Wau bulan

Anak lelaki saya yang berumur 7 tahun begitu teruja melihat wau yang seakan-akan berbentuk lebah tergantung di dinding rumah neneknya. Dia begitu teruja bila pakciknya 'menerbangkan' wau tersebut ke udara. Makin lama makin tinggi di udara. kelihatan seperti seekor lebah yang terbang untuk menghisap madu atau untuk menyengat mangsa.

Sejak dari itu anak saya begitu berminat untuk mengetahui tentang cara-cara membuat wau. Yah, macam mana rupa pokok buluh? anak saya bertanya semasa balik dari sekolah. Dalam perjalan dari UiTM ke rumah, saya menunjukkan serumpun pokok buluh kepadanya. Oh macam tu pokok buluh. Bagusnya kalau kat rumah kita ada pokok buluh, katanya. Abang nak buat apa dengan pokok buluh tu? tanya saya. Abang nak buat wau. Boleh tak ayah ajar abang macam mana nak buat wau? balasnya.

Hai... nampaknya saya kena belajar buat wau pulak.

Comments

zali said…
ANTARA WAU DAN BASIKAL MANA YANG LEBIH RELEVAN. BERMAIN WAU MEMERLUKAN TEMPAT YANG LUAS TANPA DI PENUHI OLEH POKOK-POKOK ATAU BANGUNAN-BANGUNAN YANG RAPAT RAPAT.MANAKALA BERMAIN BASIKAL TIDAK PERLU ADA TEMPAT KHAS. DIMANA SAJA BOLEH KAYUH.BAGI SAYA KEDUA-DUANYA TIDAK RELEVAN BAGI ANAK-ANAK KITA YANG BERUSIA BAWAH TUJUH TAHUN. PENING KEPALA BAPAK..............ANAK TETAP MENANTI.................
Salam Abang Zali,

Saya bersetuju dengan Abang Zali bahawa bermain wau kurang relevan terutamanya kat taman kita ni. Namun kadangkala hajat anak ni kita kena raikan juga. Apatah lagi kalau ianya sampai ke tahap jadi igauan dan mimpi.

Anak-anak lelaki biasanya suka robot, kereta mainan, layang-layang dan lain-lain permainan yang menepati naluri mereka.

Tapi betullah...pening kepala bapak...wau baru siap rangka.
Khairul said…
Salam En. Halim,

Sebagai bapa kita sentiasa cuba memenuhi impian anak. Dalam kes saya, saya tak pandai nak membuat Wau ni. Mungkin saya akan ajak Najmi beli kat kedai.. Tapi tak real pulak ye En. Halim ... ha ha
Salam Khairul,

Anak lelaki saya tu memang sebaya dengan Najmi. Mungkin minatnya ketika ini sama.

Saya buat wau dah siap dah. Tapi bila diterbangkan dia berpusing-pusing hehe.

Last-last keliling Jementah cari layang-layang kat kedai. Dapat la juga sorang satu.
AbnormalSuam said…
hehehe... cerita pasal anak-anak jakun tengok wau...

Setelah sekian lama aku tak balik ke kampung, maka aku pun bawalah anak-anak aku balik... hari pertama, diorang semua pakat main kat padang... tetiba anak sulung aku yang ketika itu baru berusia 5 tahun, masuk tergopoh-gapah dan tarik tangan aku.

"Apa hal?" tanya aku.

"Ada kuda kat luar," katanya.

Tertarik dengan kata-katanya, aku pun keluar rumah dan kemudian gelak besar. Sebabnya kuda yang dikatakannya itu hanyalah seekor lembu.

walaupun ada banyak gambar dan buku, nyatanya yang original itu lebih mendatangkan pelajaran dan pengetahuan.
Salam Abnormalsuam,

Macam tu la keadaannya bila kita dah duduk di pekan atau bandar. Lembu disangka kuda hehe.

Selalu-selalulah balik kampung. Bagi anak-anak dengar ayam berkokok, bunyi cengkerik dan lain-lain.

Tunjukkan kat diorang rupa pokok manggis, durian belanda...

Popular posts from this blog

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?