Posts

Showing posts from 2012

Selamat hari raya aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t. Sempena Syawal yang bakal menjelma, saya dan keluarga saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Semoga Allah menerima semua amal kita, mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam bulan-bulan seterusnya.

Untung rugi di bulan Ramadhan

Image
Untungkah atau rugikah kita pada Ramadhan kali ini?

15 TAHUN

Dulu masa saya baru mula bekerja ada seorang pensyarah bangga menyebut: saya sudah mengajar selama 20 semester. Ketika itu saya hanya tersenyum. Maklumlah saya hanya setahun jagung masa tu. Lima belas tahun kemudian, saya masih di sini. 1 Ogos tahun ini merupakan ulangtahun ke lima belas saya menjadi pendidik bersamaan dengan 30 semester. Apa yang telah saya sumbangkan kepada anak didik dan masyarakat? Adakah subangan itu signifikan? Yang paling penting, adakah sumbangan itu ada nilai di sisi Allah SWT. Walaupun saya mengajar accounting saya selalu mengingatkan kepada pelajar-pelajar saya tentang perlunya kita beriman kepada Allah dan hidup di dalam batas-batas yang dibenarkan oleh Allah SWT. Kita semua datang dari Allah untuk melaksanakan dua fungsi, sebagai hamba dan sebagai khalifah. Atas kedua-dua fungsi ini, kita akan ditanya oleh Allah SWT semasa kita kembali kepadaNya kelak. Inilah yang mampu saya ingatkan kepada anak didik. Saya selalu nyatakan kepada anak didik, mereka adalah

SHUSER 2012

Semalam dan hari ini saya menghadiri Simposium Penyelidikan tentang Kemanusiaan, Sains dan Kejuruteraan. Walaupun kemanusiaan diletakkan di depan sekali, sebahagian besar dari pembentangan adalah berasaskan sains dan kejuruteraan. Saya membentangkan sebahagian dari kajian saya mengenai model Balanced Scorecard di dalam penilaian saham. Saya menjelaskan betapa perlunya gabungan 4 cabang kekuatan sesebuah syarikat digabungkan iaitu maklumat kewangan, pelanggan, proses dalaman perniagaan dan pembelajaran dan pertumbuhan. Seperti biasa, ada yang mempertikaikan penggunaan pembolehubah di sana-sini. Saya menjelaskan bahawa semua pembolehubah disokong oleh penyelidikan berwasid terdahulu. Begitulah sifat pembentangan. Satu penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah dunia. Ia hanya menyumbang kepada cabang ilmu yang lebih besar.

Masam manis perjalanan PhD - Cabaran luaran dan dalaman

Adakah yang masam dalam pengajian saya? Dalam masakan, perlu ada manis, masin, masam dan pelbagai rasa lagi untuk menjadikan makanan itu sedap. Contoh yang paling mudah ialah masakan tomyam. Ada masam, masin, manis dan pedas. Begitu juga dengan pengajian PhD. Begitu banyak yang manis. Masamnya hanya menjadi pelengkap kepada pengajian saya. Ini semua saya anggap sebagai cabaran. Sebahagian besar daripada cabaran dalam pengajian PhD adalah bersifat dalaman. Ianya berkaitan dengan sikap kita terhadap pengajian yang sedang kita lalui. Tempoh tiga tahun boleh jadi begitu panjang bagi seseorang. Manakala bagi yang lain ia satu tempoh yang singkat. Jadi, jangan lupa tujuan kita iaitu menuntut ilmu PhD dan seboleh-bolehnya tamat dalam tempoh tiga tahun. Jangan buat kerja sampingan seperti mengajar part-time yang boleh mengganggu tumpuan kita dalam pengajian. Sekurang-kurangnya lakukan seperti kita kerja di pejabat 8.00 – 5.00. Tapi bercakap memang mudah. Sayapun selalu diingatkan oleh isteri s

Erti sebuah gambar

Image
Dari blog Prof Kamil. Kami bertiga adalah pelajar seliaan beliau. Dari blog Prof Normah. Kami berlima dari Fakulti Perakaunan. Bergambar bersama Prof Normah dan PM Dr. Omar.

