Thursday, May 17, 2012

Erti sebuah gambar

Dari blog Prof Kamil. Kami bertiga adalah pelajar seliaan beliau.
















Dari blog Prof Normah. Kami berlima dari Fakulti Perakaunan. Bergambar bersama Prof Normah dan PM Dr. Omar.














Saturday, May 5, 2012

Persimpangan

Memilih bukanlah satu pilihan. Setiap kita pasti akan membuat pilihan dari satu masa ke satu masa yang lain hingga dijemput oleh Allah untuk kembali kepadanya dalam masa yang terdekat.

Pilihan pertama bagi kita ialah untuk beriman atau tidak kepada Allah SWT. Inilah pilihan pertama dan utama yang akan menjadi panduan kepada kita untuk membuat pilihan-pilihan yang seterusnya.

Allah telah menjelaskan di dalan al-Qur'an yang bermaksud:
"Demi jiwa dan penyempurnaannya, Allah ilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya dan merugilah orang yang mengotorinya" - as-Syams: 7-10.

Orang yang membersihkan jiwanya ialah orang yang memilih untuk beriman kepada Allah SWT dan seterusnya menjalani kehidupan mengikut petunjuk iman tersebut. Manakala orang yang mengotori jiwanya ialah sama ada tidak mahu beriman terus atau memilih beriman pada permulaannya tetapi tidak mengikuti petunjuk iman.

[bersambung]