Masam manis perjalanan PhD - Cabaran luaran dan dalaman
Sebahagian besar daripada cabaran dalam pengajian PhD adalah bersifat dalaman. Ianya berkaitan dengan sikap kita terhadap pengajian yang sedang kita lalui. Tempoh tiga tahun boleh jadi begitu panjang bagi seseorang. Manakala bagi yang lain ia satu tempoh yang singkat. Jadi, jangan lupa tujuan kita iaitu menuntut ilmu PhD dan seboleh-bolehnya tamat dalam tempoh tiga tahun. Jangan buat kerja sampingan seperti mengajar part-time yang boleh mengganggu tumpuan kita dalam pengajian. Sekurang-kurangnya lakukan seperti kita kerja di pejabat 8.00 – 5.00. Tapi bercakap memang mudah. Sayapun selalu diingatkan oleh isteri saya supaya ke pejabat atau ke perpustakaan untuk buat kerja-kerja PhD.
“Lim, susah ke buat PhD ni? Akak tengok macam senang je. Baca-baca kemudian tulis. Baca lagi dan tulis. Lepas tu boleh hantar. Akakpun buat project paper masa sambung belajar dulu”.
Ada sekali, seorang pensyarah pelawat marah-marah kepada saya bila saya tunjukkan proposal saya kepadanya. Katanya saya tidak memahami maksud sebuah artikel yang saya gunakan sebagai rujukan. Ia menyebabkana saya menggugurkan artikel tersebut daripada proposal saya. Namun akhirnya saya masukkan semula ke dalam tesis setelah saya memahaminya.
Antara cabaran lain, saya dibenarkan mempertahankan proposal saya di fakulti pada awal semester ke dua. Tiga orang panel sedia menunggu saya masuk ke bilik pembentangan. Saya baru masuk ke bahagian objektif apabila saya disoal bertubi-tubi oleh salah seorang panel hingga sesi saya melebihi masa yang diperuntukkan. Bila selesai pembentangan, keputusan keluar dan hasilnya – teruskan untuk membentang di IPSis tanpa pindaan. Allahu Akbar. Di IPSis peristiwa yang hampir sama berlaku semula termasuk sesi yang melebihi masa yang ditetapkan. Keputusannya – lulus dengan pembetulan minor.
Progress presentation saya lalui sebanyak tiga kali iaitu di semester 3, 4 dan 5. Sesi begini memang mengecutkan perut sesiapa sahaja. Kenapa begini dan tidak begitu? Kenapa begitu dan tidak begini? So what? Itulah antara soalan-soalan yang lazim pembentangan begini. Dengan persediaan dan sedikit kesabaran, insyaAllah kita akan dapat mengharungi dengan baik.
Saya yakin bahawa iman itu sifatnya turun dan naik. Ia juga boleh lusuh sebagaimana lusuhnya pakaian. Apabila diri rasa agak jauh dari Allah, maka segeralah kita mendekatkan diri kepadaNya. Cuba untuk menghubungkan setiap perkara yang kita lakukan dengan Allah S.W.T. Pendek kata bila saja kita tersedar dari berfikir, mengelamun atau berkhayal segeralah mengingati Allah dengan menyebut namaNya dan sentiasa memohon do’a kepadaNya walaupun untuk mendapatkan perkara-perkara yang kecil. Banyak kali berlaku, saya memohon kepada Allah supaya dilapangkan perjalanan saya dan sampai on-time terutama bila ada appointment. Banyak kali juga saya memohon supaya Allah beri saya parking di Dewan Sri Budiman ataupun di Budisiswa yang berhampiran dengan fakulti. Allahu Akbar, kebanyakannya Allah tunaikan. Hubungan dengan Allah kena diteruskan walaupun kita telah menamatkan PhD.
Akhir sekali, adakah PhD itu segala-galanya?
Mungkin ada yang berfikir begitu. Bagi saya PhD hanyalah sebahagian dari kehidupan. Dia tidak boleh memiliki kita. Di situ ada hak-hak orang lain yang kita perlu tunaikan: isteri dan anak-anak; keluarga dan masyarakat sekeliling.
Comments
Mohd Halim Kadri