Posts

Showing posts from July, 2009

Jalan Kemunting 2/10

Image
Jalan Kemunting 2/10, Seksyen 2, 40000 Shah Alam. Di sini lah saya dan rakan-rakan tinggal semasa pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dulu. Hanya dua keping sahaja gambar kenangan yang ada dalam simpanan saya. Gambar atas menunjukkan dari kiri Hanif, Chiaq, saya, Tunku, Pulut, Ahmad Boy dan depan sekali Fairol. Gambar bawah menunjukkan wajah Giant dan saya. Tiga buah motor (kalau tak silap) motor Honda yang kiri sekali tu motor Fairol, RXZ tu motor saya, Honda PAU tu Moin punya. Kenangan tentang rumah ini timbul semula selepas seorang bekas rakan serumah, Pulut menghubungi untuk mengumpulkan semua emel bekas penghuni rumah bersejarah ini. Selama setahun setengah di sini, pelbagai peristiwa pahit manis ditempuhi oleh anak-anak muda yang berlainan latar belakang dan pandangan hidup. Untuk mengingat semua peristiwa agak mustahil kerana rumah itu telah ditinggalkan lebih 13 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut adalah sekali sekala berhubung sms dengan Pulut. Pulut ni seingat s

Cita-cita anak-anak

Image
Tiap-tiap pagi kecuali di luar kawasan, lebih kurang pukul 6.45 atau 6.50 saya akan menghantar anak-anak ke sekolah. Mood perjalanan bergantung kepada mood anak-anak. Kalau anak-anak ceria, kami akan berbual, kalau tidak diam saja dengar nasyid atau bacaan al-Qur'an oleh qari-qariah AQ. Suatu pagi yang ceria saya bertanya anak-anak tentang cita-cita mereka. "Abang nak jadi cikgu bahasa Melayu," kata Abang mendahului kakaknya. "Kenapa abang nak jadi cikgu bahasa Melayu?" tanya saya. "Sebab jadi cikgu bahasa Melayu boleh rotan dan tarik telinga budak-budak yang tak buat kerja sekolah," katanya selamba. "Ish-ish-ish..ada ke nak jadi cikgu sebab nak rotan budak. Abang selalu ke kena rotan dan tarik telinga? tanya saya lagi. "Abang tak selalu kena sebab abang siapkan kerja sekolah, tapi kawan-kawan ramai yang kena," katanya lagi. Saya bertanya kepada Kakak, "Kakak pulak nak jadi apa?" "Kakak nak buka kedai kek atau makanan deng

Lari dari dunia?

Image
Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dunia akan lari darinya. Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya. Saya mengenali seseorang yang saya lihat sentiasa lari daripada dikejar oleh dunia. Namun semakin laju beliau melarikan diri darinya, semakin laju pulalah dunia mengejarnya. Dia bukanlah seorang ulamak mahupun ustaz. Namun saya kenali beliau sebagai seorang yang sentiasa menjaga akidahnya daripada dicemari oleh debu-debu dan karat penyengutuan kepada Allah SWT. Beberapa tahun lalu beliau ditawarkan kenaikan pangkat dan sekiranaya bersetuju akan dipindahkan ke tempat lain di mana jawatan tersebut kosong. Beliau dengan berhemah menolak tawaran ini dan ingin tetap bekerja di tempat lamanya. Tak naik pangkat pun tak apa. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan kenaikan pangkat sekali lagi. Tapi pada kali ini beliau tidak perlu berpindah, sebaliknya menjadi ketua di tempat beliau bekerja dan beliau tidak dibenarkan menolaknya kali ini. Pada masa yang sama beliau

Baca terbalik

Image
S aya pernah ditegur (separuh marah) oleh Dr. Philip Sinnadurai semasa berbincang tentang satu artikel penting penyelidikan saya dengannya. Alasannya ialah saya membaca tulisannya secara terbalik. Bolehkah awak membaca tulisan saya secara terbalik, saya takut awak tak faham: katanya. Boleh: kata saya. Saya tidak pasti sama ada dia yakin atau tidak dengan jawapan saya. Mungkin dia rasa saya main-main. Ia berakhir dengan saya tidak memasukkan artikel yang kami bincangkan tersebut sebagai artikel penting penyelidikan saya. D i rumah, saya dan isteri mengajar sendiri anak-anak kami membaca al-Qur'an. Suatu hari selesai daripada mengaji al-Qur'an, anak lelaki saya melontarkan satu soalan kepada saya: Kenapa ayah baca al-Qur'an secara terbalik? Boleh ke ayah baca terbalik?: Tanyanya. Ayah pun dulu tak biasa juga baca dari atas. Tapi bila dah kena ajar Kakak dan Abang mengaji ni, ayah kenalah biasakan diri membaca secara terbalik. Takkanlah Abang dengan Kakak pula yang nak belajar

