Posts

Showing posts from 2009

Halaqah Jasmani

Image
Diri kita terbina dari tiga pecahan utama yang kadangkala dipanggil fakulti insan iaitu roh, akal dan jasmani atau jasad. Roh perlu dihidupkan dengan pengisian ibadah khusus dan umum. Akal pula perlu dibajai dengan ilmu, pengetahuan dan hikmah. Manakala jasmani atau jasad pula perlu dijaga dengan memakan makanan yang halal dan berkhasiat dan diberi hak untuk 'exercise' atau beriadah.



Sabda Nabi yang bermaksud: muslim yang kuat itu lebih dikasihi oleh Allah dari muslim yang lemah. Hadis ini tidak bermaksud mengenepikan orang yang lemah mahupun orang yang sakit. Sebaliknya ia memotivasikan muslim untuk berusaha menjadi kuat roh, akal dan jasadnya.


Saya mengubahsuai halaqah kami hari ini kepada halaqah jasmani. kami sekeluarga berjogging di sepanjang Sungai Kapeh Segamat untuk mengeluarkan peluh dan membakar lemak dan kolestrol yang ada. Kami memulakan dengan 'warm up' dari kepala ke kaki, kemudian berlari dan berjalan berselang-seli. Bila penat kami berjalan laju, bila OK …

Kisah bank lagi

Image
Pagi tadi saya pergi membayar yuran sekolah anak-anak. Disebabkan waktu masih awal, saya singgah ke Bank A untuk sedikit urusan. Seperti biasa saya mengambil nombor. Nombor yang tercetak ialah 2012 manakala nombor di skrin kaunter pula ialah 2008. Oh! hanya 3 angka saja akan sampailah giliran saya. Sampai pada angka 2010, nombor tidak bergerak-gerak agak lama. Sebabnya ada beberapa orang yang tidak bernombor dan bernombor lewat dari saya terus ke kaunter dan berurusan dengan dengan 'teller' dan pegawai yang bertugas di belakang kaunter. Saya nampak mereka rimas tapi tak punya kekuatan untuk menyatakan: sila ambil nombor dan tunggu giliran. Saya toleh ke kiri dan ke kanan memerhatikan sekiranya ada peti cadangan atau aduan. Namun tak ada. Ini bukanlah kali pertama. Pelanggan-pelanggan yang tidak ikut peraturan ini akan terus mendapat keistimewaan seperti raja. Orang-orang yang mengikut peraturan akan terus diabaikan. Nombor bergerak semula, 2011 - kaunter 3, 2012 - kaunter 3. &…

Balanced scorecard (BSC)

Image
Gambarajah Balanced Scorecatd (BSC) ini dipetik dari Kaplan dan Norton (1992).

Menurut mereka BSC yang berkesan mampu meningkatkan nilai sesebuah perniagaan.

Halaqah keluarga 4

Image
Kali ini Abang bersetuju menjadi pengerusi. Alhamdulillah. Biasanya dia memang tak mahu. Saya memulakan dengan melontarkan satu pertanyaan. Seronok tak kalau kita dapat kejayaan, contohnya dapat nombor satu atau dua dalam kelas? Tentu seronok kan? Ha... macam tu lah perasaan yang dialami oleh para sahabat Nabi apabila umat Islam dapat mengambil alih semula Kota Mekah setelah ditinggalkan tanpa berlaku pertumpahan darah. Bukan itu saja orang Quraisy yang begitu memusuhi umat Islam pula berbondong-bondong menyatakan keIslaman mereka dan bersedia menjadi pendokong Islam.
Lalu, Allah menurunkan satu surah pendek di Padang Arafah mengajarkan kepada Nabi dan para sahabat apa yang perlu dilakukan sebagai respon kepada kemenangan ini. "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (1) Dan kamu melihat manusia berbondong-bondong untuk masuk ke dalam agama Allah (2) Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah keampunan, sesungguhnya Dia maha penerima taubat". Apakah pengajaran…

Selamat tahun baru 1431 hijrah

Image
1 Muharram muncul lagi. Kali ini 1431 Hijrah. Setiap tahun yang berlalu bermakna umur kita berkurangan lagi sebanyak setahun. Begitulah halnya dengan hari, jam, minit dan saat yang kita tinggalkan. Soalan untuk diri sendiri. Sudahkah aku berhijrah sebagaimana Nabi dan para sahabat berhijrah? Ataupun, sudahkah aku dan keluargaku menghayati hijrah Nabi dan para sahabat dalam kehidupan seharian? Nabi pernah bersabda yang bermaksud: tidak ada hijrah (seumpama hijrah Nabi dan para sahabat) selepas dari Fathul Makkah (pembukaan semula kota Mekah oleh Nabi) kecuali niat. Nabi juga pernah bersabda yang bermaksud: setiap amalan sah dengan niat dan setiap amalan akan dikira berdasarkan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang (niat) hijrahnya kerana Allah dan rasulNya, maka (ganjaran) hijrahnya kerana Allah dan rasulnya. Barangsiapanya yang hijrahnya kerana selain dari itu (contohnya kerana harta atau wanita), maka apa yang akan diperolehinya hanyalah apa yang diingininya... Marilah kita berazam s…

Halaqah keluarga - ulangkaji

Image
Pensyarah memang kerjanya bercakap. Namun bukan mudah untuk bercakap dengan anak-anak sendiri. Di pihak anak-anak pula bukanlah mudah untuk memberi tumpuan kepada ayahnya sebagaimana mereka memberi tumpuan kepada guru-guru mereka. Walaupun cuma lima belas minit.

Namun ia bukanlah alasan yang saya boleh beri untuk bercuti halaqah keluarga minggu ini. Saya memulakan halaqah dengan meminta anak-anak mengingat kembali pelajaran yang kami bincangkan dalam dua halaqah yang lepas: tujuan penciptaan manusia; kekuasaan Allah ke atas langit dan bumi serta isinya; kisah pemuda-pemuda hebat yang menjadi pendokong-pendokong Islam; perlunya kita mencontohi mereka.