Persimpangan

Image
Memilih bukanlah satu pilihan. Setiap kita pasti akan membuat pilihan dari satu masa ke satu masa yang lain hingga dijemput oleh Allah untuk kembali kepadanya dalam masa yang terdekat. Pilihan pertama bagi kita ialah untuk beriman atau tidak kepada Allah SWT. Inilah pilihan pertama dan utama yang akan menjadi panduan kepada kita untuk membuat pilihan-pilihan yang seterusnya. Allah telah menjelaskan di dalan al-Qur'an yang bermaksud: "Demi jiwa dan penyempurnaannya, Allah ilhamkan kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya telah menanglah orang yang membersihkan jiwanya dan merugilah orang yang mengotorinya" - as-Syams: 7-10. Orang yang membersihkan jiwanya ialah orang yang memilih untuk beriman kepada Allah SWT dan seterusnya menjalani kehidupan mengikut petunjuk iman tersebut. Manakala orang yang mengotori jiwanya ialah sama ada tidak mahu beriman terus atau memilih beriman pada permulaannya tetapi tidak mengikuti petunjuk iman. [bersambung]

Masam manis perjalanan PhD - Kehidupan baru

Sejak mendaftar diri pada 21 Jun 2008, bermulalah kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar. Orang kata, di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Saya tidak terkecuali. Isteri saya banyak membantu memudahkan urusan keluarga dan anak-anak semasa saya tiada di Segamat. "Ayah kalau nak pergi ke Shah Alam pergilah bila-bila pun, hal-hal kat rumah biar Umi yang uruskan", itulah kata isteri saya. Memang boleh dikatakan separuh dari kehidupan saya semasa semester pertama adalah di Shah Alam. Pada Sabtu dan Ahad saya kena menghadiri kelas-kelas Research Methodology yang dianjurkan oleh IPSis, manakala pada pertengahan minggu pula ada seminar, talk dan lain-lain oleh Professor pelawat di Fakulti. Apa kata isteri saya dalam hal ini? Di awal tahun pertama pengajian, kami menggunakan Kancil lama sebagai kereta kedua. Ia cukup menguji. Setiap kali suami ke Shah Alam, ada-ada sahaja ragamnya - meter perbatuan tidak bergerak, tangki air sering kering, b

Masam manis perjalanan PhD - Betulkah buat PhD?

Seorang rakan dari jabatan lain bertanya masa bila saya buat PhD. Tup-tup dah tamat, katanya. Hampir setiap pagi nampak saya hantar anak ke sekolah. Begitulah hakikat yang perlu dihadapi kalau sambung PhD di universiti tempatan. Lebih-lebih lagi kalau hampir setiap hari dapat dilihat oleh rakan-rakan di jalanraya, pejabat mahupun pasar malam. Hakikatnya PhD adalah pengajian yang boleh dibawa ke mana-mana: dalam kelas, dalam kereta, dalam beg, di pejabat di rumah mahupun di tempat-tempat lain. Namun perlu diingat, PhD ini adalah merupakan perkonsian di antara pelajar dengan keluarga dan juga penyelia-penyelia. Asalkan kita dapat menepati pertemuan dengan penyelia-penyelia - tentunya dengan progress tertentu, insyaAllah di mana-manapun kita boleh lakukan kerja-kerja PhD. Tetapi ini hanya boleh dilakukan setelah proposal kita diluluskan oleh pusat pengajian.

Masam manis perjalanan PhD - 3

Alhamdulillah, Allah selalu mempermudahkan urusan saya dalam menuntut ilmu. Allah juga mempermudahkan saya untuk memilih penyelia. Semasa ditemuduga oleh Dekan dan pasukan temuduga di Fakulti, saya nayatakan kepada Dekan bahawa saya nak tinggal di Segamat walaupun dapat sambung buat PhD. Lalu saya kena cari seorang penyelia di UiTM Segamat supaya saya kekal di Segamat. Pada penghujung 2007, pentadbiran UiTM Johor bertukar tangan dan Prof Kamil menjadi Pengarah. Bidang kepakaran beliau pula ialah Financial Reporting. Saya berdoa kepada Allah supaya beliau mahu menjadi penyelia saya. Saya memberanikan diri untuk mendapatkan persetujuan beliau untuk menjadi penyelia. [Nota:Saya pernah menceritakan tentang pertemuan pertama di sini ]. Pertemuan pertama untuk mendapat persetujuan memilih beliau sebagai penyelia utama dan Prof Rozainun sebagai penyelia bersama. Beliau menyatakan kepada saya bahawa beliau dah ada lapan orang pelajar dibawah seliaan beliau. Saya katakan pada beliau, saya jadi

