Empat tahiyat?

Peristiwa ini telah berlaku hampir dua puluh tahun lalu. Seorang Ustaz sedang memberi kuliah maghrib tentang masbuk dan muafik dalam solat. Semua pelajar mengangguk-anggukkan kepala seperti faham sepanjang Ustaz menyampaikan kuliahnya. Di penghujung kuliahnya, Ustaz tersebut telah melontarkan satu soalan untuk dijawab oleh sesiapa yang ingin mencuba. Soalannya ialah: Kalaulah kita masuk solat maghrib ketika imam berada di rakaat yang kedua tetapi kita tak sempat rukuk bersama imam, berapa kali kita kena duduk dan baca tahiyat?
Pelajar A dengan pantas menjawab: dua kali Ustaz. Pelajar B pula menjawab: tiga kali Ustaz. Pelajar lain: hoi engkau gila ke apa mana ada satu solat sampai tiga tahiyat? Ustaz kata: Dua-dua tak betul, ada lagi sapa-sapa nak cuba? Pelajar C cuba menjawab: empat kali Ustaz. Cuba terangkan: kata Ustaz. Pelajar C: Begini penjelasannya, semasa kita masuk solat, imam berada di rakaat kedua, kita mengikut imam hingga tahiyat awal, namun kita tak dapat rakaat tersebut. Bila imam masuk rakaat ketiga, kita baru rakaat pertama, dalam rakaat tersebut ada tahiyat akhir. Selepas imam memberi salam, kita meneruskan solat dengan rakaat kedua, di dalamnya ada tahiyat awal. Lepas tu bangkit pula untuk rakaat ketiga, di dalamnya ada tahiyat akhir. Betul, kata Ustaz. Hai... dalam ramai-ramai tadi hanya seorang sahaja yang faham kuliah Ustaz. Tadi Ustaz nampak semua bukan main angguk lagi. Kata Ustaz mengakhiri kuliah maghribnya. Berderailah ketawa pelajar-pelajar lain mentertawakan diri mereka sendiri.

Comments

Anonymous said…
Solat apa yg ada 3 tahiyat..berikan sebab kenapa???

Popular posts from this blog

Wau bulan

PhD - Apa selepas PhD?