Saya membuat satu kejutan dengan meminta Abang dan Kakak mengambil pensil dan kertas. Adik pun nak pensil dan kertas: kata Adik. OK, malam ini ayah nak minta Kakak dan Abang jawab beberapa soalan berdasarkan kepada pelajaran yang telah kita bincangkan sebelum ini. Ala ayah ni...: jawab Kakak dan Abang serentak.

OK, soalannya ialah, satu, apa…

Debaran progress presentation

Cepat atau lambat pembentangan kemajuan tesis tetap akan dilalui. Tarikh telah ditetapkan. Senarai nama telah dikeluarkan. Nama pembentang telah disusun mengikut bidang. Saya akan menjadi pembentang terakhir. Ya Allah! Permudahkanlah urusanku.

14/12/09

Alhamdulillah, pembentangan berjalan dengan lancar. Semua panel memberi teguran dengan berhemah tanpa memaksa-maksa untuk diubah. Saya mengambilkira nasihat-nasihat yang mereka berikan. Pokoknya kajian saya kini perlu lebih fokus.

Terima kasih kepada isteri dan anak-anak, penyelia-penyelia juga rakan-rakan yang memberi sokongan di blog ini mahupun di FB.

Janji Emerald

Image
telah mengotakan janjinya untuk mengambilalih penerbitan Journal of Financial Reporting and Accounting (JoFRA) UiTM bermula pada 2010. Sebulan sebelum menjelangnya 2010, Emerald telah menyiarkan keluaran-keluaran terdahulu jurnal ini termasuklah sebuah artikel tulisan saya bersama-sama penyelia-penyelia saya iaitu Prof Dr. Kamil dan Prof Madya Dr. Rozainun. Ia boleh dibaca di sini.

Halaqah keluarga 2

Image
Berhampiran masjid ini, malam ini kami mengadakan halaqah keluarga selepas makan malam. Sebagai pendahuluan saya meminta anak-anak mengingati nikmat Allah yang telah mereka nikmati sepanjang hari ini. Masing-masing diam dan mengingati apa yang berlaku sepanjang hari.


Hmm... banyak-banyak.
Itu baru hari ini, selama inipun kita telah dapat nikmat yang begitu banyak dari Allah SWT. Jadi sudah tentulah kita perlu banyak bersyukur kepadaNya. Kita juga perlu mengucapkan selawat dan salam untuk Nabi kita kerana telah menyebarkan Islam hingga Islam itu sampai kepada kita pada hari ini. Cuba bayangkan kita jadi apa kalau agama Islam tak sampai kepada kita. Mungkin menganut agama lain.
Bila kita terima Islam maknanya hidup kita terarah. Allah tunjukkan kepada kita jalan mana hendak diikut supaya kita sampai ke matlamat yang hendak kita tuju (akhirat) yang kekal selama-lamanya.
Kali ini kita nak bincang tentang kisah pemuda-pemuda sahabat Nabi. Contohnya Usamah bin Zaid. Dia telah dipilih oleh Nab…

Halaqah keluarga

Kami dah lama tak buat halaqah keluarga. Lebih tepat lagi sejak sebelum kedatangan Ramadhan yang lalu. Dalam bulan Ramadhan kami menyesuaikan program keluarga dengan program yang telah disusun oleh Allah sendiri iaitu program puasa, terawih dan tadarus.
Semalam, kami telah berkesempatan untuk memulakan semula halaqah keluarga. Saya menjadi pengerusi merangkap penyampai tazkirah. Anak-anak ni bukan boleh duduk bersila lama-lama. Paling lama lima belas minit. Jadi masa yang ada selepas solat maghrib berjemaah saya gunakan sepenuhnya sementara anak-anak masih boleh duduk diam.
Halaqah dimulakan dengan al-Fatihah, puji-pujian kepada Allah dan selawat kepada Nabi dan salam kepada sahabat-sahabat baginda. Saya menerangkan kepada anak-anak tentang tujuan manusia diciptakan. Saya membacakan ayat 56 surah al-zariyat seperti di bawah: َ
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
yang bermaksud: dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu. Kemudian saya membac…

Hari raya korban

Image
Sempena 10 Zulhijah yang bakal menjelang, saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha @ korban @ haji @ besar kepada semua pengunjung blog ini. Marilah kita ingati pengorbanan bapa kita Nabi Ibrahim, isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah SWT. Marilah kita ingati pengorbanan Nabi, para sahabat, para tabiin, para tabiut tabiin, para ulama' dan pendakwah dalam membawa dan menyampaikan risalah Islam kepada umat manusia hingga ajaran Islam sampai kepada kita pada hari ini. Marilah kita kenangi dan hargai pengorbanan ibu dan ayah kita yang telah mengandung, melahir dan membesarkan kita dengan didikan dan kasih sayang. Marilah kita hargai pengorbanan para guru dan orang-orang yang pernah berjasa kepada kita. Marilah kita hargai pengorbanan isteri dan anak-anak kita. Marilah kita contohi mereka. Marilah kita korbankan sebahagian dari harta kita, masa kita, tenaga kita untuk mereka yang memerlukan - di Palestin, Padang, Kemboj…

Pokok herba keliling rumah

Image
Assalamualaikum!. Assalamualaikum Pakcik!. Assalamualaikum!. Saya dikejutkan dengan panggilan salam selesai makan malam semalam. Waalaikumussalam! Kelihatan tercegat seorang lelaki dan perempuan muda di depan pitu pagar rumah. Ada apa ya? Kami nak minta daun jambu Pakcik untuk buat ubat. Oh masuklah. Ambiklah banyak mana yang diperlukan. Tadi kata nak buat ubat, ubat apa ye? Oh! pucuk jambu ni untuk mengubat orang tua kami kena strok - lumpuh sebelah badan. Caranya, ramas-ramas pucuk jambu tu campur dengan minyak tanah, kemudian sapukan dekat bahagian badan yang lumpuh. Kemudian mereka beredar.
**********
Saya tidak mempunyai tanah yang luas. Yang ada hanyalah tanah di tepi rumah yang berukuran lebih kurang 70' x 16' x 25'. Saya lahir dan membesar di kampung. Jadi, walaupun tinggal di taman, saya ingin sekali menanam beberapa batang pokok di depan dan sebelah rumah. Antara pokok-pokok yang ada ialah sebatang pokok rambutan budak sekolah - pernah berbuah sekali. Dua batang p…