Masam manis perjalanan PhD - 2

Saya memerhati dan menghitung keadaan di Fakulti. Ketika itu ada lebih kurang 40 orang pensyarah yang telah bergelar Dr. Dalam masa yang terdekat ketika itu, beberapa orang lagi Dr baru akan kembali dan angka itu bergerak laju. Tetapi bilangan Dr lelaki sangat kurang. Saya tidak bias terhadap gender. Namun begitu saya fikir suara lelaki perlu ada kalaupun tidak boleh berkumandang dengan kuat di Fakulti. Saya fikir inilah yang saya akan jadikan sebagai cabaran. Ini satu amanah. Saya perlu teruskan. Saya perlu ada PhD. Namun saya kena berbincang dengan isteri tersayang. Ini bukanlah cita-cita peribadi, tetapi cita-cita bersama. Mula-mulanya isteri saya agak terkejut, saya tak pernah sebut nak buat PhD. Setelah saya jelaskan kepadanya, maka beliaupun berkata: kalau abang fikir ia baik untuk kita maka saya dan anak-anak akan memberi sokongan. Saya telah membulatkan tekad untuk memohon biasiswa PhD. ******************************** Saya membelek-belek contoh proposal yang dipinjamkan. Sukar

Masam manis perjalanan PhD - 1

Inilah tajuk yang saya bincangkan semasa diminta untuk berbicara dalam Siri Motivasi dan Pengkisahan PhD di UiTM Segamat pada petang Jumaat, 23 Mac 2012. Kenapa masam dan manis dan bukan pahit dan manis. Kerana saya rasa tiada yang pahit yang saya lalui, cuma ada sedikit masam sebagai perasa kepada perjanan Phd saya. Saya sebenarnya tidak bercita-cita untuk menyambung ke peringkat PhD. Bahkan, saya ambil Master pun selepas puas dipujuk oleh Koordinator Master di Fakulti. Saya cuma nak jadi pensyarah dengan Ijazah saja. Saya rasa ia sudah cukup. Namun Allah menentukan bahawa saya perlu ke Perth Australia untuk mengambil Master bersama 24 orang rakan yang lain. Sekembalinya dari Master dan mula mengajar, setiap kali bertemu, koordinator yang sama selalu mengingatkan saya supaya menyambung PhD. Soalan bila nak buat PhD berlarutan hingga beberapa tahun, hingga saya fikir beliau rasa jemu untuk bertanya lagi. Mulai saat itu kalau kami bertemu, soalan beliau berubah kepada anak dan berapa or

Kakak, Abang dan Adik

Image
Alhamdulillah, Kakak sudah mula masuk tingkatan dua, Abang tahun 5 dan Adik masuk tahun kedua di TASKI. Hari ini saya memohon bekerja setengah hari. Kami pergi menghantar Kakak ke asrama di Shah Alam. Perasaan Kakak bercampur-aduk antara sedih dan teruja. Sedih kerana akan ditinggalkan di asrama, teruja kerana akan bertemu kawan-kawan baiknya. Sepanjang perjalanan 3 beradik usik mengusik, tawa dan tangis Adik silih berganti. Tidak seperti selalu, hari ini Kakak tidak menitiskan air matanya seperti selalu bila kami tinggalkannya. Namun saya tahu air matanya tentu akan menitis selepas kami meninggalkannya. Doa kami semoga Kakak mampu menjaga dirinya serta pelajarannya di sana. Ya Allah, jadikanlah Kakak seorang anak yang solehah. Sepanjang perjalanan pulang, Abang dan Adik seperti kehilangan sesuatu. Selama sebulan Kakak-Abang-Adik tinggal bersama, bergurau dan kadang-kadang berkelahi. Hari ini mereka berpisah. Abang akan meneruskan persekolahan esok dengan kehilangan dua orang sahabat k

Pejam dan celik

2011 yang berlalu Pejam-celik, pejam-celik. Tahun 2011 sudah berakhir. Masa terasa begitu pantas sekembalinya dari cuti belajar selama tiga tahun. Alhamdulillah, saya telah menamatkan pengajaran dan pembelajaran 2 kumpulan pelajar-pelajar Ijazah dalam lebih kurang 4 bulan. Mereka kini sedang berdebar-debar menunggu tarikh yang dinantikan - peperiksaan akhir. Seminggu sebelum peperiksaan merupakan 'study week' bagi pelajar. Bagi pensyarah ia minggu menghabiskan menanda kerja kursus pelajar. Mulai esok, tentu mereka dah mula berlegar-legar di hadapan pejabat untuk melihat-lihat kalau-kalau markah kerja kursus mereka telah ditampal. 2012 yang datang Seorang bekas murid bertanya apakah perancangan 2012 saya. Saya menjawab, meneruskan perancangan 2011 yang belum selesai. Hakikatnya perancangan dan perlaksanaan bersambung-sambung tanpa ada hentinya hingga tiba saat kita dipanggil kembali oleh Allah SWT. Orang yang paling cerdik ialah orang yang merancang kematiannya. Ini kerana kehid