Posts

Showing posts from May, 2015

Masam manis perjalanan PhD (28) - Watak protagonis dan antagonis

Di dalam sebuah kisah pasti ada watak protagonis dan antagonis. Menurut Wikipedia protagonis ialah tokoh utama atau peranan utama dalam sesebuah kisah. Manakala antagonis pula merupakan orang atau institusi atau suasana yang akan sentiasa menghalang matlamat atau menentang hujah-hujah protagonis. Antagonis tidak semestinya jahat.
Baiklah. Di dalam pengajian saya, sayalah watak utama atau protagonis. Sayalah yang memulakan perjalanan ini, saya juga yang mahu menamatkan perjalanan ini dengan jayanya. Matlamat saya ialah untuk menamatkan pengajian on-time. Seorang pelajar PhD perlu mempunyai kesabaran, positif dan dayatahan yang tinggi untuk mempertahankan diri dari halangan-halangan yang wujud disebabkan oleh kehadiran watak-watak antagonis. Jadi, kalau watak-watak antagonis ini wujud, positifkan diri, sabar, teruskan kerja dan lihatlah hikmah yang Allah akan tunjukkan di sebalik kewujudan watak-watak antagonis ini.
Sejak dari awal proses pengajian saya, saya terganggu dengan beberapa …

Masam manis perjalanan PhD (27) - Sabar dan positif

Image
Pengalaman menjadi pensyarah selama 10 tahun dan tidak bercita-cita melanjutkan pelajaran selepas ada master, menjadikan kehidupan saya berada dalam zon selesa. Mengajar 16 jam seminggu, buat penyelidikan sikit, buat kerja dakwah sikit, terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan sikit. Hujung minggu kalau free balik kampung ziarah ibu dan ibu mertua.

Tiba-tiaba saya ingin kembali belajar, kembali bergelumang dengan buku, jurnal, laptop, akan diselia dan dinilai setiap semester, kena tulis dan bentang progress report, kena ulang-alik jarak jauh, kena turun padang collect data, kena belajar semula statistik dan ekonometrik, SPSS, berjumpa dengan orang itu dan ini untuk belajar dan lain-lain lagi. Sekiranya tidak sabar dan positif, mampukah saya berhadapan dengan semua ini. Saya tiada pilihan, saya kena ada sifat dan sikap sabar dan positif.

Sabar itu mudah disebut tetapi sukar dipraktik. Begitu juga halnya dengan positif.

Penyelia saya pernah mengatakan bahawa pelajar PhD kebanyakannya kurang…

Masam manis perjalanan PhD (26) - Pesanan

Semalam dua orang rakan sekerja yang akan bercuti untuk menyambung pengajian datang menziarahi saya di pejabat. Mereka datang untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan dan memohon supaya didoakan supaya Allah mempermudahkan urusan PhD mereka.
Saya tidak membekalkan apa-apa kepada mereka berdua melainkan beberapa pesanan. Pertamanya, jagalah hubungan yang baik dengan Allah SWT. Bergantunglah sepenuhnya kepada Allah. Di saat tiada lagi sesiapa yang mampu menolong, hanya Allahlah tempat memohon pertolongan.
Kedua, jagalah hubungan yang baik dengan manusia terutamanya pasangan dan keluarga kita. Di saat tiada siapa lagi yang sudi mendengar keluhan kita merekalah orang yang terakhir yang mungkin boleh memberikan simpati atau memberikan telinga untuk mendengar.
Ketiga, dugaan pelajar PhD tidak sama antara satu sama lain sebagaimana juga dugaan orang yang menunaikan haji. Pendek kata ada bahagian masing-masing. Positiflah dengan apa sahaja dugaan kerana sikap positif ini m…

Masam manis perjalanan PhD (25) - Hubungan dengan Allah

PhD ialah satu perjalanan. Jalan yang dilalui tidak semestinya lurus dan luas. Ada kalanya jalannya sempit malahan berliku-liku dan bersimpang-siur. Jalan yang lurus pula tidak menjanjikan kita sampai tepat pada waktunya, apatahlagi jalan yang berliku dan bersimpang-siur.
Penyelia utama selalu mengingatkan saya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Banyakkanlah solat malam dan berdoalah kepada Allah bila-bila masa, katanya lagi. Beliau juga banyak berbincang tentang agama dan akhirat bila usai perbincangan tentang pegajian PhD.
Semasa saya sedang dalam pengajian, ada seorang kenalan yang telah bergelar Dr mengungkapkan nasihat yang lebih kurang sama. Menurutnya, semasa pengajian PhD dulu dia selalu solat malam dan berdoa supaya Allah permudahkan pengajiannya. Dia dapat melihat kesan hubungan dengan Allah ini dalam pengajiannya. Diantaranya apabila dia mengedarkan soalselidik kajian PhDnya dia telah mendapat kadar respon yang begitu tinggi hingga mencapai 60%. Namun setel…

