SHUSER 2012

Semalam dan hari ini saya menghadiri Simposium Penyelidikan tentang Kemanusiaan, Sains dan Kejuruteraan. Walaupun kemanusiaan diletakkan di depan sekali, sebahagian besar dari pembentangan adalah berasaskan sains dan kejuruteraan.

Saya membentangkan sebahagian dari kajian saya mengenai model Balanced Scorecard di dalam penilaian saham. Saya menjelaskan betapa perlunya gabungan 4 cabang kekuatan sesebuah syarikat digabungkan iaitu maklumat kewangan, pelanggan, proses dalaman perniagaan dan pembelajaran dan pertumbuhan.

Seperti biasa, ada yang mempertikaikan penggunaan pembolehubah di sana-sini. Saya menjelaskan bahawa semua pembolehubah disokong oleh penyelidikan berwasid terdahulu.

Begitulah sifat pembentangan. Satu penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah dunia. Ia hanya menyumbang kepada cabang ilmu yang lebih besar.

Comments

Intan said…
Dr Halim,
Soalan sebegini boleh dijawab dengan penerangan ringkas berkaitan "significant contribution to new knowledge" iaitu Law, Theory or Interactive Model. Law, sesuatu yang tidak dapat disangkal cth: Law of gravity. Theory masih ada arguements, manakala interactive model perlukan banyak knowledge advancement. Kebanyakan research bidang social science tergolong dlm kategori Interactive Model, so macam-macam pendapat boleh diketengahkan.
Terima kasih Dr Intan atas cadangan yang bernas tersebut. InsyaAllah akan saya applykan di masa-masa akan datang.

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

Burung Tiong