Posts

Showing posts from August, 2009

Seminggu sudah berlalu

Image
Hari ini genaplah seminggu kita menjalani kuliah Ramadhan. Bagaimana kuliah minggu pertama Madrasah Ramadhan? Inilah soalan cepu emas untuk diri sendiri. Macam mana terawih sekurang-kurangnya lapan rakaat? Macam mana tahajud sekurang-kurangnya dua rakaat? Dan berapa juzuk al-qur'an dibaca? Dah tutup aurat? Dah kurangkan bercakap yang lagha? Hai banyaknya soalan. Malam pertama bawa anak solat terawih di Masjid. Selepas empat rakaat, anak menepuk bahu: ayah! terawih tinggal 4 rakaat kan, lepas tu sambung witir tiga rakaat kan. Saya tidak marah. Ini satu pendidikan. Target saya tahun ni nak suruh anak terawih sekerap dan sebanyak mungkin di samping puasa penuh. Kalau dipaksa mungkin jadi tak nak buat terus. Pada usia lapan tahun, yang penting ialah solat fardu tak tinggal. Bila dah ada anak-anak yang sedang membesar, ramadhan dirasakan agak mencabar. Alhamdulillah, tahun ini anak-anak mudah dikejutkan untuk bersahur. Sekali dua dipanggil, bangkitlah mereka. Namun begitu, bila menjelan

Rukyah, hisab dan awal Ramadhan

Image
Awal Ramadhan ditentukan dengan munculnya anak bulan. Begitu yang saya dan kawan-kawan faham masa kecik-kecik dulu. Jadi pada malam 30 Syaaban kami akan menunggu di depan Radio (masa tu dua tiga keluarga saja yang ada tv) untuk mendengar pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sekitar 8.30 malam pengumuman dibuat "....tarikh puasa bagi seluruh negeri...telah ditetapkan pada...". Semalam anak bulan tidak kelihatan. Jadi awal puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini telah ditetapkan pada hari Sabtu 22 Ogos 2009. Melihat anak bulan dipanggil rukyah, manakala mengira kedatangan awal bulan Islam dipanggil hisab. Di negara kita, permulaan awal bulan Islam dikira sebelum takwim dikeluarkan lagi. Pengiraan dibuat oleh pakar-pakar yang dipanggil ahli falak. Walaupun permulaan awal bulan Islam telah dikira dari awal lagi, rukyah akan tetap dilakukan sebagai langkah berhati-hati (cermat) bagi menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Kenapa begitu? K

Encik atau Ustaz

Image
Saya tersenyum bila membaca satu artikel dalam majalah Solusi keluaran terbaru bertajuk Encik atau Ustaz. Artikel dimulakan dengan perkenalan di antara dua orang lelaki. Lelaki pertama bertanya: Nak panggil encik atau ustaz? Lelaki kedua menjawab: Panggil apa-apa sajalah. Mana boleh macam tu, ustaz mesti berlatarbelakangkan agama: pintas lelaki pertama. Kan semua orang berlatarbelakangkan agama, kitakan orang Islam?: usul lelaki kedua. Tak boleh macam tu, ustaz mesti berkelulusan agama barulah berautoriti: kata lelaki pertama. Saya tak mahu komen tentang dialog di atas. Namun kisah yang dipaparkan ini ada juga kena mengenanya dengan kehidupan saya. Saya kerap kali dipanggil ustaz oleh sama ada pelajar, rakan setempat kerja mahupun masyarakat di sekeliling kehidupan saya walaupun saya tak pernah memperkenalkan diri sebagai ustaz. Seorang staf telah memanggil saya sebagai ustaz sejak sekian lama. Kemudian dia terdengar seseorang memanggil saya encik. Beliau bertanya: jadi encik bukan ust

Penawar hati

Image
40 Hadith Penawar Hati dan 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman merupakan dua kitab yang disusun oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam, Mudir Ma'ahad Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah. Kami telah memiliki kedua-duanya sejak tahun 2001 lagi. Buku itu kami gunakan sebagai rujukan peribadi dan kadang-kadang saya jadikan sebagai bahan untuk tazkirah lima minit di kelas. Dengan kehendak Allah, pagi ini Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam telah datang ke UiTM untuk menyampaikan kuliahnya bertajuk Penawar Hati. Beliau telah menggunakan kitab susunan beliau tersebut sebagai bahan kuliahnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang tinngi dan mampu menghuraikan 30 dari 42 hadith yang terdapat di dalam kitab susunannya tersebut dalam masa lebih kurang 4 jam. Intisari pengisian kuliahnya banyak menyentuh tentang hati. Ia dimulakan dengan sebuah hadith yang menyentuh tentang empat persoalan. Seseorang anak Adam itu tidak akan berganjak pada hari Qiamat nanti sehingga ditanya akan empat soalan: (1) u

12 Tahun

Hari ini genaplah 12 tahun saya melaporkan diri sebagai pensyarah di UiTM Segamat. Sepanjang 12 tahun tersebut banyaklah pengalaman manis dan pahit yang telah saya tempuhi. Kebanyakannya manis. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.