Apa kena mengenanya PhD dengan haji. Ia ada kena mengena dalam hidup saya. Pada penghujung pengajian, penyelia utama menyatakan hasrat untuk berhijrah ke Madinah. Beliau mahu kami menamatkan pengajian segera. Saya, Shatari, PM Arun dan Radziah perlu melipatgandakan kelajuan kami selari dengan perpindahan penyelia yang kami sayangi ke Madinah. Sebelum meninggalkan kami pada pertengahan 2011, beliau berpesan: saya akan tetap menyelia you semua dari Madinah. Saya akan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT. Kalau mengerjakan haji atau umrah, jemputlah ke rumah saya, saya akan menunggu. InsyaAllah Prof sekiranya saya mendapat jemputan Allah, jawab saya. Dengan izin Allah, saya, PM Arun dan Radziah berjaya mempertahankan tesis dalam Viva pada tarikh yang hampir sama dan berkonvokesyen sama-sama. *************** Saya dan isteri telah mendaftar haji sekitar tahun 2001 atau 2002. Kami tidak tahu tahun bilakah kami akan dijemput menjadi tetamu Allah. Pada ta...
Comments