Masam manis perjalanan PhD (25) - Hubungan dengan Allah
PhD ialah satu perjalanan. Jalan yang dilalui tidak
semestinya lurus dan luas. Ada kalanya jalannya sempit malahan berliku-liku dan
bersimpang-siur. Jalan yang lurus pula tidak menjanjikan kita sampai tepat pada
waktunya, apatahlagi jalan yang berliku dan bersimpang-siur.
Penyelia utama selalu mengingatkan saya supaya sentiasa
menjaga hubungan dengan Allah SWT. Banyakkanlah solat malam dan berdoalah
kepada Allah bila-bila masa, katanya lagi. Beliau juga banyak berbincang
tentang agama dan akhirat bila usai perbincangan tentang pegajian PhD.
Semasa saya sedang dalam pengajian, ada seorang kenalan yang
telah bergelar Dr mengungkapkan nasihat yang lebih kurang sama. Menurutnya,
semasa pengajian PhD dulu dia selalu solat malam dan berdoa supaya Allah
permudahkan pengajiannya. Dia dapat melihat kesan hubungan dengan Allah ini
dalam pengajiannya. Diantaranya apabila dia mengedarkan soalselidik kajian
PhDnya dia telah mendapat kadar respon yang begitu tinggi hingga mencapai 60%.
Namun setelah tamat pengajian, dia kata untuk dapat kadar respon 10% pun sukar.
Mungkin saya dah kurang berdoa, katanya.
Memang benar, kita kena sentiasa menghubungkan diri kita
dengan Allah SWT bukan sahaja semasa dalam pengajian PhD tetapi sebelum dan
selepasnya juga.
Saya dapat melihat perubahan kawan-kawan yang sedang
melanjutkan pengajian dalam konteks hubungan dengan Allah SWT. Mereka lebih
kerap ke masjid dan lebih lama dalam berdoa.
Saya juga berusaha untuk jadi begitu. Doa yang saya
panjatkan kepada Allah SWT tidak terhenti pada selepas solat sahaja. Ia
diteruskan di mana-mana termasuk semasa dalam perjalanan dengan berkenderaan.
Dan doapun tidak berhenti kepada perkara-perkara besar sahaja tetapi ia
meliputi juga perkara-perkara kecil. Pendek kata kita mohon pertolongan kepada
Allah dalam hampir semua hal (hampir semua kerana kadang-kadang terlupa juga).
Mungkin ada yang tidak perasan yang kita perlu meminta
kepada AllahUntuk dapatkan penyeliaUntuk dapat tajuk sesuaiUntuk dapat
artikelUntuk dapat tempat parking di FakultiUntuk dapat panel baik-baikUntuk
tidak ditanya soalan bukan-bukan oleh panel progress dan viva
Saya ada juga berkongsi beberapa tips tentang solat dan doa
ini dengan rakan-rakan yang mendapat biasiswa PhD tentang solat istikharah.
Solat ini adalah untuk mendapat petunjuk dan panduan dari Allah untuk memilih
tempat pengajian, universiti mana, tajuk apa, kaedah pengajian apa dan bagaimana
dan lain-lain. Suatu hari, seorang rakan memberitahu yang dia telah mendapat
ilham universiti mana yang dia perlu memohon untuk melanjutkan pengajian. Dia
kata, saya selalu nampak bangunan merah yang batu-batanya tidak diplaster. Saya
rasa saya tahu tempatnya. Ya itulah tempat pilihan untuk saya menyambung PhD,
katanya lagi.
Sebagai mengakhiri penulisan kali ini, marilah kita
sama-sama membina hubungan yang baik dengan Allah SWT sama ada kita sedang
mengaji PhD atau tidak. Maksud firman Allah SWT: mintalah nescaya akan Aku
beri.
Comments