Dua jenis pendakwah

Image
Saya tersenyum bila membaca sebuah blog yang di tulis oleh seorang rakan maya di sini. Beliau secara tidak langsung membincangkan tentang dua jenis pendakwah. Jenis pertama ialah pendakwah yang digelarkan sebagai Kiyai Ceret (nota: cerek). Kenapa pendakwah ini digelarkan dengan cerek? Kerana sifatnya yang sentiasa berjalan di atas muka bumi Allah untuk menyampaikan seruan dakwahnya. Beliau akan mencari-cari siapakan yang akan diserunya untuk disampaikan dan diajarkannya dengan didikan dan ajaran Islam. Beliau seumpama sebuah cerek yang sentiasa bersedia menuangkan air ke cawan-cawan yang kosong iaitu orang-orang yang dahaga dengan ilmu dan kefahaman Islam.

Manakala jenis pendakwah yang kedua ialah Kiyai Gentong (nota: tempayan kecil untuk mengisi air). Kenapa pendakwah jenis ini dikatakan sebagai Kiyai Gentong? Kerana mereka ini biasanya mempunyai tempat mengajar (pondok atau pesantren) dan banyak pula ilmunya dan orang sentiasa datang untuk menuntut ilmu atau mengharap didikan agama …

Debaran IID 2009

Image
Akhirnya saat-saat mendebarkan IID 2009 telah berakhir. Penerima pelbagai pingat dan penyandang pelbagai kategori telah diketahui. Alhamdulillah, rezeki saya setakat ini adalah pingat perak.
Penyelia 1 kata: Tahniah, kalau you tak masuk you tak dapat apa-apa, sekurang-kurangnya dapat perak. Penyelia 2 kata: Tahniah, mari sertai kami dalam IID 2010. Saya sekadar mampu mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya yang banyak memberi sokongan. Terima kasih juga kepada isteri tercinta yang sentiasa memberi sokongan.
Gambar 1: Puan Saunah sedang menilai produk yang saya pamerkan.

Gambar 2: Prof. Kamil dan PM Yusri sedang mendengar penerangan.

Tiga hadith

Image
Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, Hadith 40 (terjemahan Mustafa Abdul Rahman), Imam Syafie dan imam-imam yang lain berpendapat bahawa ada tiga hadith yang setiap satunya merupakan sepertiga dari Islam. Ia berdasarkan kepada fakta bahawa amalan seseorang itu terbahagi kepada tiga iaitu hati, lidah dan anggotanya.
Hadith yang pertama ialah hadith yang berkaitan dengan niat yang biasa kita dengar dan kita baca yang bermaksud: sesungguhnya setiap amalan itu sah dengan niat, dan sesungguhnya setiap amalan itu akan dikira berdasarkan kepada niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya..... (H.R Imam Bukhari dan Imam Muslim). Pada asasnya hadith ini menyentuh tentang amalan hati, di mana Allah dan Malaikat yang mencatat amalan akan melihat hati sebagai ukuran.
Hadith yang kedua juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesunggunya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara ked…

Menolak Hadiah 2

Saya berbincang dengan isteri bagaimana untuk menyelesaikan konflik yang agak berpanjangan antara anak kami dengan gurunya. Kami mengambil keputusan untuk bertemu dan berbincang sendiri dengan guru anak kami di rumahnya. Pagi tadi kami bertandang ke rumahnya dengan harapan yang menggunung agar konflik ini selesai.
Kami berbincang panjang lebar dari hati ke hati dengan cikgu A. Memang jelas ada salah andaian di pihak anak saya dan pihak cikgu A. Kami sebagai ibubapa memohon kemaafan atas kesilapan anak kami mengguris perasaan gurunya. Cikgu A juga memohon maaf kerana membuat andaian yang tidak tepat kepada kami dan anak kami. Kami amat berterima kasih kepada cikgu A kerana memahami keadaan sebenar dan berjanji akan terus membantu mendidik anak kami. Semoga hubungan kami, anak kami dan cikgu A akan menjadi lebih baik selepas ini. Semoga cikgu A dan guru-guru lain diberkati oleh Allah.

Menolak hadiah

Petang semalam anak lelaki saya menangis meraung-raung sesampai di rumah selepas menahan kesedihan dan kepiluan semasa perjalanan balik dari sekolah. Puncanya? "Abang kena rotan sebab menolak hadiah yang cikgu bagi untuk murid-murid yang dapat 100, cikgu kata abang sombong, cikgu tak suka orang sombong, tapi kenapa cikgu rotan abang masa abang berselisih dengan dia masa balik, bukan masa dalam kelas, huuuu...huuu...huuu..." Isteri saya cuba memujuk tetapi tidak berjaya menghentikan tangisannya, hinggalah ia berhenti sendiri. Saya tidak menyalahkan guru tersebut mahupun anak saya 100 peratus. Guru tersebut mungkin telah bersusah-payah membeli hadiah tersebut, kemudian tersinggung apabila ditolak hadiahnya. Anak saya pula telah menyinggung perasaan guru kerana bercakap benar yang dia tak nak hadiah tu. Saya fikir punca kepada konflik ini adalah salah faham. Apa yang saya boleh lakukan ialah menasihati anak saya. "Abang, lain kali kalau kalau cikgu bagi hadiah, ambil denga…

Kematian - satu peringatan

Image
Sudah beberapa kali saya ingin menulis tentang kematian. Tetapi entah kenapa saya gagal untuk menulisnya. Pagi ini saya bersama seorang sahabat pergi menziarahi seorang sahabat lain yang kematian ibunya.

