Posts

Masam manis perjalanan PhD - 1

Inilah tajuk yang saya bincangkan semasa diminta untuk berbicara dalam Siri Motivasi dan Pengkisahan PhD di UiTM Segamat pada petang Jumaat, 23 Mac 2012. Kenapa masam dan manis dan bukan pahit dan manis. Kerana saya rasa tiada yang pahit yang saya lalui, cuma ada sedikit masam sebagai perasa kepada perjanan Phd saya. Saya sebenarnya tidak bercita-cita untuk menyambung ke peringkat PhD. Bahkan, saya ambil Master pun selepas puas dipujuk oleh Koordinator Master di Fakulti. Saya cuma nak jadi pensyarah dengan Ijazah saja. Saya rasa ia sudah cukup. Namun Allah menentukan bahawa saya perlu ke Perth Australia untuk mengambil Master bersama 24 orang rakan yang lain. Sekembalinya dari Master dan mula mengajar, setiap kali bertemu, koordinator yang sama selalu mengingatkan saya supaya menyambung PhD. Soalan bila nak buat PhD berlarutan hingga beberapa tahun, hingga saya fikir beliau rasa jemu untuk bertanya lagi. Mulai saat itu kalau kami bertemu, soalan beliau berubah kepada anak dan berapa or...

Kakak, Abang dan Adik

Image
Alhamdulillah, Kakak sudah mula masuk tingkatan dua, Abang tahun 5 dan Adik masuk tahun kedua di TASKI. Hari ini saya memohon bekerja setengah hari. Kami pergi menghantar Kakak ke asrama di Shah Alam. Perasaan Kakak bercampur-aduk antara sedih dan teruja. Sedih kerana akan ditinggalkan di asrama, teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baiknya. Sepanjang perjalanan 3 beradik usik mengusik, tawa dan tangis Adik silih berganti. Tidak seperti selalu, hari ini Kakak tidak menitiskan air matanya seperti selalu bila kami tinggalkannya. Namun saya tahu air matanya tentu akan menitis selepas kami meninggalkannya. Doa kami semoga Kakak mampu menjaga dirinya serta pelajarannya di sana. Ya Allah, jadikanlah Kakak seorang anak yang solehah. Sepanjang perjalanan pulang, Abang dan Adik seperti kehilangan sesuatu. Selama sebulan Kakak-Abang-Adik tinggal bersama, bergurau dan kadang-kadang berkelahi. Hari ini mereka berpisah. Abang akan meneruskan persekolahan esok dengan kehilangan dua orang sahabat k...

Pejam dan celik

2011 yang berlalu Pejam-celik, pejam-celik. Tahun 2011 sudah berakhir. Masa terasa begitu pantas sekembalinya dari cuti belajar selama tiga tahun. Alhamdulillah, saya telah menamatkan pengajaran dan pembelajaran 2 kumpulan pelajar-pelajar Ijazah dalam lebih kurang 4 bulan. Mereka kini sedang berdebar-debar menunggu tarikh yang dinantikan - peperiksaan akhir. Seminggu sebelum peperiksaan merupakan 'study week' bagi pelajar. Bagi pensyarah ia minggu menghabiskan menanda kerja kursus pelajar. Mulai esok, tentu mereka dah mula berlegar-legar di hadapan pejabat untuk melihat-lihat kalau-kalau markah kerja kursus mereka telah ditampal. 2012 yang datang Seorang bekas murid bertanya apakah perancangan 2012 saya. Saya menjawab, meneruskan perancangan 2011 yang belum selesai. Hakikatnya perancangan dan perlaksanaan bersambung-sambung tanpa ada hentinya hingga tiba saat kita dipanggil kembali oleh Allah SWT. Orang yang paling cerdik ialah orang yang merancang kematiannya. Ini kerana kehid...

