Posts

Showing posts from December, 2009

Halaqah Jasmani

Image
Diri kita terbina dari tiga pecahan utama yang kadangkala dipanggil fakulti insan iaitu roh, akal dan jasmani atau jasad. Roh perlu dihidupkan dengan pengisian ibadah khusus dan umum. Akal pula perlu dibajai dengan ilmu, pengetahuan dan hikmah. Manakala jasmani atau jasad pula perlu dijaga dengan memakan makanan yang halal dan berkhasiat dan diberi hak untuk 'exercise' atau beriadah. Sabda Nabi yang bermaksud: muslim yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah dari muslim yang lemah. Hadis ini tidak bermaksud mengenepikan orang yang lemah mahupun orang yang sakit. Sebaliknya ia memotivasikan muslim untuk berusaha menjadi kuat roh, akal dan jasadnya. Saya mengubahsuai halaqah kami hari ini kepada halaqah jasmani. kami sekeluarga berjogging di sepanjang Sungai Kapeh Segamat untuk mengeluarkan peluh dan membakar lemak dan kolestrol yang ada. Kami memulakan dengan 'warm up' dari kepala ke kaki, kemudian berlari dan berjalan berselang-seli. Bila penat kami berjalan laju, bila OK

Kisah bank lagi

Image
Pagi tadi saya pergi membayar yuran sekolah anak-anak. Disebabkan waktu masih awal, saya singgah ke Bank A untuk sedikit urusan. Seperti biasa saya mengambil nombor. Nombor yang tercetak ialah 2012 manakala nombor di skrin kaunter pula ialah 2008. Oh! hanya 3 angka saja akan sampailah giliran saya. Sampai pada angka 2010, nombor tidak bergerak-gerak agak lama. Sebabnya ada beberapa orang yang tidak bernombor dan bernombor lewat dari saya terus ke kaunter dan berurusan dengan dengan 'teller' dan pegawai yang bertugas di belakang kaunter. Saya nampak mereka rimas tapi tak punya kekuatan untuk menyatakan: sila ambil nombor dan tunggu giliran. Saya toleh ke kiri dan ke kanan memerhatikan sekiranya ada peti cadangan atau aduan. Namun tak ada. Ini bukanlah kali pertama. Pelanggan-pelanggan yang tidak ikut peraturan ini akan terus mendapat keistimewaan seperti raja. Orang-orang yang mengikut peraturan akan terus diabaikan. Nombor bergerak semula, 2011 - kaunter 3, 2012 - kaunter 3. &

Balanced scorecard (BSC)

Image
Gambarajah Balanced Scorecatd (BSC) ini dipetik dari Kaplan dan Norton (1992). Menurut mereka BSC yang berkesan mampu meningkatkan nilai sesebuah perniagaan.

Halaqah keluarga 4

Image
Kali ini Abang bersetuju menjadi pengerusi. Alhamdulillah. Biasanya dia memang tak mahu. Saya memulakan dengan melontarkan satu pertanyaan. Seronok tak kalau kita dapat kejayaan, contohnya dapat nombor satu atau dua dalam kelas? Tentu seronok kan? Ha... macam tu lah perasaan yang dialami oleh para sahabat Nabi apabila umat Islam dapat mengambil alih semula Kota Mekah setelah ditinggalkan tanpa berlaku pertumpahan darah. Bukan itu saja orang Quraisy yang begitu memusuhi umat Islam pula berbondong-bondong menyatakan keIslaman mereka dan bersedia menjadi pendokong Islam. Lalu, Allah menurunkan satu surah pendek di Padang Arafah mengajarkan kepada Nabi dan para sahabat apa yang perlu dilakukan sebagai respon kepada kemenangan ini. "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) Dan kamu melihat manusia berbondong-bondong untuk masuk ke dalam agama Allah (2) Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan, sesungguhnya Dia maha penerima taubat". Apakah pe

