Posts

Showing posts from June, 2012

SHUSER 2012

Semalam dan hari ini saya menghadiri Simposium Penyelidikan tentang Kemanusiaan, Sains dan Kejuruteraan. Walaupun kemanusiaan diletakkan di depan sekali, sebahagian besar dari pembentangan adalah berasaskan sains dan kejuruteraan. Saya membentangkan sebahagian dari kajian saya mengenai model Balanced Scorecard di dalam penilaian saham. Saya menjelaskan betapa perlunya gabungan 4 cabang kekuatan sesebuah syarikat digabungkan iaitu maklumat kewangan, pelanggan, proses dalaman perniagaan dan pembelajaran dan pertumbuhan. Seperti biasa, ada yang mempertikaikan penggunaan pembolehubah di sana-sini. Saya menjelaskan bahawa semua pembolehubah disokong oleh penyelidikan berwasid terdahulu. Begitulah sifat pembentangan. Satu penyelidikan tidak boleh menyelesaikan masalah dunia. Ia hanya menyumbang kepada cabang ilmu yang lebih besar.

Masam manis perjalanan PhD - Cabaran luaran dan dalaman

Adakah yang masam dalam pengajian saya? Dalam masakan, perlu ada manis, masin, masam dan pelbagai rasa lagi untuk menjadikan makanan itu sedap. Contoh yang paling mudah ialah masakan tomyam. Ada masam, masin, manis dan pedas. Begitu juga dengan pengajian PhD. Begitu banyak yang manis. Masamnya hanya menjadi pelengkap kepada pengajian saya. Ini semua saya anggap sebagai cabaran. Sebahagian besar daripada cabaran dalam pengajian PhD adalah bersifat dalaman. Ianya berkaitan dengan sikap kita terhadap pengajian yang sedang kita lalui. Tempoh tiga tahun boleh jadi begitu panjang bagi seseorang. Manakala bagi yang lain ia satu tempoh yang singkat. Jadi, jangan lupa tujuan kita iaitu menuntut ilmu PhD dan seboleh-bolehnya tamat dalam tempoh tiga tahun. Jangan buat kerja sampingan seperti mengajar part-time yang boleh mengganggu tumpuan kita dalam pengajian. Sekurang-kurangnya lakukan seperti kita kerja di pejabat 8.00 – 5.00. Tapi bercakap memang mudah. Sayapun selalu diingatkan oleh isteri s