dari satu penyakit yang hanya melanda umat akhir zaman. Nabi menjelaskan keadaan pada akhir zaman, manusia akan ditimpa satu penyakit yang tidak pernah menimpa umat sebelumnya iaitu penyakit 'wahan'. Apakah itu penyakit 'wahan' itu? Penyakit wahan itu ialah cintakan dunia dan takut menghadapi kesusahan. Dan yang sedihnya perkara ini melanda sebah

Israel serang semula Gaza

Untuk renungan kita bersama. Kekejaman rejim Israel tiada penghujung sejak 1948. Berita ini dipetik dari web Haluan Palestin . March 24, 2010 Beberapa buah kereta tank dan buldozer Israel telah menyerang wilayah di utara Jalur Gaza pada pagi Rabu (24/3) dan melepaskan tembakan terhadap perumahan warga Gaza. Saksi melaporkan bahawa kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke rumah mereka manakala buldozer menghancurkan tanaman pertanian dan pokok yang terletak berhampiran dengan persempadanan Iriz dan utara Semenanjung Gaza. Pada Selasa malam yang lepas seorang tentera Israel telah terbunuh akibat tembakan rakan sendiri sementara seorang warga awam Palestin cedera dalam pertembungan sengit dengan pejuang Palestin di sempadan selatan Semenanjung Gaza. Marilah kita sama-sama menyumbang untuk mereka dalam bentuk kewangan dan do'a.

Anak murid

Image
Saya seronok bila mendapat tahu bekas anak murid dapat kerja atau sambung belajar. Pagi ni satu no tertera di skrin hp saya. Lalu terjadilah dialog di bawah: En, saya Hamidah. Hamidah Mohd Amin ke? Ya. Saya nak minta pendapat En ni. Saya dah dapat kerja sebagai Penolong Pegawai Kewangan di SUK. Pada masa yang sama dapat temuduga sebagai juruaudit dalam di CIMB. Mana satu yang saya nak pilih ye En? Awak rasa mana satu yang sesuai? Saya rasa nak kerja di SUK la En................ Saya pun berpendapat macam tu juga. Lalu saya teringat tentang sukarnya saya nak dapat kerja selepas tamat DIA pada Mei 1991. Bukan saya tidak layak untuk bekerja ataupun tidak ada kerja di pasaran. Tapi sebabnya ialah saya sukar dihubungi. Di rumah, kami tak ada telefon, wayar telefon pun belum ada di kampung saya. Bila saya sertakan no telefon kakak saya di Kelang semasa memohon kerja, tak sampai seminggu terus dipanggil temuduga dan seminggu kemudian diterima bekerja di Maybank. Kini, kemudahan perhubungan cu

Lima sebelum lima

Image
Pada petang Sabtu lepas, saya menemani seorang rakan menziarahi bekas jirannya, seorang pesara guru, yang sedang sakit tenat. Dia masih mengingati rakan saya. Saya membiarkan rakan saya berbual-bual dan bercakap-cakap dengannya sementara saya hanya mendengar percakapan mereka. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau mengingatkan saya tentang hadis ingatlah lima sebelum datang lima. Saya katakan padanya: Untuk kita memang masih ada lima sebelum lima, kita masih sihat, muda, kaya, lapang dan hidup. Tapi bagi cikgu yang kita ziarah tadi dia hanya tinggal satu sebelum satu. Dia telah sakit, telah tua, sudah tidak kaya dan sudah sukar untuk bergerak kemana. Dia hanya tinggal satu peluang saja iaitu hidup sebelum mati. Rakan saya mengiakan pendapat saya. Semalam, rakan saya menalipon: Lim, cikgu yang kita ziarah Sabtu lepas telah meninggal dunia sekejap tadi. Innalillah.....: jawab saya. Kini hilanglah segala peluang lima sebelum lima yang ada padanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ro

Usia kita

Image
Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nabi yang sangat menyayangi umatnya hingga ke akhir hayat baginda. Adakah kita juga sayang kepada baginda. Tentu sebahagian besar dari kita akan mengiakan soalan ini. Disebabkan kasih dan sayangnya Nabi kepada kita, Nabi mengajar kita tentang Islam. Nabi tidak jemu-jemu menyampaikan dakwahnya supaya semua manusia hidup dengan panduan Allah SWT. Kerja dakwah baginda diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda tanpa jemu hinggalah Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Nabi pernah bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang dialognya lebih kurang begini: Nabi: Aku merindui saudara-saudaraku. Sahabat: Bukankah kami ini saudaramu ya RasuluLlah. Nabi: Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku. Sahabat: Lalu siapakah mereka ya RasuluLlah? Nabi: Mereka itu tidak pernah bertemu denganku, namun mereka mencintaiku dan melaksanakan kerja-kerja dakwah sepertiku. Ganjaran untuk mereka adalah 50 kali. Sahabat:

Rezeki tertangguh

Image
12.2.2010 Semalam, saya dapat surat bertarikh 10.2.2010 dari Ketua Unit IT menyatakan sebuah pc sewa akan dipasangkan ke bilik saya. Saya diminta menghubungi staf yang bertugas untuk menetapkan tarikh pemasangan. Hari ini pc tersebut telah selamat dipasangkan. Walaupun ia bukan sebuah pc baru, ia lebih baik dari pc yang sedia ada di bilik saya yang telah berusia menghampiri 7 tahun. Alhamdulillah, kalau sudah ditetapkan oleh Allah rezeki kita, cepat atau lambat, ia akan sampai juga. Tentu ada hikmah yang saya perlu renungkan.

