Posts

Showing posts from May, 2011

Mereka tidak tamak

Image
Mahasuci Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada pada keduanya. Dialah yang menciptakan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang menghidupkan dan mematikan. SubhanaLlah. Apabila kita melihat ciptaan Allah, maka kita akan rasa kebesaran Allah SWT. Beberapa hari yang lepas, saya ternampak buah betik yang ranum di hadapan rumah saya. Bila saya hampiri, ada satu lubang kecil pada buah tersebut. Kemudian datang seekor burung murai atau tiong makan melalui lubang itu. Dia makan dua-tiga patuk kemudian pergi. Kemudian datang yang lain lalu melakukan perkara yang sama. Perkara ini berterusan hingga beberapa hari, buah tersebut masih belum habis dimakan. (Nota: gambar diambil dari hongkongwildlifephotos.blogspot.com kerana gambar sendiri tak jadi). Saya berfikir sendirian, burung yang pertama menemui buah ini boleh makan dan menghabiskan buah tersebut tetapi tidak melakukan demikian. Burung kedua juga boleh makan dan habiskan buah betik tersebut tetapi

Cahaya Islam di timur

Image
Minggu lepas, mendengar khutbah Jumaat tentang hikmah Tsunami yang melanda negara Jepun terhadap negara itu. Menurut khatib, tidak terdapat tanda-tanda yang mereka mengalami kemusnahan yang teruk berbanding di Acheh dan Sri Lanka. Namun menurut beliau, kemusnahan yang melanda hati mereka-mereka yang terlibat hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Selama ini mereka yakin bahawa kamajuan yang diurus dengan baik, seperti bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kenderaan yang dicipta dengan ciri-ciri keselamatan dan sebagainya mampu menjaga kepentingan manusia. Namun, musibah tetap berlaku. Mungkin musibah yang melanda membuka hati mereka yang terlibat untuk merasai adanya satu kuasa yang mencipta, menyusun dan mentadbir alam ini. Bila mereka mencari dan mencari mungkin mereka akan menemui kebesaran Allah SWT. Tidak mustahil kalau mereka akan menemui kebenaran dan menjadi satu bangsa yang lebih mulia dari sekarang. Sekarang mereka dimuliakan kerana pencapaian mereka dalam teknologi. Sia

Halaqah keluarga - Adab

Image
Adab sudah lama tidak diajar di sekolah. Ia digantikan dengan akhlak yang lebih tinggi nilai ilmunya namun belum tentu nilai praktiknya dalam hidup anak-anak. Saya ingat lagi masa sekolah agama dahulu, antara matapelajaran pertama yang diajar di sekolah ialah adab. Kitabnya tidak tebal tetapi mengandungi asas-asas menjaga hubungan dengan Allah, ibubapa dan orang di sekeliling. Di rumah, ibubapa menyambung ajaran guru di sekolah. Kata-kata seperti "jangan lalu di hadapan orang tua, jangan menyampuk cakap orang tua....", selalu diungkapkan oleh ibubapa untuk memastikan anak-anak mempunyai adab dan ada segan silu. Bila mempunyai anak-anak sendiri, kitab-kitab ini tidak lagi ada di pasaran. Nak jumpa gambarnya pun sukar. Nota: Gambar di atas saya ambil dari blog limatahun.blogspot.com ). Pencarian kitab-kitab seperti ini memang sukar. Masuk dan keluar kedai pun belum tentu jumpa. Namun hati masih ingin mencari. Pencarian menemui satu set buku yang agak baru bertajuk Adab Muslim S

Masjid An-Naim

Image
Masjid An-Naim , Kampung Jalan Kebun. Saya sering singgah di masjid ini bila saya menghantar, mengambil atau menziarahi anak saya di asrama. Saya difahamkan oleh jemaah di situ yang masjid ini bertambah makmur dan meriah sejak tiga tahun lalu. Semalam, saya bersolat Jumaat di sini. Masjid penuh dan sepertiga dari jemaahnya adalah pelajar-pelajar sekolah. Mula-mula masuk sekumpulan pelajar tahfiz berjubah putih dan berserban atau berkopiah putih. Selepas solat sunat, mereka mengambil naskah al-qur'an dan membacanya. Kemudiian, muncul pula pelajar-pelajar berjubah kelabu dan berkopiah masuk ke masjid dan duduk berkelompok bersama seorang guru yang berpakaian sama, mungkin dari sekolah pondok. Selepas itu muncul pula pelajar-pelajar berbaju hijau muda dan berkopiah atau bersongokok. Salah seorang darinya menyapa dan bersalam dengan saya. Mereka pun duduk bersama kelompok mereka. Kesemua pemuda ini tidak bising atau bersembang-sembang sebagaimana yang saya temui di tempat lain. Hati sa

