Posts

Showing posts from July, 2010

Kebaikan adalah untuk diri

Image
Kita sering merasakan apabila kita berbuat baik maka perbuatan baik tadi adalah untuk orang lain. Disebabkan itu perbuatan baik tadi dibuat agak sambil lewa atau tidak sepenuh hati. Ini termasuklah kebaikan yang kita lakukan untuk ibubapa, isteri, anak-anak, hatta dalam melaksanakan kerja-kerja hakiki untuk mencari rezeki mahupun berdakwah ataupun beribadah. Padahal Allah menyatakan dalam banyak ayat-ayatnya dalam al-Qur'an bahawa apa-apa kebaikan yang kita lakukan, manfaatnya adalah untuk diri sendiri.


Ada sebuah kisah yang ingin saya kongsi bersama yang saya dengar di radio IKIM pagi ini. Seorang tukang rumah yang telah lebih 20 tahun bekerja dengan majikannya yang juga sahabatnya ingin menamatkan kerjayanya untuk berehat. Lalu dia berjumpa dengan majikannya untuk menyatakan hasratnya. Atas rasa persahabatan majikan menerima keputusan yang dibuat oleh tukang rumah. Majikan tersebut memberi syarat supaya tukang rumah membina sebuah rumah terakhir sebelum menamatkan kariernya. Deng…

Bersyukur

Pagi ini hujan renyai-renyai. Saya menghantar terus anak-anak ke sekolah (tanpa menaiki bas). Dalam perjalanan, saya membuka radio IKIM.FM. Kebetulan Ustaz Hasrizal sedang menyampaikan motivasi paginya. Ia berkisar tentang bersyukur atau dalam perkataan lain menerima apa yang Allah beri kepada kita (selepas berusaha dan berdo'a) sebagai yang terbaik. Beliau menceritakan bagaimana dua orang yang masing-masing telah diberikan nikmat oleh Allah SWT tetapi melihat nikmat yang diberi kepada orang lain sebagai lebih baik. Seorang petani yang berada di sawahnya terlihat seorang kaya berkereta besar melintasi sawahnya. Kelihatan di sisinya seorang isteri yang yang cantik dan berpakaian cantik. Di tempat duduk belakang pula seorang anak yang kacak. Petani tadi mula memikirkan, seronoknya kalau orang kaya itu adalah aku, kereta besar, isterinya cantik bukan comot macam isteri aku, anak kacak - tentu hidup aku gembira. Orang kaya yang melintas pula melihat petani tadi mempunyai sawah yang meng…

Sindiran kucing gemuk

Image
Tiap-tiap pagi, bila buka pintu saja, tiga ekor kucing sudah mengiau menunggu di depan pintu. Bukan kucing peliharaan, tetapi kucing yang selalu datang meminta makanan. Selalunya saya akan gaulkan nasi dengan ikan bilis dan beri pada mereka dan masuk semula untuk bersiap-siap menghantar anak-anak ke sekolah.

Bila saya buka semula pintu, mereka datang lagi untuk meminta makan sedangkan mulut mereka belum habis mengunyah lagi. Saya berkata pada isteri: kenapa ya Mi, kucing-kucing ni dah diberi makan pun masih nak minta lagi? Isteri saya kata: agaknya kucing-kucing ini menyindir kita Yah. Kita dah dapat macam-macam nikmat dari Allah tapi masih tak puas-puas lagi, minta sana, minta sini sedangkan Allah dah bagi kecukupan. Hmm. mungkin ada kebenaran kata-kata isteri saya. Lalu saya teringat akan lirik sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh Nazrey:
Dunia ibarat air laut, diminum hanya menambah haus, Nafsu bagaikan fatamorgana, di padang pasir, Panas yang membahang, disangka air, Dunia dan nafsu, ba…