Posts

Showing posts from February, 2010

Usia kita

Image
Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nabi yang sangat menyayangi umatnya hingga ke akhir hayat baginda. Adakah kita juga sayang kepada baginda. Tentu sebahagian besar dari kita akan mengiakan soalan ini. Disebabkan kasih dan sayangnya Nabi kepada kita, Nabi mengajar kita tentang Islam. Nabi tidak jemu-jemu menyampaikan dakwahnya supaya semua manusia hidup dengan panduan Allah SWT. Kerja dakwah baginda diteruskan oleh sahabat-sahabat baginda tanpa jemu hinggalah Islam telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Nabi pernah bersabda kepada sahabat-sahabatnya yang dialognya lebih kurang begini: Nabi: Aku merindui saudara-saudaraku. Sahabat: Bukankah kami ini saudaramu ya RasuluLlah. Nabi: Bukan, kamu adalah sahabat-sahabatku. Sahabat: Lalu siapakah mereka ya RasuluLlah? Nabi: Mereka itu tidak pernah bertemu denganku, namun mereka mencintaiku dan melaksanakan kerja-kerja dakwah sepertiku. Ganjaran untuk mereka adalah 50 kali. Sahabat:

Rezeki tertangguh

Image
12.2.2010 Semalam, saya dapat surat bertarikh 10.2.2010 dari Ketua Unit IT menyatakan sebuah pc sewa akan dipasangkan ke bilik saya. Saya diminta menghubungi staf yang bertugas untuk menetapkan tarikh pemasangan. Hari ini pc tersebut telah selamat dipasangkan. Walaupun ia bukan sebuah pc baru, ia lebih baik dari pc yang sedia ada di bilik saya yang telah berusia menghampiri 7 tahun. Alhamdulillah, kalau sudah ditetapkan oleh Allah rezeki kita, cepat atau lambat, ia akan sampai juga. Tentu ada hikmah yang saya perlu renungkan.

Halaqah - pemurah dan pengasih

Image
Malam tadi saya meminta Abang untuk membacakan surah al-Fatihah dan maknanya. Kemudian saya menjelaskan: Pemurahnya Allah ya anak-anak. Allah itu bersifat pemurah dengan semua hambaNya tidak kira sama ada ia beriman atau tidak. Allah tidak menyekat cahaya matahari dari menyinari bumi orang beriman ataupun orang tidak beriman. Allah tidak menyekat hujan dari membasahi bumi. Allah tidak menyekat air dari mengalir ke tempat orang-orang tidak beriman. Pemurah Allah samarata kepada semua hambaNya. Ada satu kisah di zaman Nabi Ibrahim: "Seorang tua datang untuk menumpang tidur di rumah nabi Ibrahim kerana di luar hujan lebat. Apabila didapati orang tua tersebut tidak beriman, maka Nabi Ibrahim meminta orang tua tersebut meninggalkan rumahnya. Tidak lama selepas itu Malaikat Jibril pun datang membawa teguran dari Allah SWT. Allah yang Maha Pemurah tidak pernah menyekat rezeki kepada orang tersebut walaupun tidak beriman selama berpuluh-puluh tahun, ini baru nak menumpang satu malam pun d

Halaqah - Buah tin, zaitun, Thursina dan Mekah

Image
Malam tadi kami sama-sama membaca surah at-tin. Adik Yam yang belum hafal pun turut sama kumat-kamit membacanya. Kemudian saya bacakan maksud ayat-ayat tersebut untuk anak-anak. Demi buah tin dan buah zaitun. Demi Bukit Sinai. Demi negeri yang aman ini (Mekah). Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami tempatkannya di tempat yang paling bawah (neraka). Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka ganjaran yang tidak akan putus. Maka apakah sebabnya kamu mendustakan agama selepas datangnya keterangan. Bukankah Allah seadil-adil hakim? Saya bertanya anak-anak, kenapa Allah bersumpah dengan buah tin, buah zaitun, bukit Sinai dan kota Mekah. Mereka tidak menjawab. Ini satu kisah baru bagi mereka. Sebenarnya Allah suka bersumpah dengan ciptaan-ciptaanNya yang istimewa. Dulu buah tin hanya tumbuh di Damsyik (tempat tinggal Nabi Nuh). Buah zaitun pula hanya tumbuh di Baitulmaqdis. Tempat itu dikaitkan dengan Nabi Isa. Bukit Sinai atau Thursina a

Naik pangkat

Image
Naik pangkat? Sebenarnya bukan saya yang naik pangkat, tapi anak-anak yang belajar di SRAB. Kakak yang berada di tahun 6 telah dilantik sebagai penolong ketua pengawas dan penolong ketua persatuan bulan sabit merah, manakala Abang yang berada di tahun 3 pula telah dipilih menjadi ketua kelas. Saya tak berapa risau sangat tentang perlantikan Kakak ke jawatannya sekarang. Saya fikir Kakak agak mampu menjaga diri dan mengawal emosinya. Namun saya agak risau dengan pemilihan Abang sebagai ketua kelas. Lalu saya berjumpa dengan guru kelasnya semasa pendaftaran bulan lepas. "Ustazah, boleh ke anak saya tu jadi ketua kelas? Dia tu kan Ustazah tahu, kadang-kadang ada 'angin' sikit", tanya saya. "Tak apa, dia masih budak lagi, masih boleh dibentuk. Lagipun kawan-kawannya dah pilih dia melalui undian", kata guru kelasnya. Sebulan telah berlalu, setakat ini belum ada lagi masalah serius yang dihadapi oleh Kakak dan Abang dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Saya berdo