Posts

Showing posts from 2014

Ghaza diserang lagi

Image
Tiap kali datangnya Ramadhan, rejim zionis yahudi pasti akan melancarkan serangan ke atas penduduk Ghaza. Peristiwa ini menguji bukan sahaja keimanan dan kesabaran penduduk Ghaza tetapi juga umat Islam di seluruh dunia. Umat islam tak pernah memulakan peperangan ini sebaliknya merekalah yang telah memulakan peperangan dengan merampas tanah Palestin dari tahun 1948 lagi. Peperangan di Ghaza tidak akan berhenti hingga mereka syahid atau menang.

Terawih ke 7

Image
Dataran Asyddiq

Terawih kelima

Image
Di Bukit Siput

Terawih keempat bersama huffaz

Image
Terawih kami diimami hufaz Syria di UiTM Segamat

Terawih pertama 1435

Image
Solat terawih pertama 1435 Masjid Assyakirin hampi penuh.

Kursus kepimpinan JPK 2014

17 April 2014 - saya diberi peluang untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan program tersebut. Saya nyatakan kepada peserta bahawa setiap orang adalah pemimpin samada kepada orang lain atau sekurang-kurangnya diri sendiri. Selepas itu kita pasti tentang apa yang kita pimpin.

Malam Anugerah Sukan UiTM 2013

15.4.2014 - Malam Anugerah Sukan UiTM (MAS 2013)

Masuk Islam

11 April 2014. Dalam tempoh 3 minggu, sudah dua kali saya solat Jumaat di sini. Sudah dua kali juga saya mendengar ucapan dua kalimah syahadah dari saudara2 baru kita. Alhamdulillah, mereka telah suci umpama bayi baru dilahirkan. Kita bagaimana? Mereka ini amat mengharapkan bimbingan. Apa yang mereka perlukan kini ialah kekuatan akidah dan ukhwah. (Bersambung).

Forum Kepimpinan Berteras Qalb Dalam Pengajian Tinggi, PICC, 17 - 18 Feb 2014

Image
Satu forum dengan tema pengajian tinggi berteraskan qalb merupakan satu usaha untuk mengetengahkan semula fungsi pengajian tinggi yang mempunyai qalb. Di dalam agama, qalb merupakan elemen terpenting. Nabi pernah bersabda yang bermaksud: ketahuilah bahawa dalam tubuh manusia ada seketul daging. Bila baik daging itu maka baik keseluruhan tubuhnya. Bila buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, ia adalah qalb. Hadis ini menjadi dasar kepentingan hati dalam segala urusan kehidupan sama ada urusan peribadi, urusan keluarga, masyarakat, negara mahupun organisasi. IPT sebagai sebagai organisasi yang diberi amanah untuk menghasilkan sarjana perlu ditadbir dan diurus oleh orang-orang yang memiliki hati.

Bertam

Image
Saya baru dua kali mendengar nama ini. Pertama ketika penyerahan kunci kampus Pasir Gudang kepada pihak UiTM dilakukan oleh ADUN Bertam. Kedua, semasa melawat UiTM Cawangan Bertam Pulau Pinang.

Di mana Allah dalam kehidupan kita

Image
8 Januari 2014 - Kolej SMK Saya diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bercakap dengan pelajar siswi. Saya bertanyakan soalan kepada mereka di mana kita letakkan Allah dalam kehidupan kita sebagai pendahuluan. Saya tidak minta mereka menjawab kepada saya. Sebaliknya saya minta mereka pejam mata dan menjawab kepada diri sendiri. (Bersambung)

Kampus Pasir Gudang

Terletak di atas sebidang tanah seluas 200 ekar berhampiran Seri Alam, Pasir Gudang. Menempatkan 4000 pelajar dari bidang kejuruteraan dan pengangkutan.

