Posts

Showing posts from January, 2009

Ketegasan terhadap prinsip

Image
Cuba kita lihat raut wajah kedua-dua pemimpin dunia ini. Lihatlah wajah PM Erdogan yang serius berkata: tuan telah membunuh rakyat Palestin, sambil menuding jari ke arah Shimon Peres, presiden Israel. Di kanan, presiden Israel kelihatan terkejut, marah dan kecewa. Selama ini tidak terbayang oleh saya akan seorang pemimpin dunia Islam yang berani menuding jari sambil mengutuk pemimpin Yahudi secara berdepan. Peristiwa ini berlaku di Davos, dalam Forum Ekonomi Dunia.

Persoalannya, beranikah pemimpin-pemimpin dunia Islam yang lain melakukan perkara yang sama?

Mahu menyumbang untuk Palestin?

Image
Sekiranya ada yang mahu menyumbang untuk Palestin dan tidak tahu ke mana hendak disumbangkan. Salah satu dari organisasi yang menguruskan tabung ini ialah Haluan Malaysia yang menubuhkan Tabung Palestin Haluan. Organisasi ini telah berpengalaman menyumbang tenaga dan wang ringgit di Acheh dan Sri Lanka semasa berlaku Tsunami pada tahun 2004. Laman web organisasi ini boleh di layari di sini. Di sebelah, saya siarkan brosur tabung yang berkenaan.