Posts

Showing posts from October, 2009

Debaran IID 2009

Image
Akhirnya saat-saat mendebarkan IID 2009 telah berakhir. Penerima pelbagai pingat dan penyandang pelbagai kategori telah diketahui. Alhamdulillah, rezeki saya setakat ini adalah pingat perak. Penyelia 1 kata: Tahniah, kalau you tak masuk you tak dapat apa-apa, sekurang-kurangnya dapat perak. Penyelia 2 kata: Tahniah, mari sertai kami dalam IID 2010. Saya sekadar mampu mengucapkan terima kasih kepada kedua-duanya yang banyak memberi sokongan. Terima kasih juga kepada isteri tercinta yang sentiasa memberi sokongan. Gambar 1: Puan Saunah sedang menilai produk yang saya pamerkan. Gambar 2: Prof. Kamil dan PM Yusri sedang mendengar penerangan.

Tiga hadith

Image
Menurut Imam Nawawi dalam kitabnya yang terkenal, Hadith 40 (terjemahan Mustafa Abdul Rahman), Imam Syafie dan imam-imam yang lain berpendapat bahawa ada tiga hadith yang setiap satunya merupakan sepertiga dari Islam. Ia berdasarkan kepada fakta bahawa amalan seseorang itu terbahagi kepada tiga iaitu hati, lidah dan anggotanya. Hadith yang pertama ialah hadith yang berkaitan dengan niat yang biasa kita dengar dan kita baca yang bermaksud: sesungguhnya setiap amalan itu sah dengan niat, dan sesungguhnya setiap amalan itu akan dikira berdasarkan kepada niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya..... (H.R Imam Bukhari dan Imam Muslim). Pada asasnya hadith ini menyentuh tentang amalan hati, di mana Allah dan Malaikat yang mencatat amalan akan melihat hati sebagai ukuran. Hadith yang kedua juga diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesunggunya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara ked

Menolak Hadiah 2

Saya berbincang dengan isteri bagaimana untuk menyelesaikan konflik yang agak berpanjangan antara anak kami dengan gurunya. Kami mengambil keputusan untuk bertemu dan berbincang sendiri dengan guru anak kami di rumahnya. Pagi tadi kami bertandang ke rumahnya dengan harapan yang menggunung agar konflik ini selesai. Kami berbincang panjang lebar dari hati ke hati dengan cikgu A. Memang jelas ada salah andaian di pihak anak saya dan pihak cikgu A. Kami sebagai ibubapa memohon kemaafan atas kesilapan anak kami mengguris perasaan gurunya. Cikgu A juga memohon maaf kerana membuat andaian yang tidak tepat kepada kami dan anak kami. Kami amat berterima kasih kepada cikgu A kerana memahami keadaan sebenar dan berjanji akan terus membantu mendidik anak kami. Semoga hubungan kami, anak kami dan cikgu A akan menjadi lebih baik selepas ini. Semoga cikgu A dan guru-guru lain diberkati oleh Allah.

Menolak hadiah

Petang semalam anak lelaki saya menangis meraung-raung sesampai di rumah selepas menahan kesedihan dan kepiluan semasa perjalanan balik dari sekolah. Puncanya? "Abang kena rotan sebab menolak hadiah yang cikgu bagi untuk murid-murid yang dapat 100, cikgu kata abang sombong, cikgu tak suka orang sombong, tapi kenapa cikgu rotan abang masa abang berselisih dengan dia masa balik, bukan masa dalam kelas, huuuu...huuu...huuu..." Isteri saya cuba memujuk tetapi tidak berjaya menghentikan tangisannya, hinggalah ia berhenti sendiri. Saya tidak menyalahkan guru tersebut mahupun anak saya 100 peratus. Guru tersebut mungkin telah bersusah-payah membeli hadiah tersebut, kemudian tersinggung apabila ditolak hadiahnya. Anak saya pula telah menyinggung perasaan guru kerana bercakap benar yang dia tak nak hadiah tu. Saya fikir punca kepada konflik ini adalah salah faham. Apa yang saya boleh lakukan ialah menasihati anak saya. "Abang, lain kali kalau kalau cikgu bagi hadiah, ambil dengan

Kematian - satu peringatan

Image
Sudah beberapa kali saya ingin menulis tentang kematian. Tetapi entah kenapa saya gagal untuk menulisnya. Pagi ini saya bersama seorang sahabat pergi menziarahi seorang sahabat lain yang kematian ibunya. Bila ada orang meninggal, saya selalu teringatkan sebuah hadith tentang kematian yang masyhur, yang bermaksud: barangsiapa yang mati dari kalangan anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga: sedekah jariah; ilmu yang diajarkan dan; anak soleh yang mendoakan. Hari ini saya melihat sendiri bagaimana ibu tua yang mulia ini rupanya telah meninggalkan anak-anak yang soleh. Solat jenazah untuknya telah dipimpin oleh anak lelakinya sendiri - seorang imam dan pendakwah. Jenazah dikebumikan oleh anak-anak dan cucu-cucu lelakinya.Bacaan talqin di atas kuburnya pula dilakukan oleh menantu lelakinya - juga seorang imam di kampung tersebut. SubhanaLlah. Bagaimanalah agaknya ibu ini dan suaminya mendidik anak-anaknya dulu. ****** Kami (saya dan isteri) selalu berkongsi cerita dan cita