Bila ada orang meninggal, saya selalu teringatkan sebuah hadith tentang kematian yang masyhur, yang bermaksud: barangsiapa yang mati dari kalangan anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga: sedekah jariah; ilmu yang diajarkan dan; anak soleh yang mendoakan.
Hari ini saya melihat sendiri bagaimana ibu tua yang mulia ini rupanya telah meninggalkan anak-anak yang soleh. Solat jenazah untuknya telah dipimpin oleh anak lelakinya sendiri - seorang imam dan pendakwah. Jenazah dikebumikan oleh anak-anak dan cucu-cucu lelakinya.Bacaan talqin di atas kuburnya pula dilakukan oleh menantu lelakinya - juga seorang imam di kampung tersebut. SubhanaLlah. Bagaimanalah agaknya ibu ini dan suaminya mendidik anak-anaknya dulu.

******
Kami (saya dan isteri) selalu berkongsi cerita dan cita-ci…

Mungkinkah malam tadi lailatulqadar?

Image
Saya diberitahu oleh seorang alim di kampung tentang tarikh lailatulqadar tahun ini. Lim, tahun ni 23 Ramadhan lailatulqadar: katanya. Kata-kata beliau ini bertepatan dengan pengiraan yang dibuat oleh Imam Ghazali, sekiranya puasa bermula hari Sabtu, maka lailatulqadar jatuh pada 23 Ramadhan.


Hakikatnya, lailatulqadar adalah rahsia Allah. Siapalah kita berbanding Imam Ghazali dan orang alim tersebut. Apa yang penting ialah cuba beramal secara konsisten sejak 1 Ramadhan lagi. Sudah tentu kita akan mendapat ganjaran seribu bulan walaupun tidak dapat bertemu dan bersalam dengan malaikat. Saya pernah menceritakan tentang tanda-tanda lailatulqadar di sini.

Malam tadi, sekitar 4.15 pagi, saya terjaga disebabkan bunyi jam loceng dan kokokan ayam jiran berhampiran. Biasanya ayam beliau berkokok menjelang waktu subuh. Lalu saya teringat satu hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Apabila kamu mendengar ayam jantan berkokok (di waktu malam), mintalah anugerah kepada Allah, sesung…

Salam Aidil Fitri

Image
Mafhum hadith Nabi S.A.W.: orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: pertama, kegembiraan ketika berbuka (termasuk hari raya) dan; kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Allah SWT nanti.



Marilah kita ucapkan rasa syukur kita kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah sampaikan hayat kita hingga ke penghujung Ramadhan dan seterusnya dapat mengucapkan rasa syukur kegembiraan dengan bertakbir, bertahlil dan bertahmid di pagi raya nanti. Bertemu dan bermaaf-maafan dengan ibubapa, mertua serta sanak-saudara, serta mengeratkan silaturrahim sesama mukmin.


Di kesempatan yang ada ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir batin kepada isteri dan anak-anak saya, juga kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga puasa kita diterima Allah SWT. TaqabbalaLlahu minna waminkum.

Memperbaharui iman di bulan Ramadhan

Image
Mafhum hadith RasuluLlah SAW: Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang kamu akan usang dan lusuh seperti mana usang dan lusuhnya pakaian. Oleh itu, mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu. (Hadith diriwayatkan oleh At-Tabrani)

Apa signifikannya hadith ini kepada kita? Kita selalu sibuk sepanjang 11 bulan yang lalu dengan segala macam urusan kerja, urusan anak isteri, urusan kawan-kawan, urusan saudara-mara, urusan ... sehinggalah kadangkala kita kurang bersungguh-sungguh apabila berurusan dengan Allah SWT - lalu susutlah iman kita. Kita solat di hujung waktu, kita tinggalkan membaca al-Qur'an, kita tinggalkan majlis-majlis ilmu.... Ini semua boleh melunturkan atau melusuhkan iman kita. Kini Allah datangkan bulan Ramadhan (hanya tinggal sepertiga lagi) untuk memberi peluang kepada kita semua untuk menggantikan iman yang lusuh dengan iman yang baru. Allah susunkan untuk kita program-program untuk memperbaharui iman: puasa di siang hari; terawih dan tadarus di …

Kisah-kisah siang hari Ramadhan

Image
Kisah 1 - "Puan, ada ke pelanggan yang boleh berurusan di kaunter tanpa nombor giliran?" tanya saya pada kerani kaunter bank tersebut sebaik sahaja giliran saya sampai. Soalan ini sengaja saya tanyakan kerana saya nampak seorang pelanggan yang nombornya kemudian dari saya terus meluru ke kaunter dan menyerahkan urusannya kepada pegawai di belakang kaunter. Pegawai tersebut pula terus menyuruh kerani di kaunter menguruskannya. Kerani kaunter menjawab: oh! dia tu kena dilayan cepat sebab cek tendangnya akan 'expired' sekejap lagi. Nanti dia kena denda RM50". Soalan saya tersebut sebenarnya hendak menyedarkan pihak bank bahawa apa yang mereka buat melukakan hati dan perasaan pelanggan yang lain. Perkara ini kerap berlaku. Kadangkala nombor giliran tidak bergerak hingga beberapa minit sedangkan kaunter melayan pelanggan tidak bernombor.
Kisah 2 - Sejak awal Ramadan baru-baru ini saya perasan ada sebuah gerai menjual makanan dan minuman yang mula beroperasi seawal 9…

Seminggu sudah berlalu

Image
Hari ini genaplah seminggu kita menjalani kuliah Ramadhan. Bagaimana kuliah minggu pertama Madrasah Ramadhan? Inilah soalan cepu emas untuk diri sendiri. Macam mana terawih sekurang-kurangnya lapan rakaat? Macam mana tahajud sekurang-kurangnya dua rakaat? Dan berapa juzuk al-qur'an dibaca? Dah tutup aurat? Dah kurangkan bercakap yang lagha? Hai banyaknya soalan.

