Posts

Showing posts from June, 2009

Qawaid Fiqhiah (Kaedah-kaedah Fikah)

Image
Mafhum hadith: Jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka dia akan diberi kefahaman dalam urusan agamanya. Pada hari Sabtu, 20.6.2009 yang lepas, kami sekeluarga telah mengikuti satu bengkel bertajuk "Qawaid al-fiqhiyah" atau kaedah-kaedah feqah. Bengkel sehari ini sedikit sebanyak telah membawa kepada kefahaman awal tentang tajuk yang penting ini. Apakah sebenarnya Qawaid Fiqhiyah itu? Ia adalah asas hukum umum yang boleh dipraktikkan ke atas masalah atau perkara-perkara cabang (juziyyah). Terdapat lima asas kaedah fiqah menurut aliran mazhab Syafie. 1. Al-umuru bi maqasidiha - Segala perkara itu bergantung kepada tujuan (niat). Maksudnya, setiap amalan dan tindakan seseorang sama ada perkataan atau perbuatan, hukum syaraknya adalah berbeza disebabkan berbeza tujuan (niat). Tujuan kaedah ini ialah untuk membezakan sama ada suatu amalan itu ibadat atau adat. Contohnya seseorang yang berhenti atau beriktikaf di dalam mesjid. Berhenti dalam masjid adalah adat manak

Bank pemurah atau ..... along

Image
Baru-baru ini seorang rakan telah menerima sekeping cek bernilai RM5,000 dari sebuah bank ternama di mana ia mempunyai akaun kad kredit. Beliau agak terkejut kerana tidak pernah memohon untuk meminjam wang dari bank tersebut. Beliau memiliki kad kredit pun bukan untuk meminjam sebaliknya untuk memudahkan pembelian barang dan perkhidmatan yang sukar dibayar dengan tunai. Bank tersebut mengecualikan faedah selama enam bulan sekiranya rakan saya ini menunaikan cek tersebut dalam masa tiga bulan dari tarikh tertera pada cek tersebut. Persoalannya, kenapakah bank ini terlalu pemurah kepada pelanggannya, ataukah ada udang di sebalik batu? Apabila diteliti tawaran oleh bank ini, ada beberapa syarat tertentu yang terpaksa dipenuhi oleh rakan saya ini: 1. Secara automatik bank akan mengenakan caj sebanyak RM164 bila sahaja cek ini ditunaikan. 2. Tawaran pengecualian faedah hanya diberikan sekiranya pelanggan membayar ansuran RM5000 tersebut selama enam bulan. 3. Sekiranya lebih dari enam an