Posts

Showing posts from June, 2008

Akademi Al-Qur'an 3

Image
Akademi Al-Qur'an 3 telah melabuhkan tirainya pada 19 Jun 2008 yang baru lalu. Saudara Fakhrul telah diisytiharkan sebagai Johannya. Saya berpandangan positif sekiranya program ini diteruskan dan dilaksanakan dengan adab-adab yang dipelihara, program ini mampu melahirkan bukan sahaja johan-johan tetapi juga masyarakat yang menghayati tuntutan Al-Qur'an.


Khairul dari Wellington

Image
Semalam saya menerima satu panggilan dari seorang rakan seperjuangan yang baik hati, Khairul Anuar dari wellington. Dalam kesibukannya mengejar impiannya di sana, Khairul [yang mewarisi kebaikan gurunya] masih sempat untuk bertanya khabar dan perkembangan pengajian saya di sini. Dia sempat memberi beberapa panduan dan nasihat di samping 'contact person' sekiranya memerlukan pandangan. Terima kasih Khairul kerana selalu mengambil berat.

Mendaftar

Pagi tadi seawal 6.30 saya telah bertolak dari rumah di Jementah menuju ke Shah Alam untuk mendaftar sebagai pelajar. Sampai di DSB, terdapat sekitar 1,000 pelajar baru lepasan ijazah [PhD dan Master] sedang beratur panjang. Saya lihat sebahagian besar dari mereka masih muda [24-25 tahun bagi program master; 27-30 tahun bagi PhD].

ICOSSH'08 USM

Pada pukul 9.00 malam ini, insyaAllah saya akan bertolak ke USM, Pulau Pinang untuk menghadiri dan membentang kertas kerja di ICOSSH2008. Saya akan berada di sana hingga Khamis petang. Pembentangan saya dijadualkan pada pukul 4.00 petang 18.6.08 dan 9.00 pagi 19.6.08. Menurut En. Osman [pemandu UiTM] perjalanan mengambil masa yang lama, mungkin akan sampai lebih kurang jam 5.00 pagi. Saya berdo'a semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

Jeram Hulu Jementah

Bagi yang berminat untuk menenangkan fikiran, boleh cuba pergi ke tempat ni. Fazli sedia membantu.
Fazli said...
En. Halim,
Boleh je saye bawak encik pergi ke jeram tu...tapi memang masuk ke dalam hutan sikit la...kereta pun boleh masuk...tapi name pun dah jeram kan...so kecik sikit la, xmacam gunung ledang nun...tp ade good news, it's free!!!

Perasaan pensyarah 2

Sejak petang Jumaat yang lepas [6.6.08] saya telah menerima panggilan dan sms bertalu-talu dari pelajar-pelajar saya. Dua pertiga daripadanya mengucapkan syukur dan terima kasih kerana telah lulus dalam FAR450 dan sebahagian lagi telah berjaya lulus FAR400 [yang menggerunkan] setelah beberapa kali diambil. Ada juga bertanya tentang RMP dan sup-paper. Beginilah panggilan dan sms bermusim selepas keputusan peperiksaan diumumkan.

Tinggal 12 hari lagi...

Hijrah saya ke alam pelajar tinggal 12 hari lagi. Terkenang kembali ketika saya mula didaftarkan oleh ayah saya [kini almarhum] masuk darjah satu pada Januari 1977.
Kemudian saya mendaftar sendiri masuk tingkatan 1 pada Januari 1983.
Selepas itu mendaftar pula tingkatan 4 pada Januari 1986.
Pada bulan Julai 1988, ibu menghantar saya untuk mendaftar Diploma Perakaunan di ITM Segamat di Bandar Segamat Baru.
Setelah bekerja tiga tahun, mendaftar pula sebagai pelajar ADIA [kini BACC[Hons] di ITM Shah Alam pada bulan Julai 1994.
Pada bulan Jun 1996 mendaftar pula sebagai pelajar sarjana di Curtin University of Technology, Australia.
Itu semua saya lalui dalam zaman bujang saya.
Kini selepas hampir 12 tahun, insyaAllah saya akan mendaftar sekali lagi sebagai pelajar pada 21 Jun 2008.
Bezanya kali ini saya adalah seorang pelajar merangkap suami kepada seorang isteri merangkap ayah kepada tiga orang anak dan merangkap seorang anak kepada seorang ibu yang telah tua.
Saya rasa cabaran sebagai pelajar ka…

Hari Terakhir

31 Mei 2008 adalah hari terakhir saya sebagai KPBACC. Walaubagaimanapun saya masih lagi menjalankan tugas-tugas KP kerana KP yang baru belum mendapat surat perlantikan. Tugas KP-KP ketika ini ialah menyediakan ATA untuk pensyarah-pensyarah di Fakulti masing-masing sebelum Jawatankuasa Penyediaan Jadual Waktu bersidang [buat jadual].
Keadaan di kampus agak sunyi walaupun ada sebahagian dari pelajar yang mengambil intersesi. Bagi pensyarah yang tidak terlibat mengajar intersesi kebanyakannya mengambil kesempatan untuk bercuti [kebetulan sekarang ni sekolah pun cuti]. Jadi bolehlah mereka bawa anak-anak berjalan atau menziarahi datuk-nenek di kampung.