Malam pertama bawa anak solat terawih di Masjid. Selepas empat rakaat, anak menepuk bahu: ayah! terawih tinggal 4 rakaat kan, lepas tu sambung witir tiga rakaat kan. Saya tidak marah. Ini satu pendidikan. Target saya tahun ni nak suruh anak terawih sekerap dan sebanyak mungkin di samping puasa penuh. Kalau dipaksa mungkin jadi tak nak buat terus. Pada usia lapan tahun, yang penting ialah solat fardu tak tinggal.
Bila dah ada anak-anak yang sedang membesar, ramadhan dirasakan agak mencabar. Alhamdulillah, tahun ini anak-anak mudah dikejutkan untuk bersahur. Sekali dua dipanggil, bangkitlah mereka. Namun begitu, bila menjelan…

Rukyah, hisab dan awal Ramadhan

Image
Awal Ramadhan ditentukan dengan munculnya anak bulan. Begitu yang saya dan kawan-kawan faham masa kecik-kecik dulu. Jadi pada malam 30 Syaaban kami akan menunggu di depan Radio (masa tu dua tiga keluarga saja yang ada tv) untuk mendengar pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Sekitar 8.30 malam pengumuman dibuat "....tarikh puasa bagi seluruh negeri...telah ditetapkan pada...".

Semalam anak bulan tidak kelihatan. Jadi awal puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini telah ditetapkan pada hari Sabtu 22 Ogos 2009.
Melihat anak bulan dipanggil rukyah, manakala mengira kedatangan awal bulan Islam dipanggil hisab. Di negara kita, permulaan awal bulan Islam dikira sebelum takwim dikeluarkan lagi. Pengiraan dibuat oleh pakar-pakar yang dipanggil ahli falak. Walaupun permulaan awal bulan Islam telah dikira dari awal lagi, rukyah akan tetap dilakukan sebagai langkah berhati-hati (cermat) bagi menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Kenapa begitu? K…

Encik atau Ustaz

Image
Saya tersenyum bila membaca satu artikel dalam majalah Solusi keluaran terbaru bertajuk Encik atau Ustaz. Artikel dimulakan dengan perkenalan di antara dua orang lelaki. Lelaki pertama bertanya: Nak panggil encik atau ustaz? Lelaki kedua menjawab: Panggil apa-apa sajalah. Mana boleh macam tu, ustaz mesti berlatarbelakangkan agama: pintas lelaki pertama. Kan semua orang berlatarbelakangkan agama, kitakan orang Islam?: usul lelaki kedua. Tak boleh macam tu, ustaz mesti berkelulusan agama barulah berautoriti: kata lelaki pertama.

Saya tak mahu komen tentang dialog di atas. Namun kisah yang dipaparkan ini ada juga kena mengenanya dengan kehidupan saya. Saya kerap kali dipanggil ustaz oleh sama ada pelajar, rakan setempat kerja mahupun masyarakat di sekeliling kehidupan saya walaupun saya tak pernah memperkenalkan diri sebagai ustaz.
Seorang staf telah memanggil saya sebagai ustaz sejak sekian lama. Kemudian dia terdengar seseorang memanggil saya encik. Beliau bertanya: jadi encik bukan ust…

Penawar hati

Image
40 Hadith Penawar Hati dan 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman merupakan dua kitab yang disusun oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam, Mudir Ma'ahad Tarbiah Islamiah, Derang, Kedah. Kami telah memiliki kedua-duanya sejak tahun 2001 lagi. Buku itu kami gunakan sebagai rujukan peribadi dan kadang-kadang saya jadikan sebagai bahan untuk tazkirah lima minit di kelas.

Dengan kehendak Allah, pagi ini Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam telah datang ke UiTM untuk menyampaikan kuliahnya bertajuk Penawar Hati. Beliau telah menggunakan kitab susunan beliau tersebut sebagai bahan kuliahnya. Saya melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai ilmu yang tinngi dan mampu menghuraikan 30 dari 42 hadith yang terdapat di dalam kitab susunannya tersebut dalam masa lebih kurang 4 jam.
Intisari pengisian kuliahnya banyak menyentuh tentang hati. Ia dimulakan dengan sebuah hadith yang menyentuh tentang empat persoalan. Seseorang anak Adam itu tidak akan berganjak pada hari Qiamat nanti sehingga ditanya akan empat soalan: (1) un…

12 Tahun

Hari ini genaplah 12 tahun saya melaporkan diri sebagai pensyarah di UiTM Segamat. Sepanjang 12 tahun tersebut banyaklah pengalaman manis dan pahit yang telah saya tempuhi. Kebanyakannya manis. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Jalan Kemunting 2/10

Image
Jalan Kemunting 2/10, Seksyen 2, 40000 Shah Alam. Di sinilah saya dan rakan-rakan tinggal semasa pengajian di peringkat Ijazah Sarjanamuda dulu.

Hanya dua keping sahaja gambar kenangan yang ada dalam simpanan saya. Gambar atas menunjukkan dari kiri Hanif, Chiaq, saya, Tunku, Pulut, Ahmad Boy dan depan sekali Fairol.
Gambar bawah menunjukkan wajah Giant dan saya. Tiga buah motor (kalau tak silap) motor Honda yang kiri sekali tu motor Fairol, RXZ tu motor saya, Honda PAU tu Moin punya.
Kenangan tentang rumah ini timbul semula selepas seorang bekas rakan serumah, Pulut menghubungi untuk mengumpulkan semua emel bekas penghuni rumah bersejarah ini.
Selama setahun setengah di sini, pelbagai peristiwa pahit manis ditempuhi oleh anak-anak muda yang berlainan latar belakang dan pandangan hidup.
Untuk mengingat semua peristiwa agak mustahil kerana rumah itu telah ditinggalkan lebih 13 tahun yang lepas. Sepanjang tempoh tersebut adalah sekali sekala berhubung sms dengan Pulut. Pulut ni seingat saya s…

Cita-cita anak-anak

Image
Tiap-tiap pagi kecuali di luar kawasan, lebih kurang pukul 6.45 atau 6.50 saya akan menghantar anak-anak ke sekolah. Mood perjalanan bergantung kepada mood anak-anak. Kalau anak-anak ceria, kami akan berbual, kalau tidak diam saja dengar nasyid atau bacaan al-Qur'an oleh qari-qariah AQ.

