Monday, February 25, 2008

Buku: Agama dan kehidupan

Agama dan kehidupan: tamadun, politik dan sosial - Inilah tajuk buku terbaru suntingan saya dan rakan-rakan. Buku ini mendokumenkan tulisan-tulisan beberapa tokoh ilmuan tempatan seperti Dr. Usman el-Muhammady, Prof. Dr. Yusof Osman dan Prof. Mohamad Abu Bakar. Ia juga memaparkan hasil penulisan penulis di peringkat Universiti iaitu Dr. Ahmad Zaki Abd Latiff, Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob dan Puan Azura Abdul Jamil.

Dipertontonkan di sini sedutan dari tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini.



Untuk melihat lebih lanjut tentang buku ini, sila ke http:\\bukuhalim.blogspot.com

Wednesday, February 20, 2008

Niat

Maksud sebuah hadis Nabi S.A.W: Sesungguhnya setiap amalan itu sah dengan niat, dan setiap urusan itu akan dikira berdasarkan apa yang diniatkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Bengkel JPQ

Pagi ini lebih kurang pukul 9.00 pagi kami akan bertolak ke Lumut, Perak untuk menghadiri bengkel JPQ [Jawatankuasa Pengurusan Kualiti]. InsyaAllah kami akan berada di sana hingga Jumaat ini, 22 Februari 2008.

Wednesday, February 13, 2008

IELTS ATAU TOEFL

En Halim, jom buat IELTS sama-sama - kata Syahrul.
Halim, jom buat TOEFL sama-sama - kata Kak Suria.

Sebelum melangkah kaki ke tangga PHD saya perlu mengambil ujian Bahasa Inggeris sama ada IELTS atau TOEFL. Saya sedang mengkaji mana yang lebih sesuai untuk diambil. Setakat hari ini saya belum buat keputusan mana satu.

Friday, February 1, 2008

Berita dari JPBSM

Berita dari JPBSM Shah Alam - Permohonan biasiswa PHD saya telah diluluskan. Dimaklumkan juga surat akan menyusul selewat-lewatnya minggu depan. Persoalannya, sudahkah saya bersedia untuk semua ini?