Buih

Image
Lebih 1400 tahun dulu Nabi pernah menggambarkan dalam sebuah hadis bahawa di akhir zaman, umat Islam akan dikerumuni oleh musuh sebagaimana orang mengerumuni makanan dalam talam. Ia terjadi bukan kerana umat Islam itu sedikit, namun ramainya umat Islam hanya umpama buih di waktu banjir. Ketika itu tidak ada lagi rasa takut atau hormat orang bukan Islam kerana umat Islam telah dihinggapi oleh penyakit wahan iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian. Apakah zaman yang dimaksudkan oleh Nabi telah sampai? Di seluruh pelusuk dunia, umat Islam dianggarkan berjumlah satu bilion. Di satu penjuru dunia, umat Islam diuji dengan kekayaan yang melimpah-limpah. Sebahagian dari mereka yang mensyukuri nikmat yang banyak itu akan membelanjakan harta mereka untuk kebajikan. Manakala sebahagian besar yang lain menaburkan harta kekayaan ke tempat-tempat yang tidak boleh memberi manfaat kepada diri dan orang lain sama ada di dunia ini atau di akhirat. Lihatlah bagaimana mereka ini menaburkan wang-wang me...

Beberapa tanda keimanan

Sebagai sambungan kepada perbincangan yang lalu, saya mengajak pelajar-pelajar untuk menghayati beberapa tanda keimanan. Tujuannya untuk sama-sama muhasabah diri. Iman itu ada banyak tandanya. Di antaranya dipetik dari satu ayat Allah SWT yang bermaksud: sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebut nama Allah gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepada mereka, bertambahlah iman mereka. Allah menunjukkan dua tanda penting, pertama gementar hati. Lalu dalam konteks kita pada hari ini, kita bukan sahaja mendengar orang menyebut Allah tetapi kita juga sama menyebutnya terutama dalam solat kita. Adakah kita merasai getaran apabila kita melafazkan takbiratul ihram. Begitu juga apabila kita mendengar orang membaca al-Qur'an atau kita sendiri membacanya. Adakah kita merasa bahawa keimanan kita meningkat. Hakikatnya sukar untuk kita merasa gementar bila mendengar nama Allah disebut, juga sukar untuk meningkat iman bila mendengar ayat-ayat...

KuLim 2 - Hampir

Kita biasa menyayangi orang yang hampir dengan kita. Semakin hampir dia dengan kita, semakin kasihlah kita kepadanya dan semakin selalu kita sebut-sebut namanya dan semakin mudah untuk kita tunaikan permintaannya. Contoh terdekat ialah betapa hampirnya anak-anak di hati ibubapa. Begitu juga dengan Allah, Tuhan kita. Dia begitu hampir. "Apabila hambaKu bertanya tentang Aku, katakan sesunggunya Aku sangat hampir". Semuanya terpulang kepada seseorang hamba untuk menhgampirkan diri dengan Allah atau menjauhiNya. Dalam kehidupan harian, orang yang cukup solatnya, menghampirkan dirinya dengan Allah sebanyak lima kali sehari. Bagaimana pula dengan selang waktu di antara solat dengan solat yang berikutnya? Adakah kita mengingati Allah? Seorang hamba begitu berhajat kepada pertolongan Tuhannya. Dan Allah sentiasa melihat dan mendengar serta sudi menolong. Di mana dan bila sahaja kita tersedar dari ingatan terhadap yang lain, kembalilah mengingati Allah. Berbicaralah dengan Allah, mint...

KuLim 1 - Syahadah

Untuk semester September yang baru bermula, saya diamanahkan untuk mengajar PSA420 dan FAR450. Hari pertama masuk kelas, saya lihat semua pelajar kelihatan bersemangat untuk menuntut ilmu. Saya membiasakan diri untuk berkenal-kenalan dengan semua pelajar pada hari pertama pengajaran. Dalam kelas PSA, seorang pelajar dengan penuh semangat menyatakan harapannya untuk memahami subjek ini sepenuhnya..... Semoga semangat ini berterusan. Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan kuliah lima minit (KuLim) di awal kelas. Saya mengajukan persoalan syahadah kepada mereka. Betapa syahadah ini merupakan pintu untuk masuk ke dalam Islam. Ia merupakan satu penyaksian atau janji yang mengikat seseorang untuk hidup secara Islam dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan syahadah boleh gugur apabila berlaku perlanggaran-perlanggaran terhadap perkara-perkara tertentu contohnya tidak yakin tentang hukum-hakam Allah SWT. Semoga ia membuka lembaran baru kepada kehidupan saya dan pela...