Posts

Showing posts from January, 2014

Kampus Pasir Gudang

Terletak di atas sebidang tanah seluas 200 ekar berhampiran Seri Alam, Pasir Gudang. Menempatkan 4000 pelajar dari bidang kejuruteraan dan pengangkutan.

Viva PhD

26.10.2011 Saya bertolak ke Shah Alam sehari awal dari tarikh Viva. Jiwa rasa sunyi. Mungkin inilah perasaan semua pelajar PhD bila sampai waktu untuk viva.
Saya dah siapkan awal slaid pembentangan. Namun saya masih bersedia untuk mengubah itu dan ini sekiranya perlu. Saya bawa komputer riba dan projektor lcd bagi tujuan rehearsal di hotel nanti. 
Malam itu saya tidak keluar dari bilik. Saya berlatih berulangkali hingga puas hati. Bukan saya saja yang berdebar menanti waktu viva. Isteri dan penyelia saya turut berdebar sama.
(Bersambung)

Apa yang aku perolehi dari maulidurrasul

Sudah sekian lama kita menyambut maulidurrasul. Sudah sekian lama kita berarak, berselawat dan membaca berzanji. Sudah sekian lama kita makan nasi kawah sempena maulid. Apakah maulid ini memberi kesan kepada kehidupan kita?
Nabi pernah bersabda yang bermaksud: aku tinggalkan pada kamu dua urusan, kamu tak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya - alquran dan sunnahku.
Sunnah Nabi yang terbesar ialah akhlaq yang mulia. Ini terbukti dengan penjelasan Nabi dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Namun akhlak mulia ini tidak boleh terhasil sendiri. Ia adalah natijah dari didikan iman kepada Allah. Ia juga merupakan natijah dari ibadah yang benar dan berkesan. Jadi akhlak ini tidak boleh dibuat-buat atau dalam perkataan lain berpura-pura.
Berapa banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW bahawa akhlak yang mulia telah menjadi jalan penyelesaian pelbagai masalah. Sekadar …

Jumpa cikgu

Image
Hari ni bawa anak2 ke pasar tani Segamat. Di sana mereka bertemu dengan ust Zainuddin, guru mereka semasa sekolah rendah.

Kakak, Abang dan Adik

Image
Kakak sudah tingkatan 4, Abang tingkatan satu manakala adik pula masuk tahun dua. Alhamdulillah, kakak dan abang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan UPSR masing. Adik pula belum mendapat rentak untuk belajar, mungkin kerana dia merasa masih 'baby' dan perlu bermanja lagi. Terima kasih Allah atas nikmat pemberianMu. Terima kasih isteriku serta guru-guru yang tidak pernah jemu untuk mendidik anak-anak kami. Abang kami daftarkan di sekolah yang sama dengan kakak. Harapan kami supaya abang menimba ilmu dan pengalaman di perantauan sebagaimana kakak. Ada ilmu dan pengalaman yang tidak boleh diperolehi di rumah. Di sana abang dan kakak akan bertemu dengan rakan-rakan dari tempat lain.

Kecil atau besar

Di dunia ini, kecil atau besar akan menjadi ukuran. Di akhirat juga begitu, kecil atau besar akan menjadi ukuran. namun nilaian kecil atau besar sesuatu perkara di dunia kadangkala tidak sama dengan nilaian kecil atau besar di akhirat.
Ada orang buat kerja yang kelihatan seperti amal akhirat. Rupanya ia hanya bernilai amalan dunia. Ada juga yang amalannya seperti amalan dunia namun ia mempunyai nilai akhirat.
Kita lihat satu contoh. Sebuah persatuan mengadakan program ceramah. Di situ akan ada yang menjadi penceramah. Pada masa yang sama ada ajk yang tugasnya menyusun meja. Dilihat pada mata kasar, penceramah agama kelihatan lebih beramal akhirat berbanding penyusun kerusi meja. Namun pandangan Allah mengambilkira keikhlasan keduanya.

KAD SKOR BERIMBANG SEBAGAI ALAT MENGUKUR PENCAPAIAN PERNIAGAAN