
Dari blog Prof Normah. Kami berlima dari Fakulti Perakaunan. Bergambar bersama Prof Normah dan PM Dr. Omar.
(Universiti Teknologi MARA Johor)

Memilih bukanlah satu pilihan. Setiap kita pasti akan membuat pilihan dari satu masa ke satu masa yang lain hingga dijemput oleh Allah untuk kembali kepadanya dalam masa yang terdekat.Lebih 1400 tahun dulu Nabi pernah menggambarkan dalam sebuah hadis bahawa di akhir zaman, umat Islam akan dikerumuni oleh musuh sebagaimana orang mengerumuni makanan dalam talam. Ia terjadi bukan kerana umat Islam itu sedikit, namun ramainya umat Islam hanya umpama buih di waktu banjir. Ketika itu tidak ada lagi rasa takut atau hormat orang bukan Islam kerana umat Islam telah dihinggapi oleh penyakit wahan iaitu cintakan dunia dan takutkan kematian.
Apakah zaman yang dimaksudkan oleh Nabi telah sampai?
Untuk semester September yang baru bermula, saya diamanahkan untuk mengajar PSA420 dan FAR450. Hari pertama masuk kelas, saya lihat semua pelajar kelihatan bersemangat untuk menuntut ilmu. Saya membiasakan diri untuk berkenal-kenalan dengan semua pelajar pada hari pertama pengajaran. Dalam kelas PSA, seorang pelajar dengan penuh semangat menyatakan harapannya untuk memahami subjek ini sepenuhnya..... Semoga semangat ini berterusan.
Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan kuliah lima minit (KuLim) di awal kelas. Saya mengajukan persoalan syahadah kepada mereka. Betapa syahadah ini merupakan pintu untuk masuk ke dalam Islam. Ia merupakan satu penyaksian atau janji yang mengikat seseorang untuk hidup secara Islam dengan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dan syahadah boleh gugur apabila berlaku perlanggaran-perlanggaran terhadap perkara-perkara tertentu contohnya tidak yakin tentang hukum-hakam Allah SWT.
Semoga ia membuka lembaran baru kepada kehidupan saya dan pelajar-pelajar saya.
Tengahari tadi mesyuarat fakulti diadakan. Diantara isinya ialah berkaitan dengan tugasan mengajar semester hadapan yang akan bermula minggu depan. Dua subjek ijazah dan dua subjek diploma sedang menunggu. Bila dicampur kedua-duanya = 28 jam. Dari September hingga November 2011 sebanyak 8 jam. Dari November 2011 hingga Januari 2012 sebanyak 28 jam. Dari Januari hingga Mac 2012 sebanyak 20 jam.
Namun bukan saya seorang sahaja yang mempunyai jadual begitu. Hampir semua ahli fakulti mencatatkan 24 hingga 28 jam waktu mengajar. Semoga Allah memberi kekuatan.

Sebelum cuti berakhir, kami mahu membawa anak-anak ke Kolam Air Panas di Labis. Tapi hajat tidak kesampaian sebab ia hanya mula dibuka pada pukul dua petang sedangkan waktu itu baru pukul 9 pagi. Anak-anak mula kecewa. OKlah, kita patah balik dan pergi ke air terjun Sungai Bantang di Bekok, kata saya.