Masam manis perjalanan PhD - Kehidupan baru
Sejak mendaftar diri pada 21 Jun 2008, bermulalah kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar. Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Saya tidak terkecuali. Isteri saya banyak membantu memudahkan urusan keluarga dan anak-anak semasa saya tiada di Segamat. "Ayah kalau nak pergi ke Shah Alam pergilah bila-bila pun, hal-hal kat rumah biar Umi yang uruskan", itulah kata isteri saya. Memang boleh dikatakan separuh dari kehidupan saya semasa semester pertama adalah di Shah Alam. Pada Sabtu dan Ahad saya kena menghadiri kelas-kelas Research Methodology yang dianjurkan oleh IPSis, manakala pada pertengahan minggu pula ada seminar, talk dan lain-lain oleh Professor pelawat di Fakulti. Apa kata isteri saya dalam hal ini? Di awal tahun pertama pengajian, kami menggunakan Kancil lama sebagai kereta kedua. Ia cukup menguji. Setiap kali suami ke Shah Alam, ada-ada sahaja ragamnya - meter perbatuan tidak bergerak, tangki air sering kering, b...