Masam manis perjalanan PhD (24) - Berapa kerap perlu jumpa penyelia

Image
Ramai pelajar PhD yang merungut kerana tidak dapat berjumpa dengan penyelia secara kerap. Ada yang mengharap untuk berjumpa penyelia setiap minggu, 2 minggu sekali atau sebulan sekali. Ada juga yang sanggup bertanya sibuk sangatkah penyelia sehingga tidak dapat ditemui dengan kerap. Ada juga yang bertanya apa gunanya ada penyelia kalau sukar ditemui untuk membantu.
Baiklah, kita kena ingat yang PhD ini ialah PhD kita dan bukan PhD penyelia kita. Jadi kitalah yang bertanggungjawab terhadap PhD kita. Penyelia kita diperlukan untuk membimbing kita melalui proses pengajian PhD. Penyelia akan memberitahu kita sama ada apa yang kita buat betul atau salah. Apa yang paling penting penyelia tahu bila kita perlu berhenti menulis tesis dan submit.
Semasa saya berjumpa dengan penyelia utama buat kali pertama, beliau telah mempunyai 8 orang pelajar PhD di bawah seliaan beliau. Sudah tentulah beliau tidak mempunyai masa yang begitu banyak untuk saya. Pada masa yang sama beliau sedang memegang jawa…

Masam manis perjalanan PhD (23) - Significance of the study

Significance of the study boleh menjadi isu yang cukup memeningkan kepala bagi pelajar PhD sekiranya kita tidak benar-benar faham pengertiannya.
Significance dalam Bahasa mudah ialah kepentingan atau erti.

Katakanlah di suatu tempat terdapat dua buah kampung atau penempatan yang dipisahkan oleh sungai. Untuk berurusan dari segi sosial seperti kenduri-kendara mahupun berekonomi seperti berjual beli hasil pertanian, penduduk di kedua-dua kampung telah menggunakan sampan dari dulu lagi. Kemudian salah seorang penduduk kampung telah mencadangkan supaya dibina jambatan untuk menghubungkan dua kampung tersebut. Jadi apakah jambatan itu penting dan memberi erti kepada penduduk kampung? Sekiranya penting, sejauh mana kepentingan membina jambatan tersebut.

Baiklah, jambatan itu mempunyai kepentingan iaitu menjadi alat untuk menghubungkan kedua-dua kampong, memudahkan urusan yang berbentuk sosial seperti kenduri-kendara dan juga memudahkan urusan perekonomian seperti jual beli hasil pertanian dan …

Masam manis perjalanan PhD (22) - Jangan tergesa-gesa buat PhD

Image
5 May 2015 at 20:41
PublicFriendsOnly MeCustomSegamat AreaUITMSee all lists...FamilyUiTM Segamatuitm johorGo Back Jangan tergesa-gesa untuk sambung PhD walaupun kawan-kawan seorang demi seorang dah pergi. Persiapkanlah dulu diri dengan sekurang-kurangnya sedikit pengalaman penyelidikan. Apa yang saya maksudkan dengan pengalaman penyelidikan ialah, kita melalui proses menyiapkan dari a sampai z sebuah penyelidikan walaupun ianya berskala kecil. Tidak mengapa walaupun penyelidikan kita itu berskala kecil. Dengan menjalankan penyelidikan sepenuhnya sendirian, memberi kita pengalaman yang cukup bermakna. Sekurang-kurangnya bila kita terhenti seketika atau lost sebentar dalam pengajian, kita sedar kita sedang berhenti di mana dan nak sambung dari mana.

Pada dasarnya sebuah penyelidikan mengandungi 5 bahagian iaitu introduction, literature review, research methodology, findings dan conclusion and recommendation. Namun dalam PhD sebenar ia boleh menjadi 6 hingga 8 bahagian disebabkan isi dan p…