Nota hati calon haji (3) - berkenal-kenalan
Jemaah haji datang dari pelbagai taraf hidup - ada yang kaya sekaya-kayanya dan ada juga yang hidup sederhana tetapi telah mendapat jemputan dari Allah SWT. Ada yang berjawatan tinggi di tanah air. Ada juga yang tidak mampu menyewa tempat penginapan. Apabila tiba saat semua jemaah kena berihram, masing-masing akan berpakaian yang kelihatan sama. Surah al-Haj: ayat 27 yang bermaksud. ” Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang kepada ( rumah Tuhan ) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan ( dan ceruk rantau ) yang jauh”. Memang betul, bila saya sampai di Mekah saya dapat melihat dengan mata kepala sendiri ramainya jemaah yang terdiri dari pelbagai bangsa dan suku dan tidak mudah untuk meneka. Tuan dari India? saya bertanya kepada jemaah yang duduk di sebelah saya. Tidak, saya dari Bangladesh, jawabnya. Awak dari Indonesia? tanyanya pula. Tidak, saya dari Mala