Demi masa
Hari ini ialah hari terakhir saya dengan pelajar-pelajar BACC semester 5. Sebelum saya meninggalkan mereka pagi tadi, salah seorang dari mereka meminta saya untuk menyampaikan 'KuLiM' [Kuliah Lima Minit] saya yang terakhir. Terasa terharu pula bila pelajar yang minta, sebab selalu saya beri tanpa diminta.
Dipendekkan cerita, saya mengajak mereka merenung tentang masa yang telah Allah beri kepada semua orang selama 24 jam sehari, ke mana ia digunakan? Saya jelaskan kepada mereka bahawa Allah mahu kita supaya menggunakan masa yang kita ada untuk empat perkara. Sekiranya kita tidak melakukan perkara tersebut, maka kita akan menjadi manusia yang rugi di sisi Allah.
Pertama, masa yang Allah beri hendaklah kita gunakan untuk beriman kepadaNya dan jangan sekali-kali menyekutukanNya. Tidak ada gunanya kita mempunyai semuanya kalau kita tidak beriman kepada Allah.
Kedua, supaya tidak rugi, kita hendaklah gunakan masa yang kita ada untuk beramal soleh. Sekurang-kurang amal soleh ialah mengerjakan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarangnya.
Ketiga, masa yang diberi oleh Allah hendaklah kita gunakan untuk berpesan-pesan dengan kebenaran, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah keburukan. Kalau kita berjaya mengajak manusia supaya menjadi baik, kita akan mendapat ganjaran yang lebih baik dari dunia dan seisinya.
Keempat, di dalam berpesan atau menyeru kepada kebaikan, kita memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi kita kena bersabar sekiranya pesanan kita tidak diterima atau dihargai, apatah lagi sekiranya mendapat tentangan mahupun halangan.
Dengan menggunakan masa yang ada untuk beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran ini, diharapkan kita tidak akan menjadi manusia yang rugi sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam surah al-'Asr ini.

Comments
ps-kalau supervisor saya nak suro saya extend praktikal sampai agm [mid june] boleh ke encik?
Semester depan saya dah mula [insyaAllah] pengajian saya. Namun kalau Fazli nak kumpulkan kawan-kawan untuk dengan 'kulim' saya apa salahnya.
Praktikal secara rasmi tamat pada 31 Mei 2008. Sekiranya ada masa tambahan, itu adalah perjanjian antara Fazli dengan syarikat. Saya tiada halangan. Namun buku log kena hantar pada 31 Mei.
tapi 31 mei hari sabtu kan
boleh tak bagi email encik
saya punya hanset hilang, kena seluk saku
itula mini database saya,smua email hlg dlm hanset tu
Encik Halim..
Semoga setiap masa kita dapat manfaatkan ke arah kebaikan..dan setiap perbuatan diredhai Allah..insyaAllah..:)
En. Halim
Alangkah seronoknya jika saya dapat berada di dalam kelas En. Halim ..
Saya pun terfikir juga alangkah seronoknya berada dalam kelas Khairul yang ceria.
terima kasih sebab selalu ingatkan kami..jasa encik x dapat sy lupakan..Kulim yg encik bagi dalam kelas mmg berkesan..