Suatu pagi yang ceria saya bertanya anak-anak tentang cita-cita mereka. "Abang nak jadi cikgu bahasa Melayu," kata Abang mendahului kakaknya. "Kenapa abang nak jadi cikgu bahasa Melayu?" tanya saya. "Sebab jadi cikgu bahasa Melayu boleh rotan dan tarik telinga budak-budak yang tak buat kerja sekolah," katanya selamba. "Ish-ish-ish..ada ke nak jadi cikgu sebab nak rotan budak. Abang selalu ke kena rotan dan tarik telinga? tanya saya lagi. "Abang tak selalu kena sebab abang siapkan kerja sekolah, tapi kawan-kawan ramai yang kena," katanya lagi.
Saya bertanya kepada Kakak, "Kakak pulak nak jadi apa?" "Kakak nak buka kedai kek atau makanan deng…

Lari dari dunia?

Image
Barangsiapa yang mengejar dunia, maka dunia akan lari darinya. Barangsiapa yang mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarnya.

Saya mengenali seseorang yang saya lihat sentiasa lari daripada dikejar oleh dunia. Namun semakin laju beliau melarikan diri darinya, semakin laju pulalah dunia mengejarnya. Dia bukanlah seorang ulamak mahupun ustaz. Namun saya kenali beliau sebagai seorang yang sentiasa menjaga akidahnya daripada dicemari oleh debu-debu dan karat penyengutuan kepada Allah SWT.
Beberapa tahun lalu beliau ditawarkan kenaikan pangkat dan sekiranaya bersetuju akan dipindahkan ke tempat lain di mana jawatan tersebut kosong. Beliau dengan berhemah menolak tawaran ini dan ingin tetap bekerja di tempat lamanya. Tak naik pangkat pun tak apa.
Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan kenaikan pangkat sekali lagi. Tapi pada kali ini beliau tidak perlu berpindah, sebaliknya menjadi ketua di tempat beliau bekerja dan beliau tidak dibenarkan menolaknya kali ini. Pada masa yang sama beliau d…

Baca terbalik

Image
Saya pernah ditegur (separuh marah) oleh Dr. Philip Sinnadurai semasa berbincang tentang satu artikel penting penyelidikan saya dengannya. Alasannya ialah saya membaca tulisannya secara terbalik. Bolehkah awak membaca tulisan saya secara terbalik, saya takut awak tak faham: katanya. Boleh: kata saya. Saya tidak pasti sama ada dia yakin atau tidak dengan jawapan saya. Mungkin dia rasa saya main-main. Ia berakhir dengan saya tidak memasukkan artikel yang kami bincangkan tersebut sebagai artikel penting penyelidikan saya. Di rumah, saya dan isteri mengajar sendiri anak-anak kami membaca al-Qur'an. Suatu hari selesai daripada mengaji al-Qur'an, anak lelaki saya melontarkan satu soalan kepada saya: Kenapa ayah baca al-Qur'an secara terbalik? Boleh ke ayah baca terbalik?: Tanyanya. Ayah pun dulu tak biasa juga baca dari atas. Tapi bila dah kena ajar Kakak dan Abang mengaji ni, ayah kenalah biasakan diri membaca secara terbalik. Takkanlah Abang dengan Kakak pula yang nak belajar b…

Tuisyen oh tuisyen

Image
Kisah-kisah yang dinukilkan dibawah adalah sekadar pengalaman peribadi. Ia tidak bertujuan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Tuisyen 1
Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi Kakak bercerita. Katanya masa kelas semalam, guru bahasa Inggeris bertanya kepada semua murid tentang tuisyen. Murid A kata dia bertuisyen di sana, murid B pula kata dia bertuisyen di sini. Sampai giliran Kakak, cikgu tanya: awak tuisyen di mana Khadijah. Saya tak pergi tuisyen cikgu. Saya belajar dengan emak dan ayah saya sahaja. Cikgu diam seketika, pelik, semua orang pergi tuisyen tetapi Kakak tidak. Saya katakan padanya: Tak apalah Kakak dan Abang tak pergi tuisyen, sebab setakat sekarang ni ayah dan umi masih lagi boleh mengajar Kakak dan Abang di rumah. Lagipun, masa tuisyen cikgu akan gunakan buku kerja, mungkin sama dengan yang Kakak dan Abang ada. Yang penting Kakak dan Abang kena selalu buat latih tubi. Kalau tak dapat buat tanya ayah dan umi. Mungkin emak dan ayah kawan-kawan Kakak tak sempat na…

Burung Tiong

Image
...Dan, kau kau dah bangun ke? koh..koh..koh... Oi Dan, kau dah bangun ke? Lebih kurang pukul 5.30 pagi saya terdengar seseorang mengejutkan Dan. Suaranya seperti suara ayah Dan, siap dengan batuk-batuk lagi. Tidak kedengaran pula suara Dan menyahut. Suara itu sebenarnya bukan datang dari ayah Dan (Hamdan, jiran emak saya di kampung), tetapi dari seekor burung tiong belaannya yang telah meniru suara ayahnya.

