6-8-2008. "Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T. InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].
Comments
Tahniah! Semoga kehadiran laptop baru itu akan membakar semangat untuk terus belajar, mengajar dan menulis :)
InsyaAllah saya akan gunakan sebaik-baiknya.
Syah,
Jom...
Itulah yang saya harapkan.
Tahniah di atas keluaran buku baru dan juga berjaya melanjutkan pengajian. Saya bertuah kerana sempat juga menjadi pelajar di bawah pentadbiran En Halim sebagai KPBAcc. :)
Tahniah dan terima kasih kerana menjadi pelajar terbaik kami bagi tahun 2008. Teruskan usaha. Perjalananmu masih jauh.
Laptop ni kecik je, tu yang murah tu kot. InsyaAllah mudah untuk dibawa ke mana-mana sebab beratnya hanya 1 kg. Sekarang ni dekat Courts Mammoth ada jual yang harganya RM999.
Tu la , slalunye lagi kecik lagi mahal technye.. mybe pemakaian display yg keck n gnkan processor AMD mybe murah kan.. tp sume ok.. janji boleh guna da yang terbaik...