KAD SKOR BERIMBANG SEBAGAI ALAT MENGUKUR PENCAPAIAN PERNIAGAAN


Menguruskan perniagaan bukanlah semudah ABC atau 123. Selain daripada modal yang mencukupi, pengalaman dan pengetahuan yang luas serta minat yang mendalam, sesebuah perniagaan pelu diuruskan dengan teknik-teknik yang berkesan. Dari situ pencapaian sesebuah perniagaan bukan sahaja boleh dicapai tetapi juga boleh diukur.

Di antara teknik-teknik berkesan yang pernah digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan ialah dengan menggunakan Kad Skor Berimbang yang lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Balanced Scorecard.

Kad Skor Berimbang ialah satu sistem atau kaedah pengukuran pencapaian dengan melihat pencapaian sesebuah perniagaan menerusi empat dimensi. Dimensi tersebut ialah (1) dimensi kewangan (financial), (2) dimensi pelanggan (customer), (3) dimensi proses dalaman perniagaan (internal business process) dan (4) belajar dan berkembang (learning and growth).

Melihat pencapaian perniagaan dari sudut kewangan dianggap sebagai penilaian tradisional yang mana sesebuah perniagaan dianggap cemerlang sekiranya nisbah-nisbah kewangan (financial ratios) syarikat tersebut adalah positif. Walaupun ia dianggap penilaian tradisional, sudut pandangan kewangan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Penilaian dari sudut kewangan boleh diukur dengan pelbagai ukuran seperti nisbah keuntungan bersih sesaham (earnings per share), nisbah keuntungan berbanding aset (return on asset), nisbah keuntungan bersih (net profit ratio) dan lain-lain.

Bagaimana nisbah-nisbah ini dapat menunjukkan sesebuah perniagaan dilihat cemerlang dari sudut kewangan? Nisbah keuntungan bersih sesaham membandingkan keuntungan bersih berbanding jumlah saham syarikat. Jadi nilai nisbah ini menunjukkan berapakah pulangan maksima yang boleh diberikan oleh sesebuah syarikat kepada pemegang-pemegang saham. Semakin tinggi nilai keuntungan bersih sesaham, semakin tinggi potensi nilai dividen yang akan diagihkan kepada pemegang-pemegang saham. Nisbah keuntungan bersih sesaham yang negatif pula menunjukkan bahawa pemegang saham tiada harapan untuk mendapat dividen untuk tahun tersebut.

Nisbah keuntungan berbanding aset pula mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk menggunakan semua asetnya untuk menghasilkan pendapatan dan seterusnya merekodkan keuntungan bersih. Semakin tinggi nilai keuntungan berbanding aset, semakin cemerlanglah sesebuah syarikat dilihat oleh pelabur-pelabur. Nilai keuntungan berbanding aset yang rendah kadangkala dipengaruhi oleh kewujudan aset-aset yang tidak lagi produktif atau lebih teruk lagi tidak mampu beroperasi tetapi masih lagi disimpan oleh syarikat.

Nisbah keuntungan bersih pula menggambarkan bagaimana sesebuah perniagaan mengawal kos dan perbelanjaan syarikat. Kadangkala, syarikat berjaya membuat jualan dengan nilai berjuta-juta ringgit, namun sebahagian besar atau semua hasil jualan tadi dipulangkan kepada pembekal dan selebihnya untuk membayar kos operasi yang meningkat dari masa ke masa.

Penilaian dari sudut kewangan amat mudah difahami kerana ia dipersembahkan dalam bentuk angka-angka yang dengan mudah akan difahami.

Sudut kedua yang dinilai Kad Skor berimbang ialah pelanggan. Bagaimana pelanggan melihat pencapaian sesebuah syarikat. Pelanggan terdiri dari pembeli mahupun pembekal. Ada pembeli dan pembekal yang berusrusniaga secara tunai, ada juga yang berurusniaga secara kredit. Apakah bentuk pengukuran yang boleh menggambarkan sesebuah syarikat dilihat cemerlang di sisi pelanggan. Secara kualitatif, kita boleh melihat dari segi jumlah maklumbalas yang diterima dari pelanggan. Walaupun jumlah aduan tidak secara langsung menggambarkan tahap pencapaian syarikat, ia sedikit sebanyak memberi gambaran tentang tahap kepuasan pelanggan terhadap syarikat.

Sudut pandangan pelanggan juga boleh diukur menerusi nisbah kewangan yang berasaskan kepada pelanggan seperti purata tempoh kutipan (average collection period) dan purata tempoh bayaran (average payment period) - (bersambung)

Comments

Unknown said…
As salam Em. Halim. Boleh saya dapatkan contact number untuk saya bertanyakan dengan lebih lanjut mengenai topik kad skor berimbangan yang En. kongsikan dalam blog ini. Tq
Anonymous said…
Waalaikumussalam Pn Aida. Boleh. 0127681226.
kemboja puteh said…
Assalamualaikum En. Mohd Halim, dah ada update berkenaan sambungan Balance scorecard ni???
Pakcik Halim said…
Sila layari pautan ini
https://www.academia.edu/13370029/Kad_Skor_Berimbang_Mengukur_Pencapaian_Perniagaan

Popular posts from this blog

Wau bulan

Empat tahiyat?

PhD - Apa selepas PhD?