Selamat tahun baru 1431 hijrah

Image
1 Muharram muncul lagi. Kali ini 1431 Hijrah. Setiap tahun yang berlalu bermakna umur kita berkurangan lagi sebanyak setahun. Begitulah halnya dengan hari, jam, minit dan saat yang kita tinggalkan. S oalan untuk diri sendiri. Sudahkah aku berhijrah sebagaimana Nabi dan para sahabat berhijrah? Ataupun, sudahkah aku dan keluargaku menghayati hijrah Nabi dan para sahabat dalam kehidupan seharian? N abi pernah bersabda yang bermaksud: tidak ada hijrah (seumpama hijrah Nabi dan para sahabat) selepas dari Fathul Makkah (pembukaan semula kota Mekah oleh Nabi) kecuali niat. Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud: setiap amalan sah dengan niat dan setiap amalan akan dikira berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang (niat) hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, maka (ganjaran) hijrahnya kerana Allah dan rasulnya. Barangsiapanya yang hijrahnya kerana selain dari itu (contohnya kerana harta atau wanita), maka apa yang akan diperolehinya hanyalah apa yang diingininya... M arilah kita bera

Halaqah keluarga - ulangkaji

Image
Pensyarah memang kerjanya bercakap. Namun bukan mudah untuk bercakap dengan anak-anak sendiri. Di pihak anak-anak pula bukanlah mudah untuk memberi tumpuan kepada ayahnya sebagaimana mereka memberi tumpuan kepada guru-guru mereka. Walaupun cuma lima belas minit. Namun ia bukanlah alasan yang saya boleh beri untuk bercuti halaqah keluarga minggu ini. Saya memulakan halaqah dengan meminta anak-anak mengingat kembali pelajaran yang kami bincangkan dalam dua halaqah yang lepas: tujuan penciptaan manusia; kekuasaan Allah ke atas langit dan bumi serta isinya; kisah pemuda-pemuda hebat yang menjadi pendokong-pendokong Islam; perlunya kita mencontohi mereka. Saya membuat satu kejutan dengan meminta Abang dan Kakak mengambil pensil dan kertas. Adik pun nak pensil dan kertas: kata Adik. OK, malam ini ayah nak minta Kakak dan Abang jawab beberapa soalan berdasarkan kepada pelajaran yang telah kita bincangkan sebelum ini. Ala ayah ni...: jawab Kakak dan Abang serentak. OK, soalannya ialah, satu, a

Debaran progress presentation

Cepat atau lambat pembentangan kemajuan tesis tetap akan dilalui. Tarikh telah ditetapkan. Senarai nama telah dikeluarkan. Nama pembentang telah disusun mengikut bidang. Saya akan menjadi pembentang terakhir. Ya Allah! Permudahkanlah urusanku. 14/12/09 Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar. Semua panel memberi teguran dengan berhemah tanpa memaksa-maksa untuk diubah. Saya mengambilkira nasihat-nasihat yang mereka berikan. Pokoknya kajian saya kini perlu lebih fokus. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak, penyelia-penyelia juga rakan-rakan yang memberi sokongan di blog ini mahupun di FB.

Janji Emerald

Image
telah mengotakan janjinya untuk mengambilalih penerbitan Journal of Financial Reporting and Accounting (JoFRA) UiTM bermula pada 2010. Sebulan sebelum menjelangnya 2010, Emerald telah menyiarkan keluaran-keluaran terdahulu jurnal ini termasuklah sebuah artikel tulisan saya bersama-sama penyelia-penyelia saya iaitu Prof Dr. Kamil dan Prof Madya Dr. Rozainun. Ia boleh dibaca di sini .

Halaqah keluarga 2

Image
Berhampiran masjid ini, malam ini kami mengadakan halaqah keluarga selepas makan malam. Sebagai pendahuluan saya meminta anak-anak mengingati nikmat Allah yang telah mereka nikmati sepanjang hari ini. Masing-masing diam dan mengingati apa yang berlaku sepanjang hari. Hmm... banyak-banyak. Itu baru hari ini, selama inipun kita telah dapat nikmat yang begitu banyak dari Allah SWT. Jadi sudah tentulah kita perlu banyak bersyukur kepadaNya. Kita juga perlu mengucapkan selawat dan salam untuk Nabi kita kerana telah menyebarkan Islam hingga Islam itu sampai kepada kita pada hari ini. Cuba bayangkan kita jadi apa kalau agama Islam tak sampai kepada kita. Mungkin menganut agama lain. Bila kita terima Islam maknanya hidup kita terarah. Allah tunjukkan kepada kita jalan mana hendak diikut supaya kita sampai ke matlamat yang hendak kita tuju (akhirat) yang kekal selama-lamanya. Kali ini kita nak bincang tentang kisah pemuda-pemuda sahabat Nabi. Contohnya Usamah bin Zaid. Dia telah dipilih oleh N