Tuisyen oh tuisyen

Image
K isah-kisah yang dinukilkan dibawah adalah sekadar pengalaman peribadi. Ia tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. T uisyen 1 D alam perjalanan ke sekolah pagi tadi Kakak bercerita. Katanya masa kelas semalam, guru bahasa Inggeris bertanya kepada semua murid tentang tuisyen. Murid A kata dia bertuisyen di sana, murid B pula kata dia bertuisyen di sini. Sampai giliran Kakak, cikgu tanya: awak tuisyen di mana Khadijah. Saya tak pergi tuisyen cikgu. Saya belajar dengan emak dan ayah saya sahaja. Cikgu diam seketika, pelik, semua orang pergi tuisyen tetapi Kakak tidak. Saya katakan padanya: Tak apalah Kakak dan Abang tak pergi tuisyen, sebab setakat sekarang ni ayah dan umi masih lagi boleh mengajar Kakak dan Abang di rumah. Lagipun, masa tuisyen cikgu akan gunakan buku kerja, mungkin sama dengan yang Kakak dan Abang ada. Yang penting Kakak dan Abang kena selalu buat latih tubi. Kalau tak dapat buat tanya ayah dan umi. Mungkin emak dan ayah kawan-kawan Kakak tak sempat

Burung Tiong

Image
...Dan, kau kau dah bangun ke? koh..koh..koh... Oi Dan, kau dah bangun ke? Lebih kurang pukul 5.30 pagi saya terdengar seseorang mengejutkan Dan. Suaranya seperti suara ayah Dan, siap dengan batuk-batuk lagi. Tidak kedengaran pula suara Dan menyahut. Suara itu sebenarnya bukan datang dari ayah Dan (Hamdan, jiran emak saya di kampung), tetapi dari seekor burung tiong belaannya yang telah meniru suara ayahnya. Saya selalu menceritakan perihal burung tiong dan burung kakak tua yang pandai meniru kata-kata orang di sekelilingnya kepada anak-anak terutama kakak dan abang. Saya katakan pada mereka bahawa kebolehan kedua-dua jenis burung ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Namun ada perkara penting yang kita pelajari tentang kedua-dua jenis burung ini yang kita tidak boleh ikut. Walaupun kedua-duanya pandai berkata-kata: memberi salam, mengucap syahadah, memberi nasihat dan sebagainya, tetapi mereka langsung tidak memahami apa yang mereka katakan. Bahkan sambil memberi salam

Bekas pelajar

Image
Tengahari tadi tiba-tiba satu nombor yang asing tertera di skrin hp saya. "En., ini Nurul Ain dari Kolej SAL. Saya student En. dulu." Seseorang memperkenalkan diri di sebelah sana. Ada apa ye?: soal saya. Ni... saya nak tanya En ni tentang FAR300: katanya lagi. Ok apa dia: tanya saya. Begini, saya sedang mengira-ngira jumlah preference dividend in arrears untuk satu company, tapi saya tak dapat jawapan seperti yang tertera dalam skima. Dalam soalan dikatakan dividend in arrears for two years, and the shareholders agreed to waive 2/3 of the amount: panjang lebar persoalannya. Oh macam tu. Mula-mula kira amount dividend in arrears tersebut selama dua tahun. Kemudian, tolak dengan jumlah cukai keatas dividen dan kemudian darab dengan 1/3 iaitu jumlah yang perlu diselesaikan: Saya menjelaskan panjang lebar juga. Dia senyap seketika (sedang mengira agaknya). OK En. dah dapat jawapannya sama dengan skima jawapan. Dialog sebegini memang biasa berlaku di antara bekas pensyarah dengan