Friday, May 24, 2013

Banyak makan wang

26.6.2012

Saya selalu bergurau dengan anak-anak bahawa BMW membawa maksud banyak makan wang. Sebuah kereta BMW tentu tak mampu ayah beli kerana banyak makan wang bulan-bulan kena bayar.

Dalam pada tak mahu membeli BMW kerana banyak makan wang, pagi ini saya terpaksa menaiki kereta BMW walau hakikatnya ia hanyalah sebuah MPV.

Ceritanya begini. Disebabkan tempahan kenderaan untuk menghadiri Simposium di Kuala Lumpur tidak dapat dipenuhi, saya terpaksa menaiki bas ekspres untuk ke tempat program. Bas yang saya naiki pula hanya akan membawa saya hingga ke Terminal Bersepadu Selatan yang jaraknya lebih-kurang 30-45 minit dari tempat sebenar yang hendak dituju. Sampai di terminal, saya disapa oleh pemandu teksi lalu terus menaiki teksinya. Duduk sahaja dalam teksi, meter menunjukkan angka RM6.00. Ia berputar dengan laju hingga bila saya sampai di tempat yang dituju, meter menunjukkan angka RM53.00.

Akhirnya saya telah menaiki sebuah kereta BMW - banyak makan wang.