Halaqah - pemurah dan pengasih

Image
Malam tadi saya meminta Abang untuk membacakan surah al-Fatihah dan maknanya. Kemudian saya menjelaskan: Pemurahnya Allah ya anak-anak. Allah itu bersifat pemurah dengan semua hambaNya tidak kira sama ada ia beriman atau tidak. Allah tidak menyekat cahaya matahari dari menyinari bumi orang beriman ataupun orang tidak beriman. Allah tidak menyekat hujan dari membasahi bumi. Allah tidak menyekat air dari mengalir ke tempat orang-orang tidak beriman. Pemurah Allah samarata kepada semua hambaNya. Ada satu kisah di zaman Nabi Ibrahim: "Seorang tua datang untuk menumpang tidur di rumah nabi Ibrahim kerana di luar hujan lebat. Apabila didapati orang tua tersebut tidak beriman, maka Nabi Ibrahim meminta orang tua tersebut meninggalkan rumahnya. Tidak lama selepas itu Malaikat Jibril pun datang membawa teguran dari Allah SWT. Allah yang Maha Pemurah tidak pernah menyekat rezeki kepada orang tersebut walaupun tidak beriman selama berpuluh-puluh tahun, ini baru nak menumpang satu malam pun d

Halaqah - Buah tin, zaitun, Thursina dan Mekah

Image
Malam tadi kami sama-sama membaca surah at-tin. Adik Yam yang belum hafal pun turut sama kumat-kamit membacanya. Kemudian saya bacakan maksud ayat-ayat tersebut untuk anak-anak. Demi buah tin dan buah zaitun. Demi Bukit Sinai. Demi negeri yang aman ini (Mekah). Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami tempatkannya di tempat yang paling bawah (neraka). Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka ganjaran yang tidak akan putus. Maka apakah sebabnya kamu mendustakan agama selepas datangnya keterangan. Bukankah Allah seadil-adil hakim? Saya bertanya anak-anak, kenapa Allah bersumpah dengan buah tin, buah zaitun, bukit Sinai dan kota Mekah. Mereka tidak menjawab. Ini satu kisah baru bagi mereka. Sebenarnya Allah suka bersumpah dengan ciptaan-ciptaanNya yang istimewa. Dulu buah tin hanya tumbuh di Damsyik (tempat tinggal Nabi Nuh). Buah zaitun pula hanya tumbuh di Baitulmaqdis. Tempat itu dikaitkan dengan Nabi Isa. Bukit Sinai atau Thursina a

Naik pangkat

Image
Naik pangkat? Sebenarnya bukan saya yang naik pangkat, tapi anak-anak yang belajar di SRAB. Kakak yang berada di tahun 6 telah dilantik sebagai penolong ketua pengawas dan penolong ketua persatuan bulan sabit merah, manakala Abang yang berada di tahun 3 pula telah dipilih menjadi ketua kelas. Saya tak berapa risau sangat tentang perlantikan Kakak ke jawatannya sekarang. Saya fikir Kakak agak mampu menjaga diri dan mengawal emosinya. Namun saya agak risau dengan pemilihan Abang sebagai ketua kelas. Lalu saya berjumpa dengan guru kelasnya semasa pendaftaran bulan lepas. "Ustazah, boleh ke anak saya tu jadi ketua kelas? Dia tu kan Ustazah tahu, kadang-kadang ada 'angin' sikit", tanya saya. "Tak apa, dia masih budak lagi, masih boleh dibentuk. Lagipun kawan-kawannya dah pilih dia melalui undian", kata guru kelasnya. Sebulan telah berlalu, setakat ini belum ada lagi masalah serius yang dihadapi oleh Kakak dan Abang dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Saya berdo

Memperbaharui iman di tahun baru

Image
Pelik saja tajuk entri kali ini. Manusia kan memang pelik. Apa yang peliknya? Beberapa perkara yang biasa kita lakukan: Bila kita beli pakaian, kita akan pakai dan cuci berulangkali hinggalah ia lusuh. Kemudian kita akan beli yang baru untuk menggantikan yang lusuh. Dan kitaran itu berulang. Bila kita beli kenderaan, kita akan guna, kalau rosak kita repair. Kalau dah buruk tukar dengan yang baru. Begitu juga dengan roadtax nya, kita akan cepat-cepat perbaharui apabila ia tamat tempoh. Lain-lain. Namun ada perkara penting yang sepatutnya menjadi kebiasaan tetapi kita tidak biasa melakukannya iaitu mempernbaharui iman apabila iman lusuh. Boleh kah iman jadi lusuh? Ya, iman memang boleh lusuh. Perhatikan makna hadith nabi di bawah: Maksudnya: Sesungguhnya iman seseorang itu boleh lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian, maka mintalah kepada Allah supaya Dia memperbaharui iman di dalam hati kamu. Inilah yang kita selalu lupa nak perbaharui. Sempena tahun baru ini marilah kita mohon kepada Alla