Halaqah keluarga - langit terbelah

Image
Fenomena langit terbelah pernah berlaku di Kangar, Perlis pada bulan Mac 2010. Peristiwa yang hampir sama muncul pula di Kota Jokjakarta pada bulan April 2010. Kemudian langit umpama terbakar di Papua New Guinea pada Ogos 2010. Kedua-dua gambar ini dipetik dari blog kangdii.blogspot.com. Namun ketiga-tiga peristiwa tersebut bukanlah kejadian sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-insyiqoq yang menceritakan pada hari Kiamat langit akan terbelah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah SWT. Bumi pula akan diratakan sehingga segala isi yang terkandung di dalamnya akan dimuntahkan keluar. Saya mengajak anak-anak untuk membayangkan betapa dahsyatnya keadaan ketika Kiamat berlaku. Langit yang tujuh lapis itu terbelah dan pasti runtuh, bagaimana pula segala isi langit - bulan, bintang, matahari. Bayangkan pula bumi yang selama ini bulat diratakan, apa yang akan berlaku kepada benda-benda di atasnya dan juga di dalamnya? Pada ketika itu manusia yang telah meninggal ak

Cukup keraskah kepala mereka?

Image
Agak kasar tajuk entri ini. Tapi percayalah entri ini ditulis dalam keadaan tenang dan sabar. Pagi tadi, seperti biasa saya menghantar anak ke sekolah hingga ke Gemereh. Saya memandu tidak laju dan bukan mengejar masa. Sampai di Simpang Kampung Bukit Tunggal, tiba-tiba sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua pelajar sekolah melintas dan memperlahankan kenderaan, kemudian mereka memecut dan memotong dari arah kiri sambil beberapa kali menoleh ke belakang - mungkin ingin melihat respon saya. Astaghfirullahal'azim, saya beristighfar dalam hati, apa yang mereka nak tunjukkan sebenarnya? Sepanjang jalan hingga sampai ke Gemereh, saya berfikir, apakah anak-anak muda ini kurang kasih sayang dan inginkan perhatian seperti budak-budak kecil. Ataupun mereka merasa bahawa tubuh badan mereka cukup sasa hingga tidak takut sekiranya jatuh akan tercedera atau terluka. Wahai anak-anak muda, jalanraya bukanlah satu tempat untuk bersukaria. Sebaliknya ia adalah tempat yang popular di mana 'malaik

Ziarah ibu, ayah dan adik

Image
Pagi tadi, saya sempat menziarah pusara ibu, ayah dan adik bongsu saya. Mereka telah mendahului kami menemui Allah SWT. Ayah meninggal dunia pada tahun 1977 ketika saya dalam darjah satu dan adik bongsu saya baru berusia 80 hari. Mulai saat itu ibu dan abang membesarkan kami yang masih di bawah umur. 23 tahun sesudah itu adik bongsu kami kembali kerahmatullah pada tahun 2000. Sejak itu ibu selalu tidak sihat hinggalah Allah menjemputnya kembali pada malam 28 Januari 2011. Kini tiada lagi bakti yang saya boleh berikan kepada ayah dan ibu selain dari menziarah pusara mereka, mendoakan mereka dan berbuat baik kepada orang-orang yang mereka sayang. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Setiap kita sedang menunggu giliran. Apakah persiapan kita untuk menuju alam yang abadi itu?

Mereka budak pandai

Image
Mereka budak-budak pandai. Masa saya mengajar mereka di peringkat ijazah dulupun saya dapat rasa mereka akan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kebetulan mereka berkongsi nama yang sama - Farhan, Nurfarahana dan Ili Farhana. Baru-baru ini mereka menghubungi saya menyatakan hasrat untuk melanjutkan pengajian. Hari ini dua dari mereka meminta saya menjadi referee permohonan melanjutkan pengajian. Saya doakan mereka berjaya dipilih sebagai pelajar, seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam pengajian mereka.

Halaqah keluarga - iman kepada hari akhirat

Image
Adakah saya mempunyai alasan di hadapan Allah nanti sekiranya anak-anak menuntut hak mereka untuk dididik dengan didikan iman dan Islam. Malam ni, saya mengajak isteri dan anak-anak untuk berhalaqah selepas solat maghrib berjemaah. Saya membacakan sebuah hadis qudsi yang menyentuh tentang firman Allah kepada Nabi Daud a.s. "Allah telah mewahyukan kepada Daud a.s.: Kelak pada hari Qiamat akan ada seorang hamba menghadapKu dengan membawa amal kebajikan tertentu, maka Aku serahkan segala nikmat syurga kepadanya. Daud berkata: Ya Rabbi, siapakah hamba itu? Allah menjawab: "iaitu orang mukmin yang berusaha memenuhi keperluan saudaranya yang mukmin, sama ada dia berjaya memenuhinya atau tidak." Saya tidak mampu untuk menghuraikan pengertian hadis ini. Namun saya mengajak anak anak untuk meyakini bahawa ada hubungan di antara kelakuan atau amalan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat nanti. Apabila kita melakukan amalan yang baik di dunia, maka Allah akan balas kebaikan kit