Posts

Showing posts from March, 2009

Apa ada pada nama?

Image
Nama 1 Saya tamat pengajian Diploma Perakaunan pada tahun 1991 semasa ekonomi mula pulih dan banyak peluang pekerjaan. Saya diterima bekerja oleh Mayban Finance Berhad (dulu anak syarikat Maybank, kini telah bergabung dengan Maybank). Menghadiri kursus induksi umpama masuk semula ke kelas kerana 80% dari kami adalah dari ITM (kini UiTM). Kenapa mereka mengambil sebegitu ramai budak-budak ITM? Kerana dulu ITM ada nama. Nama 2 Saya tidak lama bersama Mayban Finance kerana selalu diganggu oleh rakan sekerja. Rakan sekerja yang pangkatnya lebih rendah terlalu baik dengan pengurus hinggakan semua kerja yang saya nak buat kena rujuk pada rakan sekerja. Sebahagian dari kerja saya telah diambilnya sehinggakan saya kelihatan "kurang kerja". Kenapa dia buat macam tu? Kerana nama. Nama 3 Selepas berhenti dengan Mayban Finance, saya diterima masuk bekerja dengan Arab-Malaysian Unit Trusts Berhad (kini AMInvest). Bekerja dengan syarikat yang menguruskan pelaburan, pada mulanya seronok. K

Rel langsir dan screwdriver

Image
Rel langsir di bilik pejabat saya telah berusia 20 tahun. Sejak dua tahun lepas, ianya semakin uzur dan reput. Hampir dua tahun lepas, saya telah membuat aduan supaya rel tersebut dibaiki atau diganti. Namun selepas menunggu dua tahun rel gantian tidak kunjung tiba. Saya rimas melihat langsir yang tergantung tidak kemas umpama daun pisang tua ditiup angin. Saya bertekad akan perbaiki sendiri rel tersebut. Pagi ini, berbekalkan dua buah screwdriver, saya dengan skill yang terbatas dan berat badan yang telah meningkat, telah memanjat tingkap bilik dan berjaya menanggalkan rel langsir yang telah reput. Dalam masa lebih kurang 30 minit, saya telah berjaya memasangnya semula di tempat asal. Alhamdulillah. Kini langsir di bilik tidak lagi kelihatan seperti daun pisang tua yang ditiup angin. Inilah agaknya yang orang-orang tua kata: kalau tak ada gading bertuah, tanduk pun berguna juga.

Mendidik anak-anak bersabar?

Image
Menaiki keretapi ke KL Sentral dari Segamat pada pukul 2.00 pagi, kemudian menaiki KTM Komuter ke Shah Alam merupakan rutin perjalanan mingguan saya yang memerlukan kesabaran tahap tinggi. Apa yang nak disabarkan? Kadangkala keretapi hanya sampai di Segamat hampir pukul 3.00 pagi walaupun pada tiket tertera 1.30 pagi. Kedua, kadangkala tempat baring yang ditempah telah diisi oleh oleh orang lain yang sedang nyenyak tidur. Pernah sekali, keretapi berjalan terlalu perlahan hingga sampai di KL Sentral pada pulul 7.30 pagi(sepatutnya 6.00 pagi). Itu kisah saya pada semester Jun-Disember 2008. Anak-anak juga saya rasa perlu dididik untuk bersabar. Mungkinkan membawa anak-anak naik dan turun komuter boleh mendidik anak-anak untuk bersabar? Jadi, pada awal cuti sekolah yang lepas, saya telah membawa anak-anak ke Shah Alam. Salah satu aktivitinya ialah menaiki komuter dari Shah Alam ke KL Sentral. Mulanya mereka seronok bila dapat tahu nak naik keretapi. Kami sampai di stesen Komuter Shah Alam

Ya RasuluLlah

Image
Buat rakan-rakan yang berkunjung ke blog ini, renungkanlah bait-bait lirik lagu yang didendangkan oleh Saudara Nazri Johani seperti di bawah: Aku duduk sendirian merindu Pemergian seorang kekasih Walau lama penantian ku ini Aku yakin pasti bertemu Aku tahu padanya tiada mungkir Kerana itu bukanlah sifatnya Di Akhirat pastikan bertemu Dengan mereka yang merinduinya Kerana dia telah pun berjanji Akan memberi syafaatnya Saat itu pastikan terjadi Pada umatnya yang bertaqwa Telah beribu tahun sudah berlalu Keagungannya pernah berlaku Sejarahnya akan berulang lagi Sebelum tibanya kehancuran Namun yang percaya hanyalah mereka Yang rindu kan kekasih Namun yang merindu hanyalah mereka Yang selalu berselawat Lagu: Abiefanisya & Osman Lirik: Abiefanisya

Proposal defense

Image
Proposal defense adalah satu peristiwa yang boleh menyenakkan perut, 22.1.2009 - peringkat fakulti dan 11.2.2009 - peringkat IPSIS. Alhamdulillah, walaupun kedua-duanya telah berjaya dilalui dengan gred 1 dan 2, namun cabaran yang menunggu selepas ini tentulah lebih besar. Bak kata Penyelia 1: Apa yang ada dalam proposal ni belum tentu betul lagi, mungkin ada perubahan besar lagi yang perlu dibuat dalam baki tempoh yang masih ada. Menyingkap kenangan semasa membentang di Fakulti, belum sempat habis membentangkan objektif kajian, soalan bertubi-tubi telah ditanyakan. Masa 30 minit yang diberi tidak mencukupi hingga terlajak menghampiri satu jam. Keadaan yang hampir sama berlaku semasa pembentangan kedua di IPSIS. Bezanya, soalan bertubi-tubi dikemukakan setelah selesai pembentangan. Saya terfikir, bagaimanakah agaknya keadaan semasa pembentangan akhir (VIVA) nanti. Semoga Allah mempermudahkan.

Chiaq

Image
Chiaq - itulah nama julukan rakan serumah saya semasa mengambil ijazah dahulu (dia suka dengan nama itu). Dia seorang yang baik tapi nakal sikit. Agak liat sikit untuk bagun pagi dan solat subuh. Kadangkala saya terpaksa menyebut "inna liLlahi wa inna ilaihi rajiun" di telinganya untuk mengejutkannya di waktu pagi. Selepas tamat pengajian kami jarang bertemu. Namun kadangkala ada juga berutus sms. Baru-baru ini saya ada menerima sms dari beliau lebih kurang pukul 5.00 pagi. Sms tersebut mengandungi do'a, antaranya, Ya Allah! Engkaulah yang maha mengetahui dan maha pemurah, sekiranya ada rezekiku di langit, Kau turunkanlah, sekiranya ada di dalam bumi Kau keluarkanlah........ Sms yang sama saya terima esoknya dengan ayat do'a yang sama. Hari ini, secara kebetulan saya telah bertemu beliau di sebuah R&R. Kami berbual seketika, bertanya perkembangan antara satu sama lain. Saya sempat bertanya tentang sms yang beliau hantar di awal pagi dengan do'a-do'a. Denga