Saya selalu menceritakan perihal burung tiong dan burung kakak tua yang pandai meniru kata-kata orang di sekelilingnya kepada anak-anak terutama kakak dan abang. Saya katakan pada mereka bahawa kebolehan kedua-dua jenis burung ini adalah merupakan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Namun ada perkara penting yang kita pelajari tentang kedua-dua jenis burung ini yang kita tidak boleh ikut. Walaupun kedua-duanya pandai berkata-kata: memberi salam, mengucap syahadah, memberi nasihat dan sebagainya, tetapi mereka langsung tidak memahami apa yang mereka katakan. Bahkan sambil memberi salam…

Bekas pelajar

Image
Tengahari tadi tiba-tiba satu nombor yang asing tertera di skrin hp saya. "En., ini Nurul Ain dari Kolej SAL. Saya student En. dulu." Seseorang memperkenalkan diri di sebelah sana. Ada apa ye?: soal saya. Ni... saya nak tanya En ni tentang FAR300: katanya lagi. Ok apa dia: tanya saya. Begini, saya sedang mengira-ngira jumlah preference dividend in arrears untuk satu company, tapi saya tak dapat jawapan seperti yang tertera dalam skima. Dalam soalan dikatakan dividend in arrears for two years, and the shareholders agreed to waive 2/3 of the amount: panjang lebar persoalannya. Oh macam tu. Mula-mula kira amount dividend in arrears tersebut selama dua tahun. Kemudian, tolak dengan jumlah cukai keatas dividen dan kemudian darab dengan 1/3 iaitu jumlah yang perlu diselesaikan: Saya menjelaskan panjang lebar juga. Dia senyap seketika (sedang mengira agaknya). OK En. dah dapat jawapannya sama dengan skima jawapan.

Dialog sebegini memang biasa berlaku di antara bekas pensyarah dengan…

Qawaid Fiqhiah (Kaedah-kaedah Fikah)

Image
Mafhum hadith: Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka dia akan diberi kefahaman dalam urusan agamanya.

Pada hari Sabtu, 20.6.2009 yang lepas, kami sekeluarga telah mengikuti satu bengkel bertajuk "Qawaid al-fiqhiyah" atau kaedah-kaedah feqah. Bengkel sehari ini sedikit sebanyak telah membawa kepada kefahaman awal tentang tajuk yang penting ini.
Apakah sebenarnya Qawaid Fiqhiyah itu?
Ia adalah asas hukum umum yang boleh dipraktikkan ke atas masalah atau perkara-perkara cabang (juziyyah).
Terdapat lima asas kaedah fiqah menurut aliran mazhab Syafie.
1. Al-umuru bi maqasidiha - Segala perkara itu bergantung kepada tujuan (niat). Maksudnya, setiap amalan dan tindakan seseorang sama ada perkataan atau perbuatan, hukum syaraknya adalah berbeza disebabkan berbeza tujuan (niat). Tujuan kaedah ini ialah untuk membezakan sama ada suatu amalan itu ibadat atau adat. Contohnya seseorang yang berhenti atau beriktikaf di dalam mesjid. Berhenti dalam masjid adalah adat manakala…

Bank pemurah atau ..... along

Image
Baru-baru ini seorang rakan telah menerima sekeping cek bernilai RM5,000 dari sebuah bank ternama di mana ia mempunyai akaun kad kredit. Beliau agak terkejut kerana tidak pernah memohon untuk meminjam wang dari bank tersebut. Beliau memiliki kad kredit pun bukan untuk meminjam sebaliknya untuk memudahkan pembelian barang dan perkhidmatan yang sukar dibayar dengan tunai. Bank tersebut mengecualikan faedah selama enam bulan sekiranya rakan saya ini menunaikan cek tersebut dalam masa tiga bulan dari tarikh tertera pada cek tersebut.
Persoalannya, kenapakah bank ini terlalu pemurah kepada pelanggannya, ataukah ada udang di sebalik batu?

Apabila diteliti tawaran oleh bank ini, ada beberapa syarat tertentu yang terpaksa dipenuhi oleh rakan saya ini:
1. Secara automatik bank akan mengenakan caj sebanyak RM164 bila sahaja cek ini ditunaikan. 2. Tawaran pengecualian faedah hanya diberikan sekiranya pelanggan membayar ansuran RM5000 tersebut selama enam bulan. 3. Sekiranya lebih dari enam ansura…

Revenge Cube

Image
Sejak beberapa minggu lepas, anak lelaki kami merengek-rengek mahukan permainan ini. Kawan sekolah satu bas dah ada katanya. Balik dari solat Jumaat dua minggu lepas dia membelek-belek permainan ini di Seven Eleven, Jementah. Saya diam saja. Saya tengok harganya RM11.90. Balik dari solat Jumaat minggu berikutnya, kami singgah di kedai alatulis untuk fotostet, dia belek-belek lagi alat permainan tu, harga tertulis RM9.90. Abang pandai ke nak main alat permainan ni? Tanya saya. Nanti abang belajarlah: katanya. Sampai di rumah, orang yang paling teruja ialah kakak, walaupun bukan dia yang minta. Agak-agaknya mereka ni dah berpakat. Hari pertama, kakak dan abang memerah otak untuk menyelesaikan permainan ini. Mereka gagal. Hari kedua, kakak telah berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ketiga barulah abang berjaya menyelesaikan permainan ini. Hari ini, dalam perjalanan ke sekolah, abang berkata: Ayah nak pilih warna apa, abang nak buat. Biru, kata saya. Selepas lebih kurang seminit. OK,…

Ma ta'buduna min ba'di - Apa yang kamu sembah sepeninggalanku?

Image
Awal-awal agama mengenal Allah Memahami sifat yang wajib baginya
Ada dua puluh sifat yang
Wajib diketahui
Oleh setiap mukallaf Wujud ertinya ada
Qidam ertinya sedia
Baqa' ertinya kekal
Mukhalfatuhu lilhawadith
Bersalahan pada yang baharu... Setelah difahami Sifat wajib baginya Perlu dihayati Sehingga datang Rasa bertuhan...

Itulah sebahagian dari senikata nasyid dendangan kumpulan nasyid Mawaddah yang popular tak lama dulu.
Anak-anak begitu cepat menerima dan menghadam apa yang mereka lihat, dengar ataupun lalui kerana hati mereka masih bersih umpama kain putih. Itulah sebabnya rancangan kartun yang mereka tonton setiap hari dan games yang mereka main setiap hari begitu banyak mempengaruhi karektor mereka. TV dan games sebenarnya banyak mempengaruhi mereka. Apakah kita mahu hidup anak-kita dididik oleh kartun dan games? Sudah tentu tidak. Ibubapa perlu mengambil kesempatan ini untuk mendidik anak-anak mengenal Allah supaya hidup anak-anak kita terarah. Di zaman sekarang ni selain dari kita berceri…

Pendakwah dan tukang cat

Image
Pendakwah umpama seorang tukang cat rumah, kata seorang sahabat saya dalam tazkirahnya. Kami terus mendengar dengan tekun. Beliau menyambung lagi: tukang cat ni ada tiga jenis. Pertama tukang cat yang mengecat rumah pelanggannya sambil merungut letih, panas, bau kuat dan sebagainya. Kedua, tukang cat yang mengecat bersungguh-sungguh kerana mengharapkan upah yang akan diterima nanti. Ketiga, tukang cat yang mengecat rumah dengan bersungguh-sungguh untuk menggembirakan tuan rumah tersebut. Apa kaitannya dengan pendakwah? tanyanya menduga kami. Beliau meneruskan lagi, pendakwah pun ada tiga jenis macam tukang cat juga. Pertama, pendakwah yang berdakwah secara terpaksa, nak tak nak dia kena berdakwah kerana jawatannya sebagai pendakwah. Kedua, pendakwah yang berdakwah bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya kerana mengharapkan ganjaran pahala dan syurga dari Allah S.W.T. Ketiga, pendakwah yang bersungguh-sungguh menyampaikan dakwahnya supaya keindahan Islam yang disampaikan olehnya turu…

Anak-anak demam

Image
Beginilah keadaannya kalau anak-anak demam (gambar). Minggu ini anak-anak kami demam. Ia bermula dengan kakak yang mula demam pada hari Selasa. Doktor bagi cuti dua hari untuk berehat. Doktor kata demam ni boleh berjangkit pada kawan-kawan kalau dia bersekolah. Mak saya kata: anak-anak ni kalau seorang demam, biasanya yang lain-lain pun akan demam, macam kamu dengan adik-adik kamu dulu. Orang tua banyak pengalamannya. Belum sempat baik lagi demam kakak, abang dan adik dah demam pula. Anak-anak yang demam pulak biasanya merengek-rengek minta itu dan ini tapi semuanya tak sedap. Isteri sayalah yang kena melayani anak-anak ni sebab semua tak nak dengan ayahnya ketika demam. Terima kasih umi kerana bersabar dengan kerenah anak-anak kita selama ni.

Empat tahiyat?

Image
Peristiwa ini telah berlaku hampir dua puluh tahun lalu. Seorang Ustaz sedang memberi kuliah maghrib tentang masbuk dan muafik dalam solat. Semua pelajar mengangguk-anggukkan kepala seperti faham sepanjang Ustaz menyampaikan kuliahnya. Di penghujung kuliahnya, Ustaz tersebut telah melontarkan satu soalan untuk dijawab oleh sesiapa yang ingin mencuba. Soalannya ialah: Kalaulah kita masuk solat maghrib ketika imam berada di rakaat yang kedua tetapi kita tak sempat rukuk bersama imam, berapa kali kita kena duduk dan baca tahiyat? Pelajar A dengan pantas menjawab: dua kali Ustaz. Pelajar B pula menjawab: tiga kali Ustaz. Pelajar lain: hoi engkau gila ke apa mana ada satu solat sampai tiga tahiyat? Ustaz kata: Dua-dua tak betul, ada lagi sapa-sapa nak cuba? Pelajar C cuba menjawab: empat kali Ustaz. Cuba terangkan: kata Ustaz. Pelajar C: Begini penjelasannya, semasa kita masuk solat, imam berada di rakaat kedua, kita mengikut imam hingga tahiyat awal, namun kita tak dapat rakaat tersebut. …

Teksi

Image
Semalam, saya ke Shah Alam untuk bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan sepengajian. Dalam perjalanan balik, saya terpaksa menaiki teksi untuk ke stesen komuter. Teksi pertama yang saya tahan enggan membawa saya ke sana kerana katanya sedang menunggu kawan. Datang pula teksi kedua. Sayapun naik dan memulakan perbualan dengannya. Saya pun bertanya: Encik bawa teksi sampai malam ke? Dia menjawab: Isteri saya tak bagi saya bawa teksi waktu malam sejak saya keluar dari penjara. Saya duduk penjara selama enam tahun: tambahnya. Tersentak hati saya dengan perkataan penjara. Dalam hati saya berdo'a supaya tak berlaku apa-apa kepada saya semasa dalam perjalanan bersamanya. Setelah hilang gementar, saya teruskan perbualan seperti dia tak pernah menyebut tentang penjara. Akhirnya saya sampai juga di stesen komuter. Sebelum keluar dari teksi saya berkata kepadanya: murah rezeki En. hari ini, saya belum turun pun dah ada penumpang menunggu. Betullah bang: katanya pula. Dalam hati: Alhamduli…

Apa ada pada nama?

Image
Nama 1
Saya tamat pengajian Diploma Perakaunan pada tahun 1991 semasa ekonomi mula pulih dan banyak peluang pekerjaan. Saya diterima bekerja oleh Mayban Finance Berhad (dulu anak syarikat Maybank, kini telah bergabung dengan Maybank). Menghadiri kursus induksi umpama masuk semula ke kelas kerana 80% dari kami adalah dari ITM (kini UiTM). Kenapa mereka mengambil sebegitu ramai budak-budak ITM? Kerana dulu ITM ada nama.
Nama 2
Saya tidak lama bersama Mayban Finance kerana selalu diganggu oleh rakan sekerja. Rakan sekerja yang pangkatnya lebih rendah terlalu baik dengan pengurus hinggakan semua kerja yang saya nak buat kena rujuk pada rakan sekerja. Sebahagian dari kerja saya telah diambilnya sehinggakan saya kelihatan "kurang kerja". Kenapa dia buat macam tu? Kerana nama.
Nama 3
Selepas berhenti dengan Mayban Finance, saya diterima masuk bekerja dengan Arab-Malaysian Unit Trusts Berhad (kini AMInvest). Bekerja dengan syarikat yang menguruskan pelaburan, pada mulanya seronok. Ketua…