Posts

Showing posts from August, 2008

Ramadhan datang lagi

Image
Ramadhan datang lagi. Marhaban ya ramadhan [selamat datang wahai ramadhan]. Ramadhan datang sebagai madrasah, untuk mendidik umat menjadi insan bertaqwa. Di siangnya Allah sediakan satu medan untuk merasai kelaparan dan kepedihan orang yang lapar [miskin], pada malamnya disediakan medan untuk beribadah, syaitan pula diikat supaya tidak menggoda. Salah satu dari malamnya lebih baik dari seribu bulan. Ramadhan, diawalnya rahmat, di tengahnya keampunan dan di akhirnya kebebasan dari api neraka. "Barangsiapa berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran dari Allah, akan diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu," maksud hadith.
Semoga ramadhan kali ini mampu mendidik kita untuk kesekian kalinya menjadi insan bertaqwa. Marhaban ya ramadhan.

Solat Dhuha 2 - Apa yang kita baca

Image
Dalam rakaat pertama biasanya kita akan membaca surah as-syams [surah 91] selepas membaca surah al-fatihah. Mari kita perhatikan apa makna ayat-ayat yang kita lafazkan supaya ia memberi kesan kepada jiwa kita [terutama ketika kita baca ayat 8-10].
(91:1) Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, (91:2) dan bulan apabila mengiringinya, (91:3) dan siang apabila menampakkannya, (91:4) dan malam apabila menutupinya, (91:5) dan langit serta pembinaannya, (91:6) dan bumi serta penghamparannya, (91:7) dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), (91:8) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. (91:9) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (91:10) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (91:11) (Kaum) Tsamud telah mendustakan (rasulnya) karena mereka melampaui batas, (91:12) ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka, (91:13) lalu Rasul Allah (Saleh) berkata kepada mereka: (`Biarkanlah) unta betina Allah dan minuma…

Rakan baru saya - Twinmate Laptop

Image
Inilah wajah rakan baru saya dipandang dari depan dan belakang. InsyaAllah dia akan menjadi rakan karib saya untuk tempoh tiga tahun yang akan datang. Ia boleh didapati dengan harga RM1399. Butir-butir mengenai spesifikasi rakan saya ini seperti berikut:
Ultra Low Voltage CPU
AMD LX-800
8” Wide Screen Display (800 x 480)
Lightweight @ 1 kg only
4-in-1 Card Reader
Wireless LAN 802.11b/g
Built-in 60Gb HDD
1Gb RAM
Built-in Web Camera
LAN Slot RJ-45
USB Port x2, VGA Port x1
Polymer Battery

Buku baru Accounting for business combination

Image
6-8-2008.
"Salam En. Zul, buku saya dah siap dicetak ke belum?" Sms saya pada En. Zulkifli, Koordinator Sains Kemasyarakatan UPENA. "Dah siap dan dah boleh ambil salinan penulis, " bunyi smsnya. Petang itu juga saya ke pejabat pentadbiran UPENA untuk mengambil buku salinan penulis. Saya belek depan dan belakang buku tersebut untuk melihat kualiti penerbitannya. Ternyata kerja-kerja penerbitan kakitangan UPENA kini semakin berkualiti. Alhamdulillah. Akhirnya penantian selama 2 tahun 7 bulan untuk melihat buku ini diterbitkan berakhir. Kenapa sampai 2 tahun 7 bulan? Inilah yang dikatakan ketentuan Allah S.W.T.
InsyaAllah buku ini boleh dimanfaatkan terutamanya oleh pelajar-pelajar DIA semester 5 kerana isi kandungannya selaras dengan kandungan silibus Financial Accounting 5 [FAR 300].

1 Ogos adalah 11

Image
1 Ogos 2008 - Genaplah umur saya 11 tahun bersama UiTM Johor. Banyak pengalaman manis dan pahit dalam tempoh tersebut [kebanyakannya manis]. Semasa pertama kali masuk ke bilik rehat pensyarah, saya disapa oleh Puan Zaiton Endot [kini di Shah Alam], "student mana boleh masuk bilik rehat pensyarah!". Saya hanya tersenyum. Mungkin saya kelihatan muda masa tu.

Semester pertama, En. Razak Dahlan [KP DIA yang terlalu baik hati] suruh saya pilih subjek yang saya nak ajar [dalam senarai ada 4 subjek]. Saya pun pilih ACC161 dan ACC211 - kini kedua-dua subjek telah dilupuskan. Minggu pertama mengajar ACC211, seorang pelajar angkat tangan seraya berkata, "Encik, saya tak faham langsung apa yang Encik ajar,". Kemudian semua pelajar lain pun menyokong pelajar ini. Saya cuba 'cool'kan diri dan bertanya kembali, " sebenarnya bahagian mana yang kamu semua tak faham?" Rupa-rupanya mereka cuma rasa tak faham walaupun sebenarnya faham - sekadar menduga kesabaran pens…

Berita gembira

Image
Setelah menunggu hampir seminggu, pagi ini saya mendapat sepucuk emel dari pihak pengurusan akademik. Salah satu dari paragrafnya seperti berikut:
"Setelah diteliti alasan-alasan yang diberikan, pengurusan akademik meluluskan permohonan tuan untuk menggunakan bilik kerja tersebut."
Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana dibenarkan untuk terus menggunakan bilik saya semasa saya dalam pengajian.