Viva PhD

26.10.2011 Saya bertolak ke Shah Alam sehari awal dari tarikh Viva. Jiwa rasa sunyi. Mungkin inilah perasaan semua pelajar PhD bila sampai waktu untuk viva.   Saya dah siapkan awal slaid pembentangan. Namun saya masih bersedia untuk mengubah itu dan ini sekiranya perlu. Saya bawa komputer riba dan projektor lcd bagi tujuan rehearsal di hotel nanti.  Malam itu saya tidak keluar dari bilik. Saya berlatih berulangkali hingga puas hati. Bukan saya saja yang berdebar menanti waktu viva. Isteri dan penyelia saya turut berdebar sama. (Bersambung)

Apa yang aku perolehi dari maulidurrasul

Sudah sekian lama kita menyambut maulidurrasul. Sudah sekian lama kita berarak, berselawat dan membaca berzanji. Sudah sekian lama kita makan nasi kawah sempena maulid. Apakah maulid ini memberi kesan kepada kehidupan kita? Nabi pernah bersabda yang bermaksud: aku tinggalkan pada kamu dua urusan, kamu tak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya - alquran dan sunnahku. Sunnah Nabi yang terbesar ialah akhlaq yang mulia. Ini terbukti dengan penjelasan Nabi dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud: sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Namun akhlak mulia ini tidak boleh terhasil sendiri. Ia adalah natijah dari didikan iman kepada Allah. Ia juga merupakan natijah dari ibadah yang benar dan berkesan. Jadi akhlak ini tidak boleh dibuat-buat atau dalam perkataan lain berpura-pura. Berapa banyak contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW bahawa akhlak yang mulia telah menjadi jalan penyelesaian pelbagai ma

Jumpa cikgu

Image
Hari ni bawa anak2 ke pasar tani Segamat. Di sana mereka bertemu dengan ust Zainuddin, guru mereka semasa sekolah rendah.

Kakak, Abang dan Adik

Image
Kakak sudah tingkatan 4, Abang tingkatan satu manakala adik pula masuk tahun dua. Alhamdulillah, kakak dan abang dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR dan UPSR masing. Adik pula belum mendapat rentak untuk belajar, mungkin kerana dia merasa masih 'baby' dan perlu bermanja lagi. Terima kasih Allah atas nikmat pemberianMu. Terima kasih isteriku serta guru-guru yang tidak pernah jemu untuk mendidik anak-anak kami. Abang kami daftarkan di sekolah yang sama dengan kakak. Harapan kami supaya abang menimba ilmu dan pengalaman di perantauan sebagaimana kakak. Ada ilmu dan pengalaman yang tidak boleh diperolehi di rumah. Di sana abang dan kakak akan bertemu dengan rakan-rakan dari tempat lain.

Kecil atau besar

Di dunia ini, kecil atau besar akan menjadi ukuran. Di akhirat juga begitu, kecil atau besar akan menjadi ukuran. namun nilaian kecil atau besar sesuatu perkara di dunia kadangkala tidak sama dengan nilaian kecil atau besar di akhirat. Ada orang buat kerja yang kelihatan seperti amal akhirat. Rupanya ia hanya bernilai amalan dunia. Ada juga yang amalannya seperti amalan dunia namun ia mempunyai nilai akhirat. Kita lihat satu contoh. Sebuah persatuan mengadakan program ceramah. Di situ akan ada yang menjadi penceramah. Pada masa yang sama ada ajk yang tugasnya menyusun meja. Dilihat pada mata kasar, penceramah agama kelihatan lebih beramal akhirat berbanding penyusun kerusi meja. Namun pandangan Allah mengambilkira keikhlasan keduanya.

KAD SKOR BERIMBANG SEBAGAI ALAT MENGUKUR PENCAPAIAN PERNIAGAAN

Menguruskan perniagaan bukanlah semudah ABC atau 123. Selain daripada modal yang mencukupi, pengalaman dan pengetahuan yang luas serta minat yang mendalam, sesebuah perniagaan pelu diuruskan dengan teknik-teknik yang berkesan. Dari situ pencapaian sesebuah perniagaan bukan sahaja boleh dicapai tetapi juga boleh diukur. Di antara teknik-teknik berkesan yang pernah digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengukur prestasi sesebuah perniagaan ialah dengan menggunakan Kad Skor Berimbang yang lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Balanced Scorecard . Kad Skor Berimbang ialah satu sistem atau kaedah pengukuran pencapaian dengan melihat pencapaian sesebuah perniagaan menerusi empat dimensi. Dimensi tersebut ialah (1) dimensi kewangan ( financial ), (2) dimensi pelanggan ( customer ), (3) dimensi proses dalaman perniagaan ( internal business process ) dan (4) belajar dan berkembang ( learning and growth ). Melihat pencapaian perniagaan dari